Lens adalah komponen penting pada sesebuah kamera. Kualiti imej yang kita ambil menggunakan kamera boleh dikatakan banyak bergantung kepada lens yang digunakan. Walaupun korang ada kamera 100 megapixel sekalipun atau dslr yang berharga puluhan ribu, imej atau gambar yang terhasil masih bergantung kepada lens. Kalau sebelum ni aku ada bagi tips untuk penjagaaan kamera, kali ni aku nak tekankan penjagaan lens.
Lens kena dijaga dan diservis secara kerap. Kalau boleh, setiap kali korang gunakan kamera, lens kena “diservis”. Untuk mencuci lens, perlu ada peralatan khas. Kalau ada habuk, tak boleh main tiup pakai mulut je. Kalau terkena jari, jangan lap pakai baju atau tudung awek korang..hehe.. Antara peralatan untuk mencuci lens ialah seperti blower, lenspen, cotton bud, dan liquid yang khas untuk lens. So aku akan tunjuk secara ringkas macam mana nak cuci lens dengan betul.
Step 1 – Tempat yang sesuai
Sediakan tempat yang sesuai. Kalau boleh buat atas meja yang tak semak seperti gambar kat atas..hehe. Cari tempat yang tertutup, tak terlalu berangin, tak terlalu lembab seperti bilik air dan tandas (ada ke yang nak cuci lens dalam tandas?). Kalau ada lampu meja lagi bagus, senang nak nampak habuk yang melekat pada lens. Paling penting, jangan ada cecair kat tempat nak cuci lens, air kopi ke, even air suam. Sebab takut-takut nanti kucing korang melompat atas meja dan air tertumpah pada lens. Menangis tak berair mata lah korang.
Step 2 – Peralatan
Peralatan yang aku guna untuk cuci lens ni ialah blower dan lenspen je. Kalau korang takda lenspen, boleh pakai kain yang biasa orang pakai untuk lap cermin mata. Tapi jangan pakai yang korang dah guna tu, pakai yang khas untuk lens je, takleh campur-campur. Tapi aku rekemen korang pakai lenspen, sebab lebih cepat dan bersih.
Step 3 – Buang debu dan habuk dengan blower
Pakai blower supaya lens bersih dari debu, habuk atau pasir. Korang tak boleh main lap terus sebab debu-debu kasar atau pasir boleh mencalarkan lens. Jangan sesekali tiup lens pakai mulut, nanti lens mudah dijangkiti fungus.
Step 4 – Buang habuk yang masih melekat menggunakan berus
Gunakan berus yang ada pada lenspen untuk membuang habuk yang masih melekat. Buat gerakan membulat bermula dari tengah lens.
Step 5 – Bersihkan lens
Gunakan bahagian yang satu lagi untuk membersihkan lens dari kotoran seperti minyak, air dan cap jari. Pastikan tiada pasir dan habuk kasar kerana boleh mencalarkan lens semasa step ni. Buat pergerakan macam step 4, gerakan membulat bermula dari tengah.
Jadi inilah hasilnya, senang je 🙂
Bila dah siap bahagian depan, bersihkan bahagian belakang pulak dengan mengulang step yang sama. Kalau dah siap, tutup lens. Tapi sebelum tutup tu blow kan dulu penutup lens, supaya tak ada habuk yang tertinggal. Yang aling penting bila korang cuci lens ni ialah jangan rushing, dan buat dalam keadaan yang aman damai dan sentosa. Ok? Ada soalan? 🙂
p/s- oh, terlupa pulak, basuh tangan dulu dan lap kering-kering sebelum nak bersihkan lens ye..
As’salam, nak tanya….kalau ada bintik hitam dekat lens masa nak tangkap gambar, nak buat macam mana ya.
Tapi bila dah ambik gambar takde pulak dekat gambar tu.
Salam. Nak tanya, kalau nak cuci body ada tutorial x? Ada macam habuk dekat sensor. Dah pakai blower tapi xnak hilang.
nk tanya, kalau 1100d tak boleh on mcm mana?
Hantar ke pusat servis
kalau camera compact mcm mana pulak?
utk compact cara yg sama, cuma guna lenspen yg khas utk compact.
Tpi memang kbnyakkannya bermula dari ksilapan.. dan yg baiknya.. ada org yg sudi share info2 untuk newbie2 mcm sy ni..
Nasib baik ada info sifu ni.. memang dh jdi kbiasaan aku tiup pkai mulut.. klau dgil baru pkai blower.. rupanya teknik mcm tu tk bgus untuk ksihatan ya.. tq2..
wahhh bolehhh juga nichhhh
sukses dach gan
Salam,
Mungkin kalau takut lens calar, kita boleh cadangkan guna filter kat depan, harga filter murah shj berbanding dengan lens.
Sekian.
gan, kl lensa ngefog gmn cra brsiin nya??
butuh pencerahannya….
thx
Baru sahaja membeli lenspen. Bimbang juga guna kain micro fiber walaupun ia adalah yang biasa digunakan. Harap lenspen ini mudah digunakan.
ok.boleh rekomen di mana
Mana nak cari semua alatan tu blower dan lenspen
saya beli kat kedai jual kamera jer…dipanggil cleaning kit..rm35.00
salam bro..rsenye kt mne bole bli blower ngn lenspen ni ek?
salam,
kat ner ye nak beli lenspen & blower tu…
sory la baru belajar nak gune dslr…huhu
mana2 kedai kamera ada jual..
baru je order blower ngan lens pen ni..
tau tak cara cara bukak lens sony 16-105 hmm ada fungus laa rasa nak buat sendiri jerk
ada banyak tutorial kat youtube, tapi saya tak rekemen bukak lens sendiri kalau takda pengalaman…
salam,lens pen tu jual asing or bole dapat benda ni semua dalam satu set..im newbie tq Mizi
boleh beli dalam satu pakej atau asing2.. tapi aku rekemen beli asing2 sebab lagi murah 😉
kan lenspen tu ada macam hitam2 tu.kena biarkan ja?
ada hitam2? takde pun.. clean & clear je kalau cuci lens pkai lenspen..
nak tanya. ada kemungkinan x kita nyer lenspen tu utk kotor?
contohnya, kalau kita dah biasa lap2 kita nyer lens, adakah kemungkinan berus tu (terutamanya part yg bukan berus tu, yg side satu lagi tu, paham ke?), utk kotor dengan habuk2?
Setiap kali nak guna lenspen tu, “twist” atau putarkan penutupnya dulu untuk membersihkan hujung lenspen. Dalam penutup tu macam ada span, so hujung lenspen tu akan bersih balik..
cayalah.. ilmu2 ni..
ilmu dari Allah, kena sampaikan walaupun sedikit 🙂
bagus tips ni bagi orang yang baru blaja2 pasal dslr ni..
thanks Dbalkis, sudi2lah ye jenguk blog ni lagi 🙂
Thankz Sifu!hehek~
Sama2, rasanya diri ni tak layak di panggil sifu… sekadar berkongsi 🙂