Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iPhone menyebabkan kamera/DSLR bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.
Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.
But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.
1. Bersihkan Lens
Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.
2. Jangan Zoom
Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software.
+ tak perlu komputer untuk buat editing
3. No Flash
Jangan seronok beronok-ronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).
Melainkan korang tau macam mana nak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.
4. Gegaran
Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali ย yang high end model. Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexpose.
5. Setting
Mahirkan dengan setting kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.
+ ada banyak jenis aksesori fotografi untuk telefon pintar
6. Apps
Ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu install semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.
Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.
7. Aksesori
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.
8. ย Segalanya Komposisi
Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.
9. Editing, Jangan Over!
Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.
Kebanyakkan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.
Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?
+ antara apps fotografi dan editing yang saya gunakan
10. Kongsi & Kritik
Kalau korang serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.
Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.
*****
Sejak jual DSLR tahun lepas, saya banyak ambik gambar guna iphone. Memang banyak limitasi berbanding DSLR. Tapi tak mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil dengan DSLR jika betul caranya.
p/s – kalau nak tengok gambar terkini, boleh follow saya di Instagram. Jangan lupa follow Twitter sekali ๐
Sumber Gambar: www.digitaltrends.com www.trendhunter.comย fiftyfootshadows.netย
Info yang sangat berguna dan bermanfaat untuk saya….
Tips yang sangat bagus untuk sesiapa yang minat mengambil gambar menggunakan handphone. Sebagai tambahan maklumat ingin juga saya kongsikan tips fotografi hp ini..
Assalamualaikum hai tarmizi, salam perkenalan. Saya suka tips yang awak bg. Actually sbnrnya saya baru je beli smartphone 3bulan lepas. Saya suka tengok gambar yg cantik2 orang ambil menggunakan smartphone tp tak pandai sangat. Kalau ada tips lagi nanti bagitau okay. Thanks a lot. ๐
he
Thanks for your tips! This weekend nak diy my family outdoor photoshoot guna S3 ๐
kalau kita pakai phone lenovo ade x apps macam diatas tu ??
Hampir semua apps popular mcm vscocam & snapseed ada kat playstore.
kalau saya x tahu boleh ajar kan .. sbb sy baru nak belajar ๐
boleh takda masalah ๐
Terbaik..bru nak berjinak2 ngan smartphone…first time singgah website nie…bnyk info best2.. ;D
wah banyaknya tips…btw, terima kasih atas perkongsian ya tuan ๐
okeh, sama2 ๐
terima kasih bro, banyak ilmu baru dan nak kena try ni….
sama-sama bro denaihati! ๐
betul tuh. zoom dari kamera buat kan gambar pecah.. so better just shoot without zoom.. tapi edit dari editor untuk zoom..
susah sikit nak photog lately sejak pakai ninetology.. hahaaha… nak kene s3 jugak
ambik s4 teruslah.. ๐
satu pencerahan yg baru di minda saya ini….ok terima kasih atas tips yg tlah dikongsi
sama-sama ๐
Entri yang baik ! Abang kena try Nokia punya camera. ๐
ada yang nak sponsor tak?.. hehe
Rasanya ada belum lagi tip mengenai mengambil gambar dengan Smartphone. Entri ini terbaik.
sama2 bro ๐