Tips-tips kat bawah bedasarkan kisah benar semasa aku membeli dslr & semasa tolong kawan2 survey kamera.
1. Ukur ketebalan dompet
Persoalan pertama adalah berapa bajet yang korang ada? Untuk yang nak beli DSLR untuk pertama kali, saya cadangkan beli model entry level. Harga dalam lingkungan RM1500 hingga RM2000
2.ย Canon,ย Nikon atau Lain-lain?
โBeli C atau N sebab yang lain tak bagusโ, dialog ini biasa keluar dari mulut mereka yang merasakan jenama yang mereka pakai paling best sangat.
Perlu di ingatkan di sini, jenama tak penting pun. Kalau beli DSLR harga 10 juta pun tapi pakai auto mode baik tak payah.
Pilih jenama yang korang rasa serasi dengan tangan korang. Pegang dulu semua kamera yang ada di pasaran sama ada Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentax dan sebagainya. Kalau rasa sesuai dengan tangan, beli je, tak perlu dengar cakap orang lain sebab korang yang nak pakai nanti.
3. Nak shoot apa?
Jenis kamera bergantung kepada apa subjek yang korang nak shoot. Contohnya kalau korang suka shoot gambar aksi seperti sukan dan sebagainya, kamera yang boleh shoot 5 fps (frame per second) ke atas patut menjadi pilihan. Kalau landskap tak perlu fps yang tinggi.
Satu lagi, sayaย pernah terbaca dalam forum fotografi, forumers ada bagitauย yang Nikon is best for landscape, Canon is best for portrait.
Saya tak tau sejauh mana kebenarannya sebab saya pakai Sony, Like no Others ๐
4. Lens
Selain jenis kamera, lens antara perkara yang perlu juga di ambik berat. Biasanya dslr akan dijual beserta pakej lensa yang berlainan. Contoh sony a300 yang aku beli 2 tahun yang lepas disertakan dengan lens 18-70mm & 55-200mm, sesuai untuk pelbagai keadaan. Nikon d90 pulak dengan lensa 18-105mm manakala Canon biasanya dengan pakej 18-55mm.
Jika korang nak beli dslr sekadar suka-suka, 18-55mm dh cukup ok, boleh cover indoor dan outdoor sekali. Bagi yang suka travelling pulak, lens 18-250mm sangatla sesuai, sebab tak perlu nak tukar-tukar lens. Kalau wedding pulak 18-105mm dah cukup bagus dan kalau nak skodeng, bolehla angkat 70-200mm atau terus sambar je 70-400mm.
Kalau nak cerita pasal lens ni 10 muka surat pun tak abis, kalau free nnti aku buat entri pasal lens pulak untuk beginner senang faham, kalau dah expert tak payahla baca.
5. Banding harga & free gift
Sangat penting jika korang sayangkan duit, kalau tak sayang, abaikan tips ini. Jangan lupa bandingkan free gift, ada kedai yang bagi banyak free gift, ada kedai yang kedekut. Biasanya free gift yang korang akan dapat bila beli kamera seperti tripod, kad memori, screen protector, beg & cleaning kit.
6. Tengok kedai
Kalau pekerja atau tokei kedai layan kita macam sampah, sila beredar segera dan sebar2kan nama kedai tu supaya takda customer yang datang kedai tu lagi. Biarla harga mahal sikit asalkan layanan tip top.
Hampir terlupa pulak ada part 2..hehe..
7. Stabilizer
Stabilizerย merupakan satu fungsi/sistem pada kamera untuk mengurangkan gegaran yang menyebabkan gambar menjadi ‘blur’. Ada banyak jenis image stabilizer (IS), namun yang biasa digunakan pada dslr terkini ialah Lens-based Image Stabilization dan Sensor-shift Image Stabilization. Brand-brand seperti Canon dan Nikon menggunakan Lens-based IS, manakala Sony, Pentax, Fujifilm & Minolta menggunakan sistem Sensor-shift IS.
Jadi, apa bezanya antara Lens-based IS dan Sensor-shift IS bagi mereka yang nak beli dslr pertama?
Bagi pengguna nikon dan canon, IS terletak pada lens dan bukan pada body kamera. So kalau nak beli lens, kenala cari lens yang ada IS, kalau tak kemungkinan besar masa ambik gambar banyak gambar akan blur ( jika menggunakan slow shutter atau lens zoom) dan untuk pengetahuan, lens2 yang ada IS agak mahal, dan sesuai untuk mereka yang berpoket tebal sahaja.
Brand2 seperti sony dan olympus pulak tidak perlu risauย sama ada lens ada IS atau tidak sebab IS dah ada dalam body kamera. So untuk brand2 ini, apa2 lens pun sesuai termasuk lens2 lama seperti minolta.
Kesimpulannya, lu fikirla sendiri..hehe..
8. Tengok orang kat sebelah
Maksudnya tengok2kan kawan2 korang, ramai pakai brand apa? Kalau ramai pakai canon, beli la canon, kalau nikon, beli la nikon & kalau sony, beli le sony. Nanti nak share lens atau aksesori lain senang, kawan nak ajar pun senang sebab brand sama.
So, sampai di sini sajalah, semua tips di atas adalah berdasarkan pengalaman aku masa mula2 nak beli kamera.ย Kalau korang ada tips yang best silalah berkongsi kat sini. Adios…. :p
Sy pn bru nk brjinak2 dgn dslr..nk cari y seken jerr
Assalam, sy nak mencari kamera dslr untuk ank sy yg belajar animasi.. tp mmg sy xberapa tahu tentang kamera ni.. so kamera dgn spec mcm mana sesuai utk pelajar animasi
tumpang tanya kalau nikon coolpix l810 tu dia mmg xleh tukar2 lens ye… dri segi kualiti sme ke dgn Dslr lain.??. mcm berminat lak sbb tkyah tukar2 lans ……huhu thnks ..
lens*
Salam, saya guna d5100 sekarang nak cari lens utk travel yang ringan x berat klo amik gambar tu tip top.. lens mne yang sesuai.
TQ tips..
nk tanya..
Nikon Coolpix P900 ok tak..?
As salam…akk nak beli camera olympus e-pl3…camera tu bagus x?
salam sejahtera bro..
sy nhe bru nak blajar tntng camera sbb masih stdy..
jdi sy berminat dgn camera canon dgn nikon..
sy nak tanya camera y mcm mana sesuai dgn sy..
harap bos bleh bg pendapat…
tumpang tanya…
kalau astrofotography sesuai guna kemera ape ye??
Kalau ada bajet beli fullframe sebab kualiti gambar bila guna iso tinggi lebih baik dari aps-c sensor.
Assalam anak2, makcik ni baru nak belajar tentang kamera..boleh bagi cadangan kamera yang sesuai untuk makcik ambik gambar utk blog masakan..belum pernah cuba mana2 jenis lagi..dan tak tahu/tak de pengalaman nak guna.
tq ya
Bergantung pada bajet, mana-mana kamera dslr / mirrorless pun ok. Yang penting lensa yang sesuai contohnya 35mm 1.8 dan flash + diffuser.
Kalau nak lebih spesifik makcik boleh email saya ๐
Salam bro. Tumpang tnya. Sy nk cari camera yg mostly sy plan nk guna utk amek vdeo. Tp mesti la jgak alang3 amek pic jgak kan. So skrg sy musykil yg mane kamera yg terbaek tok digunakan. Sama ada
1) canon 700d
2) canon 60d
3) nikon d7100
4) bro ade pandangan tersendiri.
Tq bro in advance. Harap dpt sgt membantu. Tq skali lg.
Saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang pertanyaan sdr Shafiq. Kalau sdr memerlukan sebuah DSLR untuk dua kegunaan, still photo dam video pilihlah jenama Canon. Canon mempunyai teknologi video movie hampir 25 tahun yang lalu (Canon camcoder). Sehingga kini banyak penerbit TV program menggunakan Digital Canon Pro-HB untuk shoting drama dan dekomentari.
Sekarang teknologi video ini telah diserapkan kepada DSLR tentu sekali jauh lebih advenced berbanding jenama lain. Kelebihan kebanyakan DSLR Canon ia mempunyai sistem ‘live screen’ untuk aperture lever. Kita boleh laraskan aperture level bbuka/tutup dan terus menerus boleh nampak pada LCD monitar. Nikon DSLR camera tidak mempunyai teknologi ini. Kita kena shot dulu dan replay baru boleh lihat aperture under atau over. Ini sangat penting waktu kita shoting, jimat masa dan memory card.
Kalau sdr rasa kurang jelas, hubungi saya. Terima kasih.
Nak minta pendapat la.. apa camera yang sesuai untuk food styling ye… saya involve dalam dunia kek..
Terlebih dahulu saya minta maaf, saya ini suka sangat menyampuk tapi saya ikhlas.
Sdr Ira, sebenarnya semua DSLR itu baik jika digunakan dengan teknik yang betul. Dapatkan tip bagaimana untuk mengambil gambar still life, table-top dan close-up. Sekiranya ada pengetahuan ini terutama guna lens apa (macro, 18-55mm atau 100 mm macro), berapa aperture, berapa shutter speed, lighting single flash atau studio light dan ll… cuba cari.
Tentang jenama DSLR saya cadangkan guna Nikon. Nikon menggunakan sensor yang sangat sensitif kepada warna. Warnanya lebih mantab sesuai untuk fotografi iklan. Setkan aperture one stop under supaya ada ruang untuk adjustment di photoshop. Dalam menghasilkan foto iklan Adobe Photoshop tidak boleh ditinggalkan.
Ok ke sdr Ira? Boleh terima atau tidak.
Assalamualaikum..bro.. boleh cri dslr budget dlam rm500 ke rm900 tak kisah apa pin jenama.. trimass.. ^_^
salam, sya dh pernah gne nikon dslr nikon d5200, n sya nk tanya, apa beza cmera nie ngan dslr d 5300, n apa kelemahan kedua2nya…
antara lens 55mm dengan 50mm mana lagi ok ?
dua2 ok..
skang saya tgh ushar kamera dslr..tp sy konpius ..samaada nk bile nikon d5000 atau d5200..mane lagi ok???
minat kat canon, tapi tips 7 m’buat sy b’fikir byk x
thanks…
suka pada tip 6
Kalau samsung nx1000 tuh boleh kira sama taraf ke dengan dslr?
Salam…mcm best jer fotografi ni..frenz bley call sy ayie jb….tq
As’kom, bro….saya suka ambil gambar iris mata, boleh tak tolong rekemenkan kamera digital apa yg baik untuk dpt imej yg agak jelas…nak yg kecik jer…yg digital biasa, ada ke digital yg ada fungsi macro, boleh amik gambor dekat..? okey..tang-q
Tips No 6 tu aku SETUJU SANGAT!!
Aku RELA ABAIKAN tips No 5, DEMI tips No 6 tu.
Hahaha.
saya cadang nak beli SONYNEX5NK OK KE?
ok ke tak bergantung pada bajet dan nak shoot apa, so saya takda jawapan untuk soalan tu.. ๐
Salam..sy ni baru nk jinak2 dlm bidang photography..camera jenama apa yg sesuai utk sy..kalu jenis OLYMPUS OM-D E-M5 sesuai x utk sy sbb sy tgk dlm blog2 yg guna camera jenis ni mngatakan ia camera yg tebaik & sempurna..apa pendapat en. Mizi tentang hal ni..?
sebenarnya takda kamera yang terbaik dan sempurna.. pilih kamera sama macam pilih kereta.. tiap org ada taste, yg penting bila pilih kamera ialah keselesaan bila kita pegang kamera tu.. ๐
Kalau pekerja atau tokei kedai layan kita macam sampah, sila beredar segera dan sebar2kan nama kedai tu supaya takda customer yang datang kedai tu lagi. Biarla harga mahal sikit asalkan layanan tip top.
hehehehehehe
Sy baru je beli Nikon DSLR 3100, (dulu pakai kamera sony) kenapa sebab sy org baru nak belajar dslr, nikon dipilih berdasarkan pegang kamera yg sedap secukup rasa, rasa padat dan menu function yg mudah utk discroll, mudah faham … skrg nie dah mula berjinak jinak dgn setting advance level dan main main dgn setting manual … masih banyak yg perlu dibelajar terutama setting manual …. cara belajar sendiri aje, baca internet dan tangkap gambar habis pulas … Setakat nie puas hati dgn gambar kamera nikon … sebab unsur naturality amat terserlah …. favourite gambar diambil ialah pokok … entah kenapa suka sangat ambik gambar pokok waktu sunset …. pernah ambik gambar laut dan pulau … tapi hasil yg terdapat tidak detail sangat … mungkin tak boleh zoom jauh kot …. gambar potrait dah paham sikit sebanyak … gambar close – up suka ambik gambik air kelapa dgn isi terapung … suka sgt bila nampak texture isi kelapa tu di atas gelas …. wasallam :o:
terima kaseh ats info yg berguna……
salam
boleh bagi tips yg lebih berkaitan photografer terutama bab2 wedding dan someone…. ble e-mel kat e-mel saya nie
Ada banyak kat blog ni, rajin2lah cari sendiri..
Good job Mizi…nnt blh minta pndpat mizi utk beli..niat tu ada utk memiliki DSLR…hrp2 tahun ni ๐ Nway,teruskn usaha mizi n gud luck
saya nak tanya,canon powershot sx40 tu dslr atau bukan?
bukan.. itu point & shoot..
Aku suke lah baco blog ko ni… tak memboringkan……….. the best…… terbaik… teruskan bro……
thanks din, teruskan membaca ๐
saya cadang nak beli camera canon cam yuna tu.. dan saya tak tau langsung bab2 camera ni, buta kayu la katakan.. so, ok tak for begginer cam sy ni? thanks.
beli kamera, pastu baca manual.. ๐
bro.aku nak tanya sikit pasal lens.kalau pakai 70-300mm bole tk nak tangkap gambar weeding
sila rujuk entri terbaru ๐
Salam ,masa shoot utk wedding,guna flash jenis apa tu?
ok x sony nex-c3? sy suke pic2 dslr ni tp sy x suke dslr la sbb borat sgt..hee~ lg pn sy klu bli dslr pn mst guna auto mode nye coz xreti n xtaula sape nk ajr nti plus xde mase. tp my frens ramai x bg bli sony nex c3 coz dye kate mhl..n lg berbaloi bli dslr..aiyooo confuse~ hr 2 sony wt promotion tok sony nex c3 tp sbb dh poning x bli pn.. tlg bg suggestion sifu!
Asslmkm,
Sy bercadang nak beli camera SONY NEX 5,boleh saudara senaraikan KEKUATAN dan KELEMAHAN kamera jenis ini..adakah ia setanding dengan kamera ALPA DSLR sony yang lain???
Baru jer bli sony a390~thanx for d info,baru nk belajar gne dslr ni ๐ maseh bnyk bnde yg x tau lg
Sy baru survey SONY dslr. kawan sy semua tak pakai sony dslr, lain semua pakai nikon and canon. tp nak rasa kelainan sikit, teringin nak pakai sony. tp takut sangat tak bagus. umm, pendapat plsss.
takda kamera yg tak bagus, klu gmbr tak bagus, tuan kamera tersebut yg tak bagus… ๐
tips yang last tu paling best! hehe ๐
haha, semua ni dari pengalaman ๐
thank you for the tips. very helpful for me yang newbie ni. selama ni pakai compact camera je. now sedang berkira nak tukar ke dslr. tapi tak berapa yakin. yela banyak juga duit nak kena invest untuk konon2 hobi baru ni. hehe
DSLR dah murah sekarang, kalau 2nd hand, RM1000 boleh dapat dah ๐
allah..jahil sggh sy dlm bab ni hehehe.ni la silapnya..beli dslr dulu..pstu baru cari petunjuk:)rupanya ada Is yg built in dgn body..dn ada yg pd lense…
takpe, sama2 pernah buat silap ๐
cambetuuuull aje.
maksudnya?
hehe :p
part yg skodeng pown ada gak..huhu
btl2….sy sokong..huhu
Apa yg wow nye Ila?
wow!!!!!!!!!!!!!!!
hehe..tapi antara tips terpenting 2 :p