Setelah sekian lama bergelut dengan masalah hosting dan servis internet yang teruk, InsyaAllah bulan Februari semuanya akan bertambah baik. Sebelum ni tarmizishukri.com di hostkan di 000webhost. Takda masalah sangat dengan 000webhost pada mulanya. Tapi selepas 1 tahun blog ini beroperasi dengan jumlah visitor yang semakin bertambah, hosting mula buat hal. Biasalah kalau benda free, kita tak dapat nak demand banyak. So aku ambik keputusan tukar hosting ke serverfreak, lagipun domain aku daftar di serverfeak jugak, senang kalau satu tempat.
Aku ambik masa 2 hari nak pindah dari 000webhost ke serverfreak. First kena backup file dan database dari hosting lama ke laptop. Lepas tu kena pastikan data semua dah betul-betul di backup, kena test kat localhost. Bila dah ok, barulah upload kat hosting serverfreak. Memang banyak kerja memandangkan aku buat clean install dan buang mana yang tak perlu kat database. Ditambah pulak dengan broadband celcom yang tersangatlah “laju”. Nasib baiklah aku ada satu lagi broadband iaitu DiGi. Memang cepat kalau pakai DiGi walaupun dah lebih kuota.
Minggu lepas aku dah pergi TM Point sebab nak langgan streamyx. Pagi tadi pihak Telekom dah siap pasang kabel telefon, jadi sekarang ni cuma tunggu diorang pasang streamyx je lagi. Lepas ni akan lebih aktiflah aku berblogging. Bermula bulan Februari ni jugak aku akan reply semua email korang yang dah bersawang tu. Maaf ye.. hehe.
Its been a very good week for me. Semuanya berjalan lancar. Namun kena bersedia dengan segala kemungkinan sebab roda hidup sentiasa berputar.
Sebelum terlupa, kepada mereka yang menyertai Projek FotoChantek 2011, terima kasih atas penyertaan anda. Tengah malam ni aku akan umumkan gambar yang terbaik dan tema untuk bulan Februari 😉
DIGI laju ek?maxis laju jg tp bila cecah quota slow gile.yg pelik, br pakai 3 hari dh exceed quota.mmg mcm tu ek.xdalah donlod apa pn 🙁 rekemen broadband apa yg best hehehe
Laju jugak. Tapi kena pastikan kawasan ada Turbo 3G. Kalau nak ambik broadband, check coverage dulu. Tapi so far, Celcom kat tengah bandar pun ada masalah.
ohhh tak suka maxis sebab cepat sgt cecah limit.br 3hr pakai.xda down;oad apa pn.dulu pakai celcom xda msalah ni pn 🙁