Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti gambar yang korang ambik, bukan kamera semata-mata. Kalau korang beli dslr yang harganya mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambarΒ atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata, mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Standard Lens
Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang sesuai ikut keadaan. Kan membazir.
Ultra/Wide Angle Lens
Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.
Telephoto / Zoom Lens
Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padangΒ photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani?
Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korangΒ guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.
Macro Lens
Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.
Prime Lens
Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.
Fisheye Lens
Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo.
Ada satu lagi jenis lens iaitu Lensbaby. Tapi sebab tak ramai yang guna lens tu, so tak payahlah aku nak explain. So kalau berhasrat nak tambah koleksi lens, biarlah bersebab, jangan sebab ikut kawan. Kalau ada lens banyak pun tapi tak tau nak guna, baik tak payah. Lagipun korang tak perlu beli semua lens, beli ikut style shooting korang. Kalau more to landskap, ambik fisheye atau UWA. Suka ambik potrait, prime lens amat digalakkan, lagipun harga sangat murah dan kualiti gambar sangat bagus. Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..
Kalau suka artikel ni, silalah menge’like’, paling bagus share kat kawan-kawan skali ye. Sharing is Caring π
Salam.. nak tanya pasal standard lens. kalau untuk canon, mmg 18-50 mm je ke? dan kalau nilai dia lagi besar, lagi jelas dan cantik ke gambar?
Salam bro. Nak tanya lah. Boleh suggest tak Wide angle lens atau convertor yang bagus?
And lagi satu, boleh suggest tak wide angle lens apa yang murah boleh saya dapatkan untuk Canon 1000D saya?
Reply Tuan amat dihargai. Terima kasih.
assalamualaikum bro,nak tye..lens saya yg macro bile buat mode video die berbunyi..tpi kit lens xde plk..so bile tangkap dlm bilik sunyi dgr bunyi kene tangkap..
ada solution x/
Salam Bro.. MintaPendapat untuk sony a5000 boleh x? dan kits lens yg sesuai untuk die..(zoom lens)
As salam… tuan.. sy nak tanye skt pasal lens.. sy pakai lens tamron 18-270 tuk weding… tp bile pengantin pakai baju warna unggu atau warna biru warna dlm camera berubah jd maroon atau hijau… bleh tau nape jd mcm 2…. seting nya atau ade masalah lain…? klu pakai lens canon x de masalah.. mohon pencerahan dr tuan….
ok x klaw guna wide lens & macro 52 mm utk wedding. pasal sy guna kit lens 18-55 ja. kualiti nya ok x??
Saya tak galakkan guna wide lens extension. Kualiti kurang.
Salam,
lensa EFs 10-18mm IS STM ok ker utk snap wedding ?
Sesuai ke tak tu bergantung pada diri sendiri, setiap orang ada stail masing2.
Tanya Tuan…Nikon AF-S DX VR Lens 55-200mm f/4-5.6G IF ATAU Tamron AF 70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro Lens mana lebih baik. Saya pakai nikon D3100.
Assalam bro…apa beza lens kit 18-105mm dgn 55-300mm..ingat nk cr lens Tele dlm budget lingkungan 1.3k…sy guna d300s..tlg bro…
Abg tarmizi cakap Nikon AF-S 50mm F1.8G dgn Nikon AF 50mm F1.8D Lens beza autofocus & kualiti lens. bokeh yg sama sbb aperture yg sama. Majoriti orang pakai lens yang mana satu yeh bang? Mana lagi bagus kualiti dye? n yang mana satu bagi gamba yang lebih menarik antara 2 lens ni? sbb sy nak beli tapi confuse antara G & D..
Salam tuan tanah, saya nie orang baru dengan benda-benda nie semua dan dah “teracun” sangat dengan semua nie, hehe..kene pulak baca post2 kat atas nie..saya skang nie tengah dok ushar-ushar lens baru, kalau boleh la kan nak minta tuan tanah boleh sertakan jenis-jenis lens dengan contoh gambar sekali, mean, kalau 50mm macam mana rupanya & etc..:),..terima kasih..
#penciptasegalabagaiilmu
ambik masa kot kalau saya nak sertakan contoh gambar setiap lens. tapi kalau nak tengok contoh 50mm, entri terbaru ada contoh gambar.
Kalau sy nk snap gmbr untuk tjuan promosi brg (bis online), lens ape yer ok? sy tgh kmpul duit nk beli nikon d90, alang-alang nak beli kmera dslr, sy nk beli nikon d90 tp xpandai nk pilih lens mane yg ssuai. Blh tlg bg pndangan? sy bdk br..
saya cadangkan prime lens, 35mm 1.8 atau 50mm 1.8.
salam, tye sikit. lens Canon EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS sesuai tak utk ambil gambar weeding,, atau nk bg gambar background wide.. newbie
mana-mana lens sesuai kalau tau guna, terpulang pada style masing2..
Salam tuan.. boleh saya minta izin tuan utk share ilmu tuan sbg rujukan? Saya rasa tuan punya maklumat terbaik utk dibuat rujukan utk newbie mahu pun pro..
Boleh takda masalah, cuma bagitau nak share kat mana π
En Tarmizi …lens apa yg sesuai untuk ambil group photos dalam 80org …ape apeture dan speed yg biasa di gunakan untuk dalam dewan dan luar dewan …bagi flash kita guna direct atau baunce
kitlens dah memadai, aperture f6 ke atas, kalau ada 1 flash direct je guna softbox.
Frust giler.. gara2 dek termakan rayuan saleman, aku bli converter wide+macro..
Apa yg mengecewakan, bnda tu terlalu brat.. so bila pkai af siap berbunyi terkehel kitlens aku.. adui.. menyesalnya..
Dahlah harga 800..
Tau bgus bli optimus prime..
Salam saudara. Adakah lens 70-300 sesuai untuk event2 seperti graduasi atau perkahwinan?
semua lens sesuai untuk setiap majlis..
Assalam. Maaf bertanya. Sy guna canon G12 then nk tambah lens. Lens mane yg sesuai? Utk ambil gambar events n for fun je.
Canon Powershot G12? Tak boleh tukar lens, yg ada adapter je, tu pun susah nak cari..
Salam.. saya nak tanye tntng perbezaan lense makro dan usm. Sbg contoh lense sigma 24-70 macro dgn sigma 24-70 usm.
Sya pkai canon 600d
nk copy info ni bleh bro?
orait boleh.. letak kredit..
bro, minta idea lens ape yg average sesuai untuk semua keadaan especially mase akad nikah & pengantin sampai, coz 2 keadaan nie buat kite kene lincah,so, nk tukar2 lense, penyudahnya nnt kite kelam kabut,lense pon tergolek… 17-70/nikor 18-105mm?
18-105 better..
Salam bang,sya bru g ngan bnda2 ni,nk tnya skit
knpa dlm pic kita tgk kt cmera cntik sharp smua ckup bla dh msuk laptop smua jd hncur xsma mcm tgk msa dlm kamera.abg tau ak pa mslhnya
pakai kamera apa?
salam bro. sy gna nikon d7000 dgn standart lens.sy bcdg utk upgrade lens. lens ape yg plg ssuai@ universal lens utk d7000?dlm kta lain lens yg ssuai utk kbykn keadaan.tq
kalau universal boleh guna 18-200mm
Thanks for the info…masih baru dalam dunia fotografi
salam bro.
thanks for ur info. ur articles really help me cos tgh nak beli new lense for my new camera. at the time ada d5000 dgn lense 18-105mm. so thinking on buying a new camera maybe d7000 or 7100.
nak tanya lense nikon AF-S nikon 55-300 ni utk wide ker?
tu telefoto lens..
saya pakai 60D lens 17-70 Sigma. Masalahnya gambar sy tak SHARP.
Betul ke Canon tak serasi dgn Sigma?
gmbr tak sharp ada banyak sebab.. cuba lens tu kat kamera lain, kalau tak sharp jgk mungkin sebab backfocus..
merujuk pada persoalan meet ustaz hafiz,saya juga menggunakan sigma 17-70mm bersama dgn body 60D dan mengalami masalah yg sama….utk mengambil gambar close up (ambil contoh potret org) pada jarak 70mm,hasil gambar begitu memuaskan dgn segala detail…tapi persoalan nya apabila saya ingin mengambil gambar full body, gambar seakan tidak sharp dan nampak seakan blur…sekiranya ada yg dapat berkongsi tips bg lens tersebut amat lah saya hargai…
primes lense boleh dapat rm350? mana boleh dapat bro…
Salam..
Bro nk tye..abg sy de beri dslr die nikon d5100..tp lens xde body jew ada
Sy nk cri lens yg jns multipurpose yg cntek ble snap picture..lens pe yg ssuai sy pki..tp harga ber patutan..
aku minat gler dah..tapi sen pulak tak cukup nak sambar 1..hehe..dapat yg atas skali tu jadi la..
`
apa kelebihan dan kekurangan lense tamron 18mm 270mm pzd..
Dari rujukan betul ke kurang sesuai kat low light…
Tgk pada minimum aperture, lens yg focal length panjang mmg tak brp sesuai utk lowlight. Utk lowlight lens terbaik ialah prime lens..
hahahaha..for all camera owner…lens byk jenis lens….kalo ada soalan “Apakah lens yg sesuai untuk kamera syβ¦.?”. so kau kene diri kau
1-aku nak amek utk apa?portrait?macro?sport?skodeng?heheh
2-tanya bajet diri…duit tebal ke nipis..kalo nak aperture f1.2 50mm pun mau 4k ke atas..tu kira fixed@prrime lens…
so,tanya diri dulu..kdg2 aku rasa bro syukri nie nak jwb pun mcm….adoi…hehehe
jwb mcm apa?
salam.. sy menggunakan canon 60D dan ingin memiliki Ultra/Wide Angle Lens n Fisheye Lens. Apakah lens yg sesuai untuk kamera sy….
salam,,,
klaw nikon d7000
lens apa yg sesuai ekk???
tuan, kalo saya pakai canon 1100 dan nak beli lens untuk zoom (skang xboleh nak zoom jauh)..apa lens yg tuan cadangkan..saya nak pg beli ujung mggu ni..tak sempat nak buat survey..jadi sy bertanya pada yg pakar..
saya suka amik gambar candid org dan taknak dia perasan sy amik gambar dia..:)
mekasih tuan..
Assalamualaikum wbt.
Great info..btw..nk tny sket sbb sy ni sgt2 newbie dlm bidang photography nih.
kalu nak amek gambo macro mcm lalat or spider, bleh tak pakai kitlense je
sy pakai d90 dgn kitlense 18/105
tq in advance kpd yg bakal menjawab…jazakallah π
great information.. tq2.. nak beli lens ni.. budak baru belajar.. hehe
Salam…
nak tanya…Nikorr 50mm f1.4 tu boleh pakai ke dekat Nikon D3100??
salam tuan…apakah yang dimaksudkan dengan 28-75mm yang tertulis pada lense tu..?
focal length..
saya guna camera jenis canon550D dan lense tamron 28-75…f 2.8adakah lense ini sesuai untuk semua jenis gambar ( potrait , landscape dll )
yup, sesuai..
site ni best sgt la bro. cara bg explanation tu boleh nampak keikhlasan dalam setiap entry. Allah jer yg tau sbyak mane dah pahala utk smua ilmu yg dikongsikan. newbie 6 bulan mcm saya ni jd lbh ter-inspired cari lbh ilmu fotografi. tahniah sbb bg inspirasi utk semua newbies di Malaysia ni!
mohon share tips n nasihat dr tok2 guru terutamanya abg admin..sy nk tmbh ‘benda’ ni utk d5100 saye yg masih beginner nii kesian ^_^ cm dlm dilema nk amik yg mn satu. mohon nasihat n bantuan sblum sy terbuat kputusan..huhuhu
ni ‘bendanya”..(sy nk lense yg leh zoom n leh ambek potret utk outdoor sikit2)
(55300)
http://shashinki.com/shop/nikon-55300mm-f4556g-nikkor-zoom-lens-p-6203.html
or
(70300)
http://shashinki.com/shop/nikon-70300mm-f4556g-nikkor-zoomnikkor-ifed-p-366.html
8) 8)
salam bro?sya memang bercadang nak jadi weeding photographr..jadi minta bro sageskan lens yang saya sesuai untuk saya beli dan tak bayak kali kena tukar masa tugasan…coz skrg saya dah ada lens 18-55 d3100..minta tunjuk ajar bro..tq
assalammualikum bro
saya nak beli prime lens utk nikon d3100 saya.tapi seperti yang
diketahui slr saya takde motor,so saya kena beli 50mm yg ada motor ke?
if pakai yg takde motor boleh ke??
Salam, semua dan selamat menyambut bulan ramandhan.
Hari tu, ada tanya pasal lens yg sesuai. Slps survey saya dha tetap kan nak beli lens yg mana. Tapi bila tengok harga nya yg riban2, wlpn 2nd hand. Cuma nak tanya sikit lagi . Kalau beli lens yg bukan AF-S, mcm lens yg tertulis AF shj buleh di guna jugak ke utk D5000. Wlpn nak kena pusing pakai tangan.
Tq dan selamat menyabut ramadhan.
thanks sgt2
lect suruh cari jenis2 lensa..
seb baik ade blog nie
sng buat rujukan..
π
thanks a lot
saya dpt lebih ilmu tentang lens
sama2 π
tq 4 the info…
leh komen skit yang mana bagus temron 18-270 vs sigma 18-200 yang aku pasti cenon ef-s 18-200 memag bagus so sigma vs temron yg mana ok
dari segi IQ tu tak pasti sebab tak pernah guna dua2 lens.. yang saya tau sigma ni cepat “gear strip”.. dan biasanya lens yang ada focal length pendek, kualiti lebih bagus..
Apa 70mm-300mm zoom lense paling sesuai untuk Nikon d5100?.Nikon D5100 body xda motor..
salam..
sy nk tahu kedai yg mnjadi pilihan area kl..
satu lg d5100 ngn d90 yg mne lg bgus.. :oups:
Bro!!.. antara bnyak2 lens.. yang mana uke.. sbb orang macam ak nie.. x suka guna lens banyak2… so syorkan kat ak… yang mana satu lens sesuai aku guna.. sbb photography nie hobby ja bg ak., thans…..
Mr 23.
salam…
saya nk tnya yer..kalo sy nk amik pic untuk tudung sahaja prime lens ke paling ok?
sbb sy nk amik untuk blogshop tudung sy..warna2 yg sy amik mesti xcantik pon…huhuhu..
boleh tlg ajar x?
ke sebab dslr sy cuma dslr d5000 sahaja??
wasalam, kalau nak warna lebih menarik, kena tau cara setting white balance, lagi satu tukar color mode kepada vivid dan exposure kena balance π
p/s-takda kaitan dengan kamera apa yang awak pakai
slm, selain harga, apa beza 50mm f/1.8D dengan 50mm f/1.8G
salam….bro nak tanya saya guna D3100 Lens Masih guna 18-55mm.. tapi nak shoot weding
1) boleh tak saya gunakan lens 18-55mm untuk weding?
2)lens yang patut saya beli untuk weding?
3)kalau lens 50mm 1.8g ok tak untuk outdoor?
tolong komen sikit nak beli lens yang mana….
=(
saya akan reply soalan ni pada entry seterusnya..
kamek pakey nikon D5100..Mun kamek mok pakey lens 70-300mm, apa brand sesuai utk D5100 kamek..TQ…
try tamron..
kalo sy yg suka shoot utk majlis p’khawinan,p’mandangan,binatang2 apa lans yg paling sesuai dgn hrg yg b’patutan?
salam bro…sy nk tanya btoi ka klau camera canon lens pakai jenis len cntohnya tamron, bleh rosak camera ke?..canon center yang ckap..ada efek kt camera x?
mitos je kot.. ramai je kwn sy yg pakai canon berlensakan sigma..
Salam bro…Mungkin sya telah ketinggalan, sya nak tnya, Nikon D90 apa2 lens sesuai tak contoh kalau saya guna lens SIGMA 70 300mm F4 5.6 DG Macro..
bro nk tanya,kitlens sy canon 18-55mm x blh AF la…blh repair x?kalau repai brapa budgetnya?
boleh repair, bajet dalam 100-150 kalau tak silap
Brooo…nak tnyalah,sya bru aje beli Canon 60D ( BODY ) & leans guna EF 24 – 70mm f2.8 L USM,PERLU KE…? Sya guna speedlight sediada dibody kemara…..cukup ke power nyaa? dan perlu ke ..battery grip utk sokongan power,
speedlight perlu kalau selalu ambik gambar indoor, bateri grip tu tak perlu sangat, melainkan selalu ambik potrait..
salam.. bro. thanx untuk info…. err.. bro ada info pasal nd filter.. kwn dok cari jumpa baca xpaham…
nnti aku buat entri pasal filter π
salam bro,sye bru je ambk canon 660d cadang nk ikut mber g outing ade ape2 cadangan utk lens tak..
maksimakan apa yang ada π
salam bro,sy ade lens 17-50 mm..(tamron) ape yg kelebihanye kt lens ni ek?..dlu sy beli kamera siap dpt lens ni..(beli kat mber)..
takde komen, salah satu kitlens terbaik π
tumpang dapatkan pendapat bro tarmizi…
boleh tak terangkan ttg lens nie..dan adakah
sesuai untuk saya yang newbie nie….saya
menggunakan sony a33.
Sigma 70-300 F4-5.6 APO
kalau sony jangan risau, selagi mount sony, apa2 lens boleh masuk..
nk tanya?klu dslr canon 550d pakai lens Canon ef 50mm f1.4,sesuai x?ke gambar nye jadi cembung cam pkai fisheye?ad suggestion pkai fit lens yg mne tuk dslr 550d ea?
50mm xkan cembung.. jgn risau π
saya nak beli lens tapi tak tahu nak guna lens apa tapi saya nak shot gamrap lanscape dan model saya bajet dalan rm1500
try tamron 17-50mm 2.8
Sile le singgah n komen kt sini… http://www.panoramio.com/deckadha ngn fb…search je deckadha
salam.nak tanya. kalau utk sony @200, lense ape yg boleh masuk? nak cari 2nd je, katner ek..
dan yg mana bagus?
tq
cuba pegi forum alphanatics.com
ilmu fotografi yang berguna.terima kasih. π
salam wak.
aku nak beli Sony 55-200mm tuk Alpha 390.
ok tak?
kat mana nak cari yg budget ni dgn speedlite yg ok tuk Alpha 390 tu jugak.
klu cari kat ekdai mmg takde budget lansung.
la ni ade lense 18/50mm jer
tgh nak upgrade sikit lagi.
boleh tgk gambo kat blog aku tu.
arap dpt membantu yer.
55-200 bajet telefoto yang bagus.. speedlight try cari kat shashinki.com
Bro, salam…
Saya nak beli lens 18-135mm is canon, lens ni sesuai ke untuk ambil gambar landscap dan gambar kahwin, sharp? baru belajar guna dslr….
yup, sesuai π
Salam… Bro tanya skit kalau SONY SLT a77 bley x pakai lens Tamron 18-270mm dgn Minolta 50mm f1.7? Pasal lens minolta tu k x ? atau bermasalah sbb umur dia dah tua.
tamron & minolta boleh masuk, tp kena beli converter dulu. minolta takda masalah walaupun umur dah tua. still superb berbanding lens2 baru dari sony
salam.nak tnye skit pasal speedlite, sy pakai canon 1100D,ok tk klau guna speedlite yn560?
sebaiknya guna flash yang sama brand dengan body, tapi kalau tak cukup bajet, mana2 flash pun ok π
salam…
blh x tolong
terang kan serba sedikit @ ringkas, lense yg ada no af, ed vr,atau seumpamanya ?
saya agak keliru, sbb ada yg murah n mahal…
kalo Minolta 75-300mm f4.5-5.6 lens Big Beercan Series ok ke utk d5100?
price below 1k used..
minolta utk sony je..
salam..
bro nk tanya…
tamron lenses blh masuk dgn nikon ke? d5100….
utk zoom yg prefer lense jenis apa below rm1000…
tamron boleh masuk nikon. kalau below 1k, tamron 70-300mm dah ok kot..
t/kasih bro…
Saya suka semua jenis shot…jd memang target beli prime lens n telephoto nanti….huhuh
Salam…nak tnya saya pki lens 18mm-55mm kit & 55mm-200mm untuk wedding… terpaksa susah skit tukar2 lens..nanti ade budget bru bli 18mm-200mm..bro rase ape lens sy patut bli akan dtg..sme ade yg sya plan atau 50mm 1.8G………….TQ
pakai nikon kan? kalau utk wedding ambik 18-105mm…
ooo itu da kira ok yer…ok TQ
Salam… Baru ja jmpa blog ni. Slps da mula beli dslr, thanks, so much information i got.
Nk tya,sya beli canon 1100d.. Nk tmbh lens yg sya bole guna utk melancong dan hiking mcm daki gunung….multipurpose dn tak perlu ssh2 asik mau tukar… Bole tak suggest sya lens yg sesuai. Mcmana dgn 18-200mm.. ? Worth it ke dan bole ngam ka dgn sya pya camera… ? Thanks in advance ya.. π
travel lens 18-200mm memang sangat sesuai π
Salam
lens yg sesuai bagi Nikon d5100?
Suka snap gmbr potrait, family, candid…landscape. any cadangan? masih newbie ..
Salam bro, nk tya.. Nikon d5100 sesuai tak dgn lens AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED? Mcmna nk tau lens tu ori ker tak?
bro..sori bila deh survey dlm internet jadi pening, nak tanya soalan sama, diantara tamron 55-200mm dengan canon EF 55-200mm is, yang mana agak-gaknya patut saya ambik?
lens yang ada is tu ada stabilizer, kalau body takda stabilizer, better ambik lens yang ada is..
terima kasih bro, tapi antara sigma dengan tamron yang mana sesuai untuk 550d saya?
kalau macam tu.. pilih tamron
Salam Bro, saya baru guna Canon 550d dgn kits lens 18-55mm dan sekarang saya nak cuba dapatkan lens 18-200mm, di antara Sigma 18-200mm OS dgn Tamron 18-200mm XR Di II LD perbezaanya adalah harga, pertanyaan saya yang manakah gambarnya lebih qualiti, sharp dan stabil, serta adakah sesuai digunakan CPL filter dgn lens tersebut? Saya nak belajar mengambil gambar landscape dan juga gambar indoor yang menarik dan cantik menggunakan lens tersebut. Terima kasih.
aku tak galakkan sangat pakai lens 18-200mm mana2 brand pun.. sekarang dah ada 18-55mm kan? baik ambik 55-200mm atau 75-300mm.. lens yang range besar macam 18-200 mm biasanya kurang sharp..
Tumpang tnya ek…bley x. Sy shoot landscpe dgn kit lens , coz tis coming frday we all ada sunset chlnge r..tp x taw nak pkai lens apa…cokn da ada da, tripod da ada.. Remote da ada..lens xtaw lg r…erkk bley x ajar settng? Tq tuan
xda masalah nak shoot landscape pakai kitlens, yang penting kena pandai kawal aperture dan shutter… rasanya dah ada entri pasal sunset & cara kawal exposure (shutter + aperture + ISO).. cuba cari..
bro, ade YM tak, sng nk tnya2, huhuhu
ym id – geckofuzz
salam bro, lens tamron 18-200, nikon d3100 boleh pki ker, maksud aku dgn autofokus nyer berfungsi gak.
rasanya tamron ada build in motor utk body nikon… kalau ada boleh pakai..
konnichiwa ogenki desu..??? π
Thks bro nak tya lg masa amik gmbr sunset tu bro guna lens bp mm
pakai kitlens je, 18-70mm..
Assalm bro nak tya….
Lens sony 50-200mm bp harget market price yg baru dan 2nd,ada mber nak tolak rm450 2nd nya…
Sony 50-200mm ada 2 jenis, model lama SAL – rm300-350 klu 2nd. SAM pulak dalam RM400..
assalamulaikum, saya baru nak join group foto ni,saya cadang nak beli canon 7d,apa pendapat abg
rembat je mana yang dapat, dslr semuanya sama, tp jangan bergantung pada gear semata-mata, kita sendiri kena rajin cari ilmu π
slm bro nak tnya boleh terang kan Canon EF 28-200mm f/3.5-5.6 USM AutoFocus Wide Angle Telephoto Zoom Lens , boleh pakai wide n telephoto ke….??
kalau tengok dari range memang boleh.. 28 wide, 200mm telephoto.
T.Q entri ni dah lame nak tau…
π
Assalamualaikum ,
|Member aku nak jual lense canon 55-200mm , nak tanya bro yg pakar nih.. lense camnih kita leh amik gambar jenis camne ye ?
biasanya sesuai untuk ambik potrait.. mana-mana pun boleh sebenarnya, ikut kreativiti kita, ada yg pakai lens 55-200mm utk ambik landscape..
salam..
aku nak tanya kalo aku beli lens Canon EF-S 17-85mm sesuai x utk weeding..ada outdoor ngan indoor..
sori aku newbie ag..
sesuai tak sesuai tu bergantung pd diri sendiri. mcm aku sendiri, lebih selesa dengan 50mm kalau shot wedding.. ada orang suka dgm 10-20mm.. pendek kata, jenis lens yg nak diguna tu kena ikut style masing-masing..
assalam tuan…saya newbie lg..nak tanya..sy pakai canon 500d lens 18-55mm..sesuai tak nak ambik gmbr wedding?
yup sesuai..
terima kasih sudi kongsi info lense ni…. sebelum ni terfikir juga lense apa yang paling sesuai setiap event……
Sama2, thanks sebab sudi singgah π
salam…sy amik wedd job…sy gn nikon d60 and kid lens…sya rasa kit lens kurang jauh.cadang nak up lens…lens yang mana sesuai…tlg beri pendapat…dah pusing pk…
kurang jauh? tak cukup zoom? kalau macam tu ambik 75-300mm.. tapi jarang2 org ambik wedding pakai zoom ni, biasanya wide je.. lainlah wedding tu dalam dewan besar..
hurmm..antara speedlight dengan prime lens..mane satu yang lebih dperlukan utk shot wedding nih?? :oups:
salam bro..nk tanyer..PRIME LENS ssuai tk utk shot wedding.. :oups:
Semua lens sesuai sebenarnya, tp most of the time aku memang pakai prime lens, bokeh sedap & sharp π
owkeyh2..trimas..blog nih banyak betul membantu..saya sentiasa menyokong..n__n
sama2 haziq π
hai..boleh tnyer skit tk..kt mana nak dapat prime lens 50mm dgn hrga yang agak ‘baik’ untuk nikon..hehe
boleh terjah forum photomalaysia.com. kat situ memang syurga aksesori 2nd hand untuk pengguna2 nikon dan canon π
owh terima kasih ats nsht yer =)
sama-sama π
hehe..ok2 tq bro..mane yer ok nk cr seken nye? π
boleh try cari di photomalaysia.com atau shashinki.com. jangan cari kat mudah.com je, banyak kes kena tipu dah :((
kalu 18-105mm tu x la kot..bajet kureng..hehe..tamron ok ke? sy tak berapa tahu tamron tu
harga lebih kurang je. Klu bajet kurang ambik yang 18-55mm lah π
canon 350d..lens tu ok,tp dh fungus..kne tukar mirror,tp sy simpan…baik beli lens lain jer
Hm.. kalau nak tukar kitlens, ambik lens 18-105mm. Kalau biasa ambik lowlight, Tamron 17-50mm pilihan terbaik.
salam bro..kalau kit lens dh xbpe nk ok..nk ganti lens ape yer yg sesuai?
sekarang pakai lens apa? brand kamera?
salam
just nak tanye bro, tele-converter lens tu untuk ape? sambung2 kan lens ke? and setiap ‘tc’ tu ade function2 yg berbeza ek?
Fungsi teleconverter ialah untuk menggandakan focal length. Ada 2 jenis yang biasa d jual iaitu 1.4x dan 2.0x. Kalau kita pakai lens 50mm F1.8 + 2.0 teleconverter, lens 50mm tadi akan jadi 100mm F2.8. Bukan focal length je yg berganda, tapi nilai minimun aperture. π
tumpang lalu..sye pndatng bru, bru nk strt nk blaja men dslr nie..
nk tnye!sye bru bli 450D…klu nk ambk pic weeding lens ape yg ssuai…
Kitlens 18-55mm pun dah ok. Kalau ada 18-105mm lagi bagus. Lens tak kisah sangat, apa2 lens pun boleh. Yang penting flash, sebab wedding biasanya indoor.
salam..sye dh gune lens 18-55mm..emang x puas la gune..zoom pn x joh…
and than sye pn dh gune lens 18-105(pinjam je) trbaik la cukup puas ati.
tp mahal la..klu saudara blh tlng kt ane blh dpt hga lens 18-105mm under rm 1k?
try cari kat Photomalaysia. Kat situ banyak jual second hand. Kalau nak cari yang baru, boleh pegi shashinki.com.
Thanks bor for your info…
sama2 π
boleh citer kat saya tak pasal auto fokus motor??
kalau kita selalu bersihkan lens dengan menggunakan blower dan lens pen, boleh tak cegah pertumbuhan fungus???
biasa fungus tumbuh di dalam lens.. letak dalam drybox atau bekas kedap udara + silica gel untuk elak fungus membiak. Tapi kalau ada duit, lebih baik pkai drybox. Lagipun harga drybox lebih kurang sama dengan kos nak bersihkan fungus.
salam,
nak tumpang tanyer..nak kene beli ker blower ngan lens pen walaupun nikon d3000 dah ader Dust Reduction System??? :((
ye, kena beli jugak, sbb DRS tu untuk sensor, bukan untuk lens..
betul tu bro..beercan boleh constant f4 @210mm..hehe.mmg sesuai la utk portrait. tp aku minat ambik gambar jauh sbb tu nak cari 75-300mm. mmg ramai yg prefer 55-200mm.
oh..hehe, kalau camtu ambik Tamron je.
Guna lens secara maksimum. Kitlens dah cukup bagus untuk cover mcm2 jenis shoot. Sampai masa nanti, kita akan tau sendiri limit lens tu, masa tu baru beli lens baru. Untuk potrait, 55-200mm sangat sesuai, zoom pada subjek (200mm) dan aperture yang rendah (f3.5) untuk dapatkan bokeh yang meletop…hehe..
salam bro..zoom lens 75-300mm jenis ape yg bagus untuk sony? minolta, tamron, sigma or sony? boleh guna untuk aperture rendah ke?
IQ (image quality) lebih kurang je. Cuma Sigma ni selalu “gear strip”. Kalau Tamron & Sony, aku suggest Tamron sbb IQ lebih sikit dari Sony. MFD (Minimun Focus Distance) pun lebih pendek, so kalau minat macro tu Tamron lagi ok. Minolta tak pasti sebab tak pernah cuba.
Ketiga-tiga lens agak “soft” bila zoom pada 300mm. Sony 55-200mm lebih baik kalau nak dibandingkan dengan 75-300mm. Tapi untuk aperture rendah, memang tak boleh lawan beercan.
So kalau nak beli 75-300mm, aku suggest Tamron & nak yang lebih baik ambik Sony 55-200mm, kalau ada duit lebih, beercan semestinya π
Sample picture 55-200mm –> http://digs.by/bZXj8c
salam bro..sy beli a390 double kit lense (18-55 & 55-200)..so nk ty, cemane utk sy push d lens to the limits on how to take potraiture pics..?atau kne gak ad prime lens..
salam bro..nak tanya skit..kalo guna raynox dcr 250 + kat kitlens 18-55mm mcm mana dia punya effect? objek yg kecil boleh nampak clear ke?
raynox dcr 250 ni adapter untuk mengurangkan MFD (minimun focus distance). So boleh ambik gambar dalam jarak yg dekat @ macro. Boleh tengok contoh kat http://monochrome.sutic.nu/2010/09/02/raynox-dcr-250.html
brape standard hrga raynox dcr 250 ea? nk try pkai ngn kitlens canon..
salam bro tarmizi..cdang nak angkat nikon d31000 lenskit 18-55mm..ok ke???nak guna untuk wedding abg sppu bulan dpan…lens apa yg sesuai??
apa2 kamera pun ok, yg penting kena buat research & contoh gambar wedding, so bila shot nnti dah ada idea kat kepala. 18-55mm dh cukup bagus, cuma kalau ada flash lagi cantik. Kalau boleh bawak partner untuk backup.
thanks for reply..flash sb-600 agak2 brapa hrg??
dalam lingkungan Rm750-800. Try buat research kat google.
“Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..”
hahaha. ape daaa~
anyway, stuju ngn kenyataan yg beli lens jgn ikut kwn. π
salam bro..sy da ader bag pack..tp cm besar sgt..so igt nak angkat porch beg jer..tgk brand KATA smart,,tp tol ker KATA ni brand israel?tulun2..
Rasanya KATA ni asal england kalau tak silap. KATA memang smart & tahan lasak. Memang berbaloi kalau beli.
Salam.
Nak tumpang tnya ni…. aku bru je oder Alpha 33. Tuk ni de Twin KIt Lens iaitu klu x silap 18mm – 55mm & 55mm – 200mm (rase nyer la cz lupa). oleh sebab buget, aku amik 1 je (yg ni pn lupa aku pilih yg mane….raasenyer 18mm – 55mm)
jd soalan nyer…..yg mane lebih bgs antara 2 ni tuk permulaan n tuk selamanya…
kalau ada bajet untuk ambik dua2 lens, better ambik dua skali. Tapi kalau mmg dah takda, 18-55mm dah cukup bagus. Bulan depan boleh angkat 55-200mm second hand, dlm rm300 boleh dapat dah. Susah nak cakap mana yang bagus sebab lens ni bergantung pada style masing2. Macam aku dulu pun beli twin lens (18-70mm & 55-200). Last2 aku banyak pakai 18-70 sebab aku prefer ambik landscape, 55-200mm jarang sangat pakai, sampai berkulat.. So guna je apa yang ada, kalau rasa 55mm tak cukup jauh, baru angkat 55-200mm.. ok?
salam bro..ni adress sye kat flickr….http://www.flickr.com/photos/ejadette_photoristique/
klu rjin singghla n plzz komen..heheh..tq
ok, jap lagi singgah..hehe..
Salam,
bro… nak tanya.. mcm mana kalau guna Converter Macro and Wide angle… ok ke tak???
kalau nak beli lensa mahal… kalau pakai converter ni murah sikit….
sory aku baru perasan komen ni, em.. kalau nak beli converter, beli yang mahal sikit, harga dalam 300-400. Raynox kalau tak silap converter untuk macro. wide tak pasti lagi brand yang mana. tapi biasanya kalau guna converter wide ni, akan berlaku vigenetting atau kesan gelap di tepi gambar.
converter tu gune untuk ape pulak? boleh explain skit kegunaannya?
bro..tumpng tnyer lg..cner nak amek gmbr yg bgerak? i mean combination 3 bradek tu..kdg2 bile amek gmbr org bjln pon da jd blur da..huhuh
klu nak “freeze” kan gmbr objek yang bergerak, kena pakai shutter yang laju seperti 1/100 ke atas, bergantung kepada brp laju objek tersebut.
shutter tu pe? pada lens ke kene adjust setting.?.(baru dlm dunia photography)
dalam blog ni boleh kata semua sy dah explain.. cuba cari dulu, kalau takda saya explain
salam bro..nk tumpang blajak ..sy nak angkat canon 500d..n sy minat nk amek gmbr wedding n outdorr cam streetphoto..so lens aper yg sesuai ek…
Erm, ssh gak nak ckp. Ada yg suka pakai UWA utk wedding, ada jgk yg pkai prime.. utk street pun cmtu.. nak senang beli 18-200mm, so boleh shot utk apa2 event.. Kesimpulannya, semua lens sesuai, cuma kena tgk stail kita mcm mana, citarasa setiap org berbeza π
OWH..OK2..SY DA ANGKAT DA CANON 500D..SKANG DOK SEBUK EXPLORE..N BACE BNYAK GAK DR SITE BRO NI..TQ2..
NK WAT STREET PHOTO NI NGN KITLENS AGAK TERHAD SGT LA..NK ZOOM JAUH2 PON XLE..DKT SGT ORG MRH PLAK..HEHE
wah, tahniah, selamat dtg ke dunia fotografi, keep shooting. Actually kan, klu street photo, pkai kitlens pun ok. Yang pro2 mcm saiful nang pun pkai 16-35mm je utk shooting.
tak hntr repair? tak mahal rasanya. klu nak lens utk jalan2, 18-200 paling sesuai, tp mahal ckitlah π
dalam berapa yer?jenama ape yer?
kit lens autofocus dah rosak :/ amek gambar gune manual xbest. lambat. and ksg2 focus lari. uhuk2. kene simpan duit nih. 70-300 sgt x membantu klau stakat nk kuar jalan2.
btw, nice info!
thanks, keep reading π
nice info bro π
my recent post:
CAFE WORLD BUAT ANDA BERUBAH??