Memandangkan sekarang aku dah jadi orang nomad sepenuh masa, dah tiba masa untuk aku beli tablet PC. Tak larat dah nak angkut laptop lama aku ni, serius berat. Boleh dikatakan 1/3 berat backpack yang aku bawak dari Melaka ke Tanjung Malim datang dari laptop.
Kalau nak tau berat laptop aku ni, korang cari member yang ada Dell Inspiron 6400. Kalau tak jumpa, cari 2 bata merah. Lebih kurang macam tu lah beratnya.
Dipendekkan cerita, semalam aku pegi KL dan pegi survey tablet, kebetulan masa tu acer iconia tengah launch. Setakat yang aku cuba memang oklah, tak lag, respon masa menaip memang cepat berbanding dengan Asus Transformer yang sebelum ni jadi first choice aku.
Acer Iconia
Cari-cari jugak Samsung Galaxy Tab, tapi tak jumpa pulak kedai yang boleh “test drive”. Tapi macam bosan pulak nak pakai Galaxy, ramai sangat dah pakai.
Aku bukanlah nak cari tablet yang “perfect” sangat. Asalkan boleh memudahkan aku dalam kerja-kerja seperti balas email, memo/reminder dan menaip dah kira ok. Yang penting ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa melenguhkan bahu.
Rasa-rasanya tablet mana yang aku kena beli? Ada suggestion, terutama kat korang yang dah ada tablet. Perlu diingatkan taknak ada perang brand ye kat sini. Masing-masing ada citarasa berbeza. Respect that! ๐
nnti bleh buat entry psal tablet yg ssuai….kira2 skrg ni pun tgah tgok2 nak beli….
ok, insyaAllah ๐
da try huawei s7 104..yg up sket s7 105 tp mhl sket la..sesuai la dgn harganye anggran rm6++ tp berbaloi sbb function sm je mcm smsung tab cume bert sket jek.youtube no buffering..rupanye sy pakai tablet cpt bosan..mujur hrganye xlah mahal sgt,jd smpn di rumah bg ank main games..
cepat bosan kalau tablet tu kita guna untuk online semata2.. macam aku, banyak kerja aku buat kat tablet.. so takla cepat bosan
dulu minat iPad2 tapi lepas try Galaxy Tab kat Courts Mammot terus jatuh hati kat Samsung hehe. Asal lalu Courts je mesti singgah nak petik2 Galaxy Tab, belinya tak haha. Xoom tak try lagi, nampak macam best gak
Jailbreak warranty…habiss. app store pun banyak appl tapi biasa le kena buka acc dulu dan ada fulussnya.lepas warranty habis baru jailbreak
Acer Iconia berapa RM?
1600++ tak ingat harga sebenar, tapi dalam lingkungan tu lah..
tu la aku oun sdg berkira2 mcm bro…..tp baru2 ni ada test drive palybook BB..mcm mantap….;)
cuba la usha
orait, nanti aku try, masa pegi survey haritu tak jumpa pulak…
Saya guna I pad2,prestasi sangat cemerlang dan tiada masaalah.
dlu mula2 mmg dh nekad nk bli ipad2.. ๐ tp last2 smsung Glxytab lak yg memikat hati..bro, apple kne install jailbreak kan?takde problem ke setakat ni guna jailbreak tu?
ipad memang tak disangkal lagi, tu first choice sebenarnya, tapi saja je nak tengok android macam mana. ada beberapa part android lagi bgs dari ios dan sebaliknya, masing2 ada kelebihan ๐
Motorola Xoom boleh tahan juga. Saya pernah mencuba di show room dan ringan
kat showroom mana bro?
Show room Courts cawangan Kota Damansara
Kalau turun Kota Damansara nanti boleh jumpa ๐
boleh je ๐
aku suka motorola xoom, tapi tak berpeluang nak test drive lagi. Kalau minat BBM boleh guna Playbook. Macam bro fiklah tu bgtau td, tab tu dah ramai orang dah pakai. So depend dengan bajet la kot.
Adik aku guna tab, memang seronok aku tengok sbb semua benda basic yang bro mention kat atas tu sumenya boleh buat. Kalau tak cukup kat androin market tu, kat samsungapps boleh download macam-macam.
motorola zoom tak jumpa pulak masa pegi survey hari tu, nanti aku try cari .. thanks anyway ^^,
setakat ni..aku sgt berpuas hati lah dengan GalaxyTab10.1 aku..tapi mcm ko mention kt atas..dh ramai sgt org pkai smsung ni.respon bila typing agak slow tab aku ni.tp sikit jela delaynya tu.takde efek sgt pon.dan satu yg best bila pkai tab ni, internet lebih laju.cnthnya aku bukak utube..lancar je.takde la lama sgt buffering cm tgk kt laptop..tu yg aku perasan la :))
Galaxy tab sempat tengok je, nanti aku try sendiri.. thanks 4 the info, walaupun ko pemilik galaxy, tapi huraian ko tak bias, tu yang aku nak dengar..hehe..
bape ribu yg acer tu??tapi acer ada bad reputation kan??tapi aku xtau la..hehe
1600++ tak silap. bad reputation acer kat lptop, tapi tak tau tablet dia macam mana, masa try macam mantap je..
Iconia memang mantap , ta mengecewakan walaupon OS die untuk mobile..