Kali ini aku nak share satu perisian yang sangat cool. Kenapa aku kata cool? Sebabnya software ni amat memudahkan hidup seharian korang terutama yang ada banyak akaun seperti IM, email dan social network. Bayangkan semua akaun-akaun ini dapat dihimpunkan dalam satu perisian. Aku rasa ramai yang dah tau mengenai Digsby ni, cuma mungkin tak terbuka hati nak install. Untuk pengetahuan korang, Digsby mula-mula dilancarkan pada tahun 2008 dan aku jumpa digsby pun secara tak sengaja. So sebagai pelajar IT, memang aku suka cuba software-software baru. Digsby bukan cinta pertama aku, lepas aku cuba, aku terus uninstall sebab aku rasa software ni terlalu berat dan agak leceh. Masa tu aku masih lagi pakai YM dan Pidgin. Lagipun masa tu aku cuma ada 2 akaun iaitu YM dan Yahoo Mail.
Akhir tahun 2008, aku dah ada banyak akaun di internet dari YM, YMail, Gmail, Facebook dan Twitter pada 2009. Masa tu jugak aku tengah cari software untuk manage email sebab aku ada 4 akaun email. Dari Microsoft Outlook sampai ke Thunderbird aku cuma sehingga aku bertemu kembali dengan Digsby. Sejak hari tu aku setia bersama Digsby..hehe. Ok cukup aku merepek setakat tu, mari kita tengok apa kelebihan Digsby ni.
Email Alert
Sebelum ni nak check email korang kena login dulu. Kalau korang ada Yahoo Mail dan Gmail, so korang kena login secara berasingan. Tapi dengan digsby, korang boleh himpunkan akaun-akaun email dalam satu tempat, dan status email seperti bilangan email baru akan dipaparkan di taskbar.
Instant Messaging (IM)
Dengan Digsby, korang boleh menggabungkan akaun-akaun IM seperti Yahoo Mesengger, Gtalk, MSN, FBChat dan banyak lagi dalam satu platform. Mudah kan?
Jaringan Sosial
Rasanya korang mesti ada lebih dari satu akaun sosial kan? Paling-paling pun mesti ada Twitter + Facebook dan mungkin Myspace. Kat Digsby korang tak perlu bukak akaun tu satu-satu, sebab boleh “dicantumkan” dalam satu akaun Digsby. Yang paling best terutama untuk pengguna facebook, korang boleh update status, bagi komen, like dan sebagainya tanpa perlu login ke facebook. Senang kan? Memang pun..hehe.
Antaramuka Menarik
Digsby ada banyak pilihan kalau bab-bab interface ni. Korang boleh pilih application theme dan conversation theme menikut citarasa masing-masing.
Global Status
Antara fungsi yang aku suka ialah Global Status. Dengan Global Status, korang boleh update status IM, Twitter dan Facebook secara serentak. Cool!
***
Cuma bagi yang dah biasa dengan Yahoo Mesengger, mungkin korang akan kecewa sikit sebab Digsby takda fungsi “Buzz” yang bagi aku agak “annoying”, terutama bila tengah dengar lagu kuat-kuat pakai earphone.
Banyak lagi feature2 Digsby ni yang sangat menarik tapi sangat malas untuk aku ceritakan..hehe. Rasanya lagi bagus kalau korang pandu uji dulu Digsby ni selama beberapa hari. Lepas tu terpulanglah nak terus pakai atau uninstall dan terus menggunakan uniplatform.
Dapatkan maklumat lanjut di digsby.com atau download je terus di sini.
*p/s – udah2lah pakai Yahoo Mesengger tu 🙂
sama-sama 🙂
bro, aku pun pengguna digsby hehe, setakat ni memang syok, semua notification senang je aku dapat
yup, digsby memang membuatkan hidup lebih senang..hehe..