TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Personal / Yeah! Konvo Sudah!

Yeah! Konvo Sudah!

Oleh Tarmizi Shukri 7 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

konvo

+thanks to Arfif Photoz

Sedar tak sedar semalam aku secara rasminya telah bergraduat, pantas betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku mendaftar masuk ke UPSI dan berkenalan dengan kawan-kawan aku. Kenapalah kalau saat-saat manis tu cepat sangat berlalu. Rasa tak puas lagi nak bergelumang dengan dunia pelajar. Tapi sebenarnya aku rasa sangat puas, penat lelah dan doa orang tua aku terbayar pada hari konvekesyen aku. Eh.. em0 pulak. Tukar mode..hehe.

Sepanjang hidup aku, hari ini lah yang paling bermakna buat aku. Memang rasa lapang sangat dada, bahu yang sebelum ni terasa berat terasa ringan sikit. Masa nak masuk dewan konvokesyen, rasa sebak pun ada, lagi-lagi bila salah seorang urusetia konvo tu menyapa aku dari belakang dan bagitau “Nikmatilah hari ini dan hayatilah” sambil diiringi muzik orkestra. Memang tersentuh jiwa jantan aku ni, tapi aku tahan je, sebab takut nanti “si dia” nampak..hehehe.

SONY DSC

“Si dia” yang aku maksudkan

Susah nak gambarkan perasaan masa konvo tu, cuma yang dah konvo je tau. Ada jugak yang dah konvo dan cakap “Hm, biasa je, aku tak rasa apa pun”. Mereka yang cakap macam tu sebenarnya tak mengalami kehidupan di universiti yang sebenar. Mungkin selalu meniru dalam exam atau copycat assignment kawan-kawan, takda usaha, memanglah tak rasa apa-apa masa konvo. Tapi bagi yang betul-betul berusaha atas titik peluh sendiri akan rasa kepuasan dan nikmatnya masa berarak masuk ke dewan konvo. Betul tak?

Sempena hari graduasi, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ibu bapa dan keluarga yang berhabis duit dan keringat untuk menyara aku dari kecik sampailah sekarang. Kepada pensyarah-pensyarah UPSI, tanpa anda siapalah kami, mintak halal segala ilmu yang diberi dan kepada rakan-rakan seperjuangan, selamat berkonvo & selamat melangkah ke alam kerjaya. Perjuangan kita belum habis lagi..

Oklah, sampai sini je aku dapat update. Bagi yang ada tanya soalan tu dalam minggu depan aku jawab soalan korang ye, internet sini slow sangat. Tapi kalau korang nak cepat, boleh tanya kat facebook, sebab aku boleh reply pakai handphone je. ๐Ÿ™‚

SONY DSC

konvo121

p/s –ย  Bagi yang dah grad tu, Selamat Bergraduat. Kalau ada gambar konvo yang korang nak aku edit, send kat email aku.

Related

Filed Under: Personal15/10/2010

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. liza says

    30/11/2016 at 10:09 AM

    Salam.saya nak edit gambar konvo

    Reply
  2. shima says

    17/10/2010 at 6:49 PM

    Congrates!! ๐Ÿ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      17/10/2010 at 7:05 PM

      thanks shima… ๐Ÿ™‚

      Reply
  3. TarmiziShukri says

    16/10/2010 at 3:29 PM

    sama2 cik adik..hehe..

    Reply
  4. dahlia says

    15/10/2010 at 1:57 PM

    tahniah tarmizi..nice pic! ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ™‚

    Reply
    • TarmiziShukri says

      16/10/2010 at 2:36 AM

      thanks dahlia ๐Ÿ™‚

      Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
ยฉ 2009 - 2014 ยท Hakcipta Terpelihara ยท TarmiziShukri's Blog ยท