Ahad lepas berlangsung satu sesi outing yang dihadiri oleh bekas peserta Bengkel Asas Fotografi, blogger-blogger hensem dan pembaca TarmiziShukri’s Blog. Jom Outing merupakan sesi penutup Bengkel Asas Fotografi yang setakat ini telah diadakan di Melaka, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Ada beberapa tips yang saya kongsikan antaranya asas penggunaan flash, exposure compensation dan break the rules.
Apa-apa pun jom tengok gambar dari kamera krew AI Media Network yang ikut serta dalam Jom Outing.
+ meeting point, kena cari tempat yang teduh sikit sebab cuaca memang panas.
+ outing bukan untuk yang ada dslr sahaja, apa jenis kamera pun boleh (dah kata tadi cuaca panas, bukak mata pun susah)
+ top blogger Akubiomed
+ bro Azman Ishak memang alert kalau ada awek comel..hehe
+ otai blogger Azman Ismail
+ semua tengah serius
dan ini sedikit dari kamera saya.. (RAW + Lightroom)
+ dan group photo sebagai kenangan dari kamera bro Hisham Alias
Harap outing kali ni memberi manfaat kepada semua yang hadir. Kepada yang bercadang nak ikut serta aktiviti akan datang, boleh like Facebook Page dan followย Twitter.
Untuk Bengkel Asas Fotografi, buat masa ni takda perancangan nak buat. Tapi anda boleh whatsapp atau PM di Facebook Page untuk slot peribadi (personal coaching) atau berkumpulan (maksimum 10 orang).
Blog Akubiomed dan AzmanIshak pun ada update pasal Jom Outing, jangan lupa singgah.
wahh..best la korang ek..jeles plak tengok.
nanti joinla sekali..hehe
bila lagi akan ade bengkel asas fotografi
mula bulan ni boleh request utk private coaching atau secara berkumpulan. tarikh peserta yang tentukan.
berapa caj untuk bengkel ni…
utk personal rm150, student rm100, kalau dalam group ada diskaun.
okey nanti kalau ade bengkel bgtahu la [email protected]
t.kasih
Asalamualaikum…
kalau sy nak join outing boleh tak….sy guna sony a390 je…:) byk benda yg saya tak tahu… ๐
boleh je, cuma saya sarankan pegi bengkel asas fotografi terlebih dahulu sebelum ikut outing kalau takda basic, outing ni advance sikit ๐
wah…ramai yang dah teror pun turun mengasah bakat.
nanti joinla kalau kami outing, sangat dialu2kan denaihati join sekaki ๐
Bro Azman ni dok perangat kasi bikin panas la…lain kali mesti nak kena join ni..
dia tu memang. ๐
Gambar hari tu tak banyak ambik,rugi siapa yg tak pergi ๐
ya, memang rugi..hehe
Nampak seronok dan sungguh berinformasi..In Syaa Allah kalau ada masa terluang, di lain masa kalau ada lagi penganjuran aktiviti macam ni, saya akan cuba selitkan masa untuk turut serta..
okeh, harap bolehlah luangkan masa, luaskan network ๐
terima kasih atas ilmu yang disampaikan. btw, petang ni kami pergi outing kat taman layang-layang kepong pulak.
sama-sama bro, thanks jugak sudi memeriahkan outing ๐
Perkongsian ilmu yang menarik. Cuma agak terkilan tidak dapat hadir kelas asas di KLCC tempoh hari.
kalau saya buat bengkel saya akan bgtau bro.