Hari ini Sony melancarkan dua model terbaru iaitu Alpha 7 dan 7r. Sony mengatakan mereka membina kamera ini dengan menilai ciri terbaik pada kamera yang pernah mereka keluarkan seperti SLT a99, RX-1 dan NEX. Dari spesifikasi yang dikeluarkan, memang tak dinafikan Sony A7 dan 7r mampu menyaingi model full frame yang dikeluarkan oleh Canon dan Nikon dengan harga yang sangat kompetitif.
Rekabentuk
Rekabentuk A7 dan A7r menggabungkan ciri klasik dan kompak untuk kamera yang menggunakan sensor full frame. Tengoklah gambar di bawah, saya rasa ia amat seksi dan hanya seberat 465g.
Kedua-dua model menggunakan rangka magnesium untuk ketahanan disamping kalis air dan habuk.
+ kerangka magnesium untuk A7r (kiri) dan A7 (kanan)
Spesifikasi
Sony A7 dan 7r menggunakan pemproses Bionz X yang lebih berkuasa dari sensor yang digunakan dalam a99. Lagi ciri yang menarik adalah sokongan NFC dan Wifi dimana pengguna boleh mengawal kamera dengan telefon pintar melalui Playmemories App.
- 24.3 megapixel full-frame CMOS sensor with OLPF [A7]
- 36.3 megapixel full-frame CMOS sensor with no OLPF [A7R]
- E-mount with support for FE, E, and A-mount lenses (with adapter)
- Bionz X image processor
- Hybrid AF system with 25 contrast-detect and 117 phase-detect points [A7 only]
- Weather-sealed magnesium alloy body
- 3-inch tilting LCD with 1.23 million dots
- XGA (2.4 million dot) electronic viewfinder
- Full HD video recording at 1080/60p and 24p; uncompressed HDMI output
- Wi-Fi with NFC capability and downloadable apps
Sumber: dpreview
Lensa
Dengan pelancara model baru ini, Sony turut mengeluarkan beberapa lensa baru yang sesuai untuk Alpha 7 dan 7r iaitu:
- 35mm f1.8 Carl Zeiss
- 50mm f.18 Carl Zeiss
- 28-70mm f3.5-5.6 OSS
- 24-70mm f4 Carl Zeiss
- 70-200mm F4 Sony G OSS
Apa yang mengecewakan?
Tiada kamera yang sempurna, Sony A7 dan 7r pun tak terkecuali antaranya kapasiti bateri hanya 1080 mAh (anggaran 350 shot) dan 4fps untuk A7 manakala 5fps untuk A7r. Selain itu flash sync cuma 1/160 (kasila laju sikit Sony oi).
Selain itu lensa untuk A7r dan A7 masih sedikit kerana menggunakan E-mount berbanding A-mount yang digunakan oleh model Alpha sebelum ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak adapter di pasaran seperti Metabones yang membolehkan lensa full frame Canon digunakan pada A7 dan A7r.
Keseluruhan
Sony Alpha 7 dan 7r didatangkan dalam pakej yang cukup lengkap. Pertama saiz yang kecil, kedua menggunakan sensor full frame, ketiga spesifikasi yang tak kurang hebat jika dibandingkan dengan kamera full frame lain di pasaran dengan harga yang murah dan yang terakhir didatangkan dengan lensa Carl Zeiss.
Harga pasaran adalah seperti berikut (anggaran setelah ditukar dari Australian Dollar):
A7 (Body Only) : RM 6048.83 A7 + Kitlens 28-70mm : RM 6654 A7r (Body Only) : RM 7561.80Pra tempahan boleh dibuat bermula 18 Oktober di sony.com. Tiada pengesahan dari Sony Malaysia sama ada akan dilancarkan pada tarikh yang sama atau tidak.
Sumber foto: Alpha A7 Official
satu fanpage facebook juga ada update pasal Sony A7. agak rare nak jumpa komuniti photography yang menggunakan Sony.
ada satu forum khas untuk sony user, alphanatics..