+photo courtesy of Sulaiman Alriyami
Kebanyakkan mereka yang nak beli DSLR selalu keliru DSLR mana satu yang sesuai untuk mereka. Ada kes seorang member aku, langsung takda pengalaman guna DSLR, bila nak beli, terus beli model yang advance. Last-last kamera tu dia jual dan tukar dengan digital kamera. Padan muka, aku suruh beli model untuk beginner taknak dengar, berlagak sangat beli yang advance..haha..
Baiklah, entri kali ni akan beri sedikit panduan untuk beginnner/newbie beli DSLR pertama. Sebelum kita pilih model DSLR, jom tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu korang ambik berat masa nak beli kamera pertama.
1. Mudah digunakan
Interface kena menarik, senang dan tak serabut. Nak pegi kat mana-mana setting pun tak susah. So far yang aku tengok Sony memang terbaik dalam user interface yang mesra pengguna.
2. Live View
Live View bukanlah fungsi yang wajib, tapi dari pengalaman aku, LV memang diperlukan dalam keadaan tertentu, terutama bila nak shoot pada sudut yang sukar. Lainlah korang jenis yang tak kisah menonggeng di khalayak ramai.
3. Harga Murah
Biasanya untuk entry level DSLR, korang boleh dapat dalam harga sekitar RM2500. Aku tak galakkan korang beli kamera yang mahal. Lebih baik invest untuk akserosi seperti lens atau flash.
4. Brand Kamera Member
Pilih brand yang kebanyakkan member korang pakai. Contohnya kalau ramai member yang pakai Canon, korang beli Canon. Jadi senang korang nak mintak ajar atau berkongsi aksesori. Make sense right?
Korang boleh baca entri “Nak beli mana satu?”ย untuk tips-tips yang lebih lengkap.
Antara DSLR yang aku rekemen untuk beginner adalah seperti berikut. Harga bawah rm2500.
1. Canon 1100D/1000D
2. Nikon D5100/D3100
3. Sony A550/A500
Ada banyak lagi brand macam Pentax, Olympus dan Lumix. Cuma masalah dengan brand-brand ni adalah aksesori 3rd party yang limited. So agak susah kalau korang cari lens, flash atau aksesori lain untuk brand-brand ini.
Lepas beli kamera tu, jangan lupa baca manual. DSLR bukanlah macam mesin basuh, tak baca manual pun korang boleh guna. So please read your manual. Tak payah pegi internet atau pegi kedai buku cari majalah fotografi, khatam dulu manual. Manual tu umpama “muqaddam”. Tak khatam muqaddam, macam mana nak baca Al-Quran? Betul tak?
Lagi satu, bagi yang tak cukup bajet, korang boleh beli second hand DSLR. Jangan risau beli DSLR second hand sebab kebanyakkan DSLR second hand masih dalam keadaan baik. Boleh rujuk entri “Tips Beli Kamera Terpakai”.
Apa-apa pun, dalam memilih DSLR, yang paling penting ialah keselesaan. Kalau korang pegang DSLR tu dan korang rasa selesa, abaikan tips-tips yang aku bagi, terus beli DSLR tu. Itulah yang aku buat masa beli DSLR pertama 4 tahun lepas. Mulanya aku memang nak ambik Nikon d40x, tapi bila pegang Sony A300, rasa selesa sangat bila pegang, dan aku terus grab Sony A300 walaupun mulanya Nikon d40x tu idaman aku.
Mengenai aksesori pulak, aku akan buat dalam entri seterusnya. Aku akan cuba guide korang untuk pilih aksesori DSLR sama ada lens, battery grip, atau flash yang patut korang beli dulu.
Harap entri ringkas ni sedikit sebanyak membantu korang untuk beli DSLR pertama. Adios ๐
Haii. kalau mcm beginner mcm saya yg takpernah guna camera tpi suka tangkap gmbar, and nak shoot product sendiri dlam masa yg sama boleh bawak untuk travel, buat video tutorial or view or mcm mcm lagi laa, camera mana yg okay? saya mcm tertarik dgn sony a6000/a6400 and canon cuma canon tu laa taktahu lagi yg mana satu okay hehehe, TS boleh bagi suggestion?
As salam, saya mempunyai bakat memotret & boleh lah serba sedikit mengambil gambar di dalam posisi apa pun. Tetapi itu semua saya hanya menggunakan smartphone, minat saya hanya pada human interest, wildlife (animal), landscape & astronomy. Masalah utama saya adalah saya tidak pernah menggunakan apa2 brand DSLR. Sejujurnya saya amat tertarik apabila melihat group “professional photographer” yang memposting gambar yg diambil oleh mereka yg begitu sharp. Juga saya amat berminat kemampuan zoom yg jauh. Akan tetapi, jika saya membeli DSLR adakah saya boleh upgrade lens yg boleh zoom lebih jauh & sharp?
Mmpu beli cam sec ja, tp masih was2 nk pilih antara sony a5000 atau DSLR nikon 3300 , yg mna lg elok admin utk beginner.
Kalau ada bajet beli Sony a6000. PM saya kat FB/Instagram utk details lanjut.
assalam…. ada kawan tanya dslr brand china ni ok ke? tapi bila saya tgk2 dslr brand china ni memang murah… boleh tak Admin bagi pandangan tentang DSLR china ni? Terima kasih
Salam nak tnya camera ape yang sesuai untuk remaja yang dalam umur 14 sbb nak bagi hadiah kat anak. anak dah mint kt dslr d5000 rasa nya sesuai ke dengan dia and tak lah yang berat sangt
Assaamu’alaikum.. nak tnya, dkt mna bole beli nikon dr-6 angle viewfinder..?
Salam bro, boleh beri cadangan kamera apa sesuai saya nak bagi hadiah pada suami. Kegunaan cuma untuk ambil gambar family, bukan untuk tujuan professional mcm photoshoot wedding etc.
Sony a6000 sesuai
Assalamualaikum tuan.. klu kamera nikon coolpix p520 ok tak tuk beginer? Mcm mna cra ambil gmbr yg background blur?
Salam..Sy nk tanye.mcm mne nak setting menggunakan mod manual utk mengambil gambar orang yang bermain bowling dalam keadaan gambar sharp dan mengelakkan daripada gambar pergerakan seseorang ataupun objek itu menjadi blur.harap mintak tolong ajar.
1. nixon d7000
2. canon eos 600d
Salam… Sy sedang berjinak2 part time wedding shoot… Menggunakan 600d antara wide lens dan 50mm mana lebih bagus? Minta pendapat dr yang arif mengenai dslr…
Tnye cket mane nak carik sony A3000 sbb mostly kedai sye pergi semua jual canon or nikon…
nak tanya, kalau ni kan yang dslr untuk beginner dalam tahun 2012 kan? kalau sekarang ni (2014) ada tak dslr untuk beginner but harga dalam lingkungan rm1500 – rm1800? thanks ๐
Salam,
Saya berminat untuk tahu mengenai penggunaan bateri tiruan. Boleh dijelaskan secara terperinci kerana saya masih baru di dalam dunia fotografi.
Terima kasih.
Saya tak pasti pasal bateri tiruan sebab susah nak kesan. Kalau taknak guna ori boleh cuba bateri dari pengeluar 3rd party mcm Octopus. Tapi seeloknya beli ori.
Sy nak tau pasal flash. Cri2 ap yg perlu ad pd flash tu. And kalau sy ni pengguna nikon d5000, ap suggestion yg terbaik utk pilih flash.
Tengok entri yang terbaru.
[Admin: tidak dibenarkan berniaga di blog ini]
Bro…saya pminat wide lens..tapi xda yg mnckupi bajet..heheh:…bley suggest wide angle bawah 1k…tq bro..!!
salam..nak tanya sikit, kalau kita tangkap gambar, mcm mana nak jadikan gambar tu hak milik kita sendiri, takut diciplak orng lain plak..
biasanya org letak watermark..
Assalam, bro nak tanya sikit.
Skrg sy dah ada Canon eos 1000d, 18-55mm tp skrg ni sy nak tambah zoom n flash..sy selalu guna amik gmbr kenduri kendara,majlis kawin n memang suka amik gmbr kengkawan la katakan…skrg ni plak mcm nak buat part time job jer.. kekdg org puji hasil gmbr yg sy amik tu cantik (bukan nak puji diri) mungkin sbb minat..
boleh tak suggest lens yg sesuai mengikut bajet n yg penting kualiti..
ambik wedding wajib ada flash, so beli flash dulu, pastu 50mm 1.8. Kalau pandai cari bajet baru rm600 lebih untuk lens dan flash
Salam…thanks for this info..planning untuk beli camera. Tapi camera beginner yang mana yang sesuai untuk keadaan bergerak, waktu malam dan senang focus eh? ๐
beli mirrorless.. saya rekemen sony nex
nikon d3000 ok tak?
semua kamera ok.. terpulang pada yg menggunakannya..
As Salam, Fuji X-S1 ni DSLR or bukan?
Ni belipun barang 2nd. Sebab masa beli tu si penjual bawa Fuji X-S1 (Made in Japan) dengan Nikon D3200 (Made In Taiwan). Tapi masa test2 tu. Adik saya kata Fuji X-S1 gambar dia lagi nampak neutral berbanding Nikon D3200. Mula-mula tu memang niat nak angkut Nikon D3200. Tapi last2 ambil Fuji X-S1. Agak2 ok tak kamera ni?
sebab dok survey aksesori untuk kamera ni kat internet. Tapi kamera fuji ni limited aksesori la pula.
Fuji X-S1 bukan dslr. aksesori mmg kurang, susah nak cari..
salam,
saya br beli canon 650D. dok pikir2 tadi nk lens 18-55 or 135. sekarang dah amik yg 55 sekali terasa nak tukar 135 la plk apa pandangn saudara better 18-55 or terus pakai 135. saya baru nk pakai dslr so mmg newbie la boleh katakan.huhuhu
bergantung pada keperluan, kalau rasa perlu focal length yg lebih panjang, angkat 18-135, atau 55-200mm..
Salam.
Saya ada SAMSUNG NX11 white untuk dijual. Baru beli setahun. Ad lagi 2 tahun warranty. Complete set. Sangat jarang guna. Condition masih 100% cantik. Bila jarang guna malas nak simpan lama2 nnti rosak lagi membazir. So kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki DSLR ni boleh email saya. [email protected].
salam..bro. Nikon D3200 ok x untuk beginner?? Atau bro leh cadangkan jenama dslr lain yg sesuai untuk beginner.
salam.. sy baru na start bjinak dgn dslr ni. sy bcadang na beli CANON EOS 650(18-55MM). oke ke x ? rlly appreciate if boleh bagi pndapat.
Salam tuan, saya ni baru beli canon 1100d, melalui pemahaman saya, shutter tu adalah kelajuan kamera snap gamabar dan aperture tu kawalan cahaya masuk, kalau rendah aperturenye maka banyak cahaya yg masuk, kedua-duanye macam nak sama fungsinye, yang mana lebih penting untuk dikawal supaya dapat kualiti gambar yg cantik? terime kasih tuan
Klik link youtube ni. Mungkin lebih faham pasal appature, shutter speed & Iso.
http://youtu.be/3f5jiFd0ZrI
thx info
admin bleh x tlg crikan sye nikon d3200 yg 2nd hand punye
Ada kwn tanya,
Sesuai ke beginner pakai canon eos 600d?
Tuan tanah, antara sony nex-5 dengn lumix gf5, ane lebih sesuai utk beginner???
as salam?? nikon coolpix l810 keluaran terbaru nikon adakah sesuai untuk beginner?? n mmg murah.. :[
yup sesuai ๐
sya bru lps bli camera DSLR..sy nk bljar mngenai camera nh…ad group or tempat yg sy bley bljar ttg camera nh..
Canon EOS 1100D & Nikon D3100 , mana best? x nk dgr pape nk uolz jwb salah satu je.. plz….. spec sume da thu tp still dlm dlema! nk nikon d3100 tp ada bce2 depa ckp x de auto focus n ketinggalan.. fuh! canon ok cume spec dea kurang dr nikon~~ ๐
salam.. nak tnye klau 60d ssuai ke untk entry lvel y zero tntang DSLR ni? sy da sankut dngan 60d ni huhuhu..
sesuai je.. ambik je terus kalau dh cukup modal ๐
salam….skg sy guna sony A33 dgn lens 18-55mm jak…..cuma klu nak bli flashlight n lens tu yg susah…
salam.. tnya skit antara d3100 @ d5100 better ambek yang mana.. ada mmber2 ckp beli d3100.. tapi beza harga dgn d5100 xlah jauh sgt.. mohon pndpt.. :((
Salam, hi im still a student. and dlm rundingan, parent nak beli kn Canon 1100d for me. Ni kira first time lah mok beli dslr so, kira match x if I own a Canon 1100d sbb org ckp yg im just too young to own one. So I choose to ask yg pro lah about this. Jadi whats on your mind about this? ๐
1100d bagus untuk beginner, angkut je.. ๐
salam bro TS , mmber sy ni dia bru nk maen kamera dslr , pas tu dia nk angkat d90 satu, pd pndpat TS, sesuai x beginner pkai d90 sbb ad org kate colour d90 x lawa…tolong sy.. :8
bukan tak sesuai sbb kaler tak lawa.. kaler tu boleh set sendiri. cuma d90 tu agak advance utk beginner.. kalau baru lagi, ambik model yang paling basic..
thanks..nasihat yang sangat bguna bg aku yang sedang mengenal dunia ni..hihi..tq bro.
ok, sama2 ๐
best blog nie,,,panduan untuk putera untuk berjinak-jinak dengan DSLR
thanks putera ๐
Salam,
Soalan 1. streets photos. Kalau subject benda bila shoot, senang. kalau people mcm mana pulak. Kadang rasa segan selalu, scene dah cantik tapi. dia tengok kita dgn pandangan “apahal mamat dok ambik gambar ni”.
So how do you overcome this. Mintak izin ke kita nak ambik gambar or just shoot dulu baru bagitau. (kena marah)
Kat pasar mlm banyak scene2 yg best, kena dgn warna & lighting, tapi mostly org tengok semacam sj kita dok snap sana sini. How.
Bagi tips2 sikit. Or aku muka tak malu. main redah je.
Ye la zaman digital ni. Nanti dia ingat kita nak keluarkan gambar dia dlm papagomo pulak.
nanti aku buat entri pasal street shooting… tapi untuk streetshooting ni takda rule sangat, yang penting blend dengan enviroment..
nak dslr kecik2 dan tk berat sangat ada tk ? hehe berkenan samsung NX11 , itu DSLR ke bukan ek ?
rasanya bukan sebab NX11 ni mirrorless, tp bentuk & fungsi mcm dslr.. sesuai kot utk yang nak kamera ringan mcm akak. cuma satu je, aksesori 3rd party terutama lens tak ada.
kalau rasa takda plan nak tambah lens, boleh kot beli, tapi kalau ada, better cuba brand lain.. sony a55 mungkin? kecik & ringan jugak.. ๐
memang minat DSLR ni since 2009 sbb ikut adik makcik outing..
2011 baru dapat..beli bukan sebab trend tapi sebab minat..manual dah baca tapi tetap tak cekap guna..mak tak bagi bwk keluar camera ni..lol..tak tahu nak shoot ape..haha luahan hatiku
adoi, susahla kalau kamera takleh bawak keluar.. ๐
Bagus tips2 yg saudara berikkan. Bahasa yg mudah dan senang di pahami. Sy baru dlm ambik gambaq ni. Kamera pun yg point & shoot shj (super zoom). MMg nak upgrade ke full DSLR dlm masa terdekat ni. Sblm tu sy nak kena paham istilah2 mekanikal photographer ni. Dan cuba sendiri menggunakan kamera yg dah ada ni. Agak2 dah paham basic2. Saya akan teruskan dgn membeli kamera lain.
Fuji camera X series (X10 & X100) mmg mahal. dekat2 3K. Dlm februari fuji keluar X series baru X S1 (sensor sama dgn X 10) tapi super zoom. . Koman2 pun harga mesti cecah 3K. Mungkin saudara pernah guna x series atau pun tahu serba sedikit pasal fuji X series. Sbb bg saya salah kelebihan yg saya tengok ialah sensor yg ada pada x series ni. (wlpn x berapa pasti X series ni utk apa – zoom? gambar.ISO? dsbnya). Bila bandingkan features dgn kamera taraf DSLR. lebih kurang sama, lebih nya X zoom yg tinggi.
Adakah kamera spt ini buleh di pertimbangkan bersama kamera DSLR?
tak semestinya kena pakai dslr.. setiap kamera ada kelebihan. contoh macam fuji X S1, sesuai untuk mereka yang ambik gambar hidupan liar, sebab jarak zoom sangat jauh, kalau dslr mungkin kena cari lens 400mm & harga confirm mahal.
so kat sini, nak beli kamera tanya dulu kat diri sendiri, “aku nak shoot apa?”
Hello bro, Selamat siang petang dan malam. Nak tanya, A500 tu ISO dia ok ke?
Saya skrg ni pakai A390, ISO A390 bila tggi sikit noise jelas sangat la. Sedih betul (Bt muka 30sen) bila kwn ajak kluar jln2 amb gmbr waktu malam.
pakai iso brp?
Tak tentu, saya selalu tukar ISO sens depend dgn keadaan. Tapi sekitar ISO 1600 camtu dah jelas. 800 masih boleh terima. 3200 nampak kertas pasir dah. Skrg tgh cari body yg bgs sikit, A55 dlm kepala skrg. Ada nasihat? ๐
so far aku pakai a550 ok kot iso, tapi 1600 limit, lepas tu noise mmg banyak. a55 rasanya takda masalah kalau 1600. Tapi better beli prime lens mcm 50mm 1.8, so tak perlu pakai iso sampai 1600 ๐
tq bro…sume tips yg diberi mmg berguna…sy baru nk bli dslr…tp skrg sony ada model SLT…(contoh a35)…utk entry level gak…cam nikon d3100 & canon eos1100d…adakah kamera slt lbih bgus dr dslr…tq…
nanti aku buat entri perbandingan antara SLT dan SLR ๐
Minat main kamera tapi takut nak start main kamera. nanti jadi gila plak, duit habis kat DSLR dan aksesori.
beli yang asas je, aksesori tu kemudian pun takpe ๐
bro,tips yg sgt berguna utk beginner sperti aku ni!! thnks bro!
sama2 ๐
wow, terima kasih tuk tips yang bagus ni..
sama2 ๐
nak beli tu rasanya tak mampu lagi. hihi..
mulalah menabung..hehe
Sekarang ini selesa dengan prestasi Canon 600D sesuai untuk entry level macam saya yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR.
body tak brp penting sgt, lepas ni tambah lens je.. kalau tak 4-5 tahun baru tukar body baru ๐
wow , trima kasih atas sgala tips2 yg dibrikan , sy dh beli satu nikon d5100 baru sekali kitlens , lebih kurang 6 bulan lepas , sy sbenarnya peminat macro ,boleh x tarmizishukri cadangkan lens macro apa yang sesuai utk kamera sy ??terima kasih ๐
boleh try Tamron SP AF 90mm f/2.8 ๐
terima kasih atas cadangan awak.. ๐
Dah beli 500D. igt nk upgrade cmera.
tp tgh konpius nk bli 50mm dlu ke.. speedlite dlu..
emm agak2 incik Tarmizi mna yg patut beli dulu?? mnta tnjuk ajar^^,
tu depend dengan kita sebenarnya, tunggu next entry ๐
owwhh.. oke. thanks sifu! ๐
teringin dari dulu lagi nak beli DSLR..tapi apekan daya..kesempitan wang..uhuks
takpe, kumpul sikit2, lama2 boleh la tu beli ๐