Salam semua,
Apa khabar agaknya korang semua, harap sihat-sihat belaka. Rasanya sejak berblogging kali ni paling lama sekali tak update. Idea kering ditambah dengan kesibukkan study menjadikan blog ini tidak disentuh beberapa bulan. InsyaAllah lepas ni nak atur jadual supaya ada masa untuk update blog.
Entri kali ni saya nak share sikit tips untuk elak DSLR korang yang riban-riban tu kena curi, ataupun kalau dah kena curi, nak buat apa?
Sekarang kes ragut dah semakin menjadi-jadi, bukan saja beg tangan yang diragut, DSLR pun ada. So lepas ni kena hati-hati bila nak keluar dengan DSLR. Bila dah kena curi/ragut, apa yang kita boleh buat cuma report polis dah terimalah kenyataan yang DSLR korang tu memang takkan jumpa dah.
Tapi DSLR tak seperti kereta atau moto yang bila kena curi body part akan diceraikan dan mustahil akan jumpa balik. So ada kemungkinan DSLR yang hilang boleh jumpa balik.
Jadi apa yang perlu korang buat?
Baik, ini yang paling penting. Setiap DSLR/Lens ada no siri yang berlainan, jadi sebaik lepas beli DSLR baru, terus snap no siri. Biasanya terletak di bawah DSLR. “Incase” kamera korang dicuri, korang boleh hebahkan di laman web komuniti fotografi seperti Photomalaysia.com.
Manalah tau DSLR korang yang kena curi tu dijual balik dalam komuniti. Dan komuniti fotografi kita taklah besar mana pun, so nak jumpa balik DSLR korang yang hilang tu peratusnya mungkin ada & memang ada pun yang dah jumpa balik. True story!
+ salin atau ambik gambar nombor siri
Selain itu:
1. Buat tanda fizikal kat DSLR, contohnya “lakar” nama korang kat body DSLR dengan paku/objek keras atau conteng dengan permanent marker. Tapi buatla tanda kat tempat yang tersembunyi seperti penutup bateri atau kad memori.
2. Elakkan guna camera strap atau menggantung DSLR di bahu atau leher sebab memudahkan peragut nak ragut DSLR korang. Sebaiknya guna hand strap atau kalau korang konfiden, tak perlu pakai strap.
3. Jangan outing sorang, outinglah secara berjamaah, lebih afdal dan selamat.
4. Jangan terlalu menonjol, maksudnya nak sangat “nampak macam fotografer”, last-last jadi target peragut. Pakai biasa-biasa sudah.
5. Kalau keluar streeshooting, bawak gear yang perlu sahaja, satu dua lens dah cukup, atleast kalau kena curi taklah hilang semua.
6. Guna “tracking software” seperti Stole Camera Finder untuk mengesan kot-kot gambar yang diambil dengan DSLR korang diupload kat internet. Yang ni saya akan ceritakan lebih lanjut pada entri seterusnya.
*****
So far itu saja kot. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Korang ada nak tambah?
terima kasih byk atas perkongsian..kena hati-hati ya kawan2..
oh tips yang berguna. terima kasih kongsi tips ini.
Ya stuju benar dengan tips nie… Biasa dapat DSLR baru terus guna dan lupa diri then bila dah kene terus tepuk dahi…
Baru tahu dslr juga ada tracking software, walaupun memang tak ada dslr lagi setakat ni, tapi bagus juga kalau ada software macam tu.
stole camera finder tu menarik. first time tahu pasal ni.
wak pon saspens gak kalo kamera wak kena curik.. uuuhuUU
sekarang ni laptop,kamera bahaya tinggal dalam kereta. even singgah pi toilet kadang2 cuak gak.
Perasaan bimbang tetap ada setiap kali membawa kamera DSLR di mana-mana event yang dihadiri.
Salam,
Bila baca tulisan awak, rasa bimbang meyelubungi. Selalu pi shoot pun sorang2. Naik motor pulak. Tak ada kaki yg nak joint. Paling terbaru Sabtu lps ATM vs TRW. Semua yg bwk DSLR ada kawan2. Kita sorang2 saja. Cuak jugak. Good tips anyway.
salam bro. Aku ade amik gambo grup. Tp yg bahagian kiri kanan selalu x shrap. tlg bg tips seting kamera yang patut aku buat. TQ..
try pakai aperture f6 ke atas untuk group.. tapi rasanya tu masalah lens, biasa terjadi pada kitlens..