Alhamdulillah setelah lama tertangguh akhirnya siap jugak design baru untuk tarmizishukri.com. Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak tukar design blog, tapi tak jumpa theme yang sesuai. Saya memang dah rancang, kalau nak tukar design baru kena cari theme yang senang di customize. Nak godek-godek coding memang dah tak larat..hehe.
Akhirnya saya pilih theme “Grand College” yang merupakan “premium theme”, so kenalah keluar duit sedikit.
Lepas beli theme, bermulalah proses redesign. Design blog kali ni saya buat sangat simple berbanding yang sebelum ni. Rasa macam tak sesuai dah design warna warni, jadi saya buat keputusan untuk guna 2 warna utama iaitu biru dan kelabu.
Sebenarnya design yang simple/minimalis lagi susah nak buat sebab tak boleh gunakan banyak elemen dalam design. Dipendekkan cerita ambik masa 4 hari untuk fikir warna yang sesuai dan 3 hari untuk header. Itupun recycle sedikit design facebook cover.
Selain tu untuk paparan mobile juga dah update. Kalau korang nak buat mobile apps untuk blog/website, boleh pegi ke website “Mobile Conduit”. Boleh fully customize apps tanpa bayaran melainkan korang nak submit ke AppStore atau PlayStore.
Saya ada sertakan freebies yang mengandungi template Photoshop (.psd) untuk facebook timeline, mobile apps dan header blog.
[tweet-to-dl key=”3141″ type=”3″ require_both=”true” dl_url=”http://www.mediafire.com/download/5pztbwbcpma7on2/Freebies.7z” twitter_name=”tarmizishukri” tweet_url=”http://tarmizishukri.com/wajah-baru/” tweet_text=”TarmiziShukri’s Blog Freebies” message=”Tweet or Follow me on Twitter to download now!”]
Harap mood blogging akan pulih seperti dulu. So what say you? Ok tak wajah baru ni?
Sangat suka dengan theme baru ni. Lebih bersemangat nak membaca..
makin maju ke hadapan sekarang..siap ada mobile apps lagi..:)
smart ler theme ni…
header tu memang terbaik betul..
nampak menarikla tuan yang ni..nampak lebih fresh..memang creative 🙂
okeh. nampak lebih kacak sikit.
Sekian lama jadi silent reader kat sini…terkejut jugak tengok design dah berubah..apa-apa pun memang cantik & kemas design ni:)
Entri Terbaru “Percutian ke Hong Kong – Macau Day 5 Part 3”
terbaik theme ni. kemas. sedap mata memandang. lagi sedap kalau info fotografi penuh macam dulu 🙂
best.. nampak sgt kemas.. 🙂
simple dan sedap mata memandang
siyes, menarik theme ni. simple dan kemas. yg plg mahal header dia. hehe
simple dan kemas…
Ringkas dan kemas. Blog ini pun penuh informasi mengenai fotografi dan kamera DSLR.