Semalam masa tengah susun buku, terjumpa buku ni, “Mari Sembahyang”. Seingat aku, ayah belikan masa umur aku 4 tahun. Masa tu kecik lagi, membaca pun tak pandai, apatah lagi baca Al-Quran. Memang gembira sangat masa tu dapat buku baru. Lepas tu aku terus pegi kat laci, ambik pensel warna, dan warnakan buku ni… Ingatkan buku mewarna..hehe. Bila dah besar sikit baru aku tau ni buku panduan solat. Aku mula belajar tertib solat dari buku ni dan bacaan diajar oleh nenek dan cikgu di sekolah.
Bila jumpa buku ni semalam, aku belek balik dan baca tafsir setiap bacaan dalam solat sebab selama ni terus terang cakap yg aku hanya tau sedikit je maksudnya. Bila dah tau semua, baru rasa “keseronakan” solat. Sebelum ni main baca je, sebab tu kot tak khusyuk dan selalu tinggal solat. Semoga Ramadhan tahun ni jadi platform untuk meningkatkan kualiti solat ๐
p/s – sangat sibuk hari ni sebab nak siapkan album kahwin kawan.. sebab tu update lambat ๐
wah sama la…aku pun ada lagi buku ini hehe…
simpan, khazanah x ternilai ni..hehe..
baca maklumat daripada internet or komputer beza dengan memBACA buku…
FEEL dia lain~hahaha
yup, benar sekali..
Buku ini dahulu dijadikan rujukan. Sekarang ini sudah ada versi video lagi mudah dipraktikkan
yup, zaman semakin canggih.. nak cari ilmu fardu ain pun mudah, rugi kalau generasi skrg tak mengambil kesempatan dgn kemajuan teknologi yg ada..
ni sentimental value ni ๐ klasik tapi penuh ilmu di dalamnya..
yup.. so true ๐
Projek yang baik
thanks ๐