Sempena Nurul Al-Quran, kampung aku ada buat gotong royong buat bubur lambuk, bermula kira-kira jam 2 orang-orang veteran kat kampung aku dah mula pasang api dan masak. Tapi masa tu aku takda sebab tengah buat kerja kat bilik. Kira-kira jam 5 aku pegi ke dewan kampung dan masa tu bubur lambuk yang dah siap mula diagihkan. Rasanya di kali pertama program agihan bubur lambuk dibuat kat kampung aku.
Kebetulan masa tu ADUN kami YB Dr Abdul Rahman ada kat situ. Jumpa-jumpa terus bincang pasal projek lepas raya. Projek apa? Adalah kerja design2. Beliau memang mesra & suka bagi peluang dengan orang muda, tak macam sesetengah wakil rakyat, nak jumpa punyalah susah. Kalau korang pegi Kuching, mesti ada singgah Kek Lapis Dayang Salhah kan? Situlah kampung aku, dulu buruk, banyak setinggan, sekarang dah ada waterfront & gerai-gerai makan. Itulah hasil kalau wakil rakyat buat kerja.
Ketika bertugas di Miri dahulu saya ada bawa balik kek lapis Sarawak untu emak saya.
p/s: komen popup innity sebelah kiri ganggu untuk baca entri dan artikel 🙂
eh, ads innity kacau ek? dah set supaya hilang kalau pakai lptop kecik.. nanti tengok balik..hehe..
dayang salhah memang kat situ la tempat aku beli kek lapis bulan lepas masa gi kuching, naik sampan dr waterfront…pastu jalan kaki
ai? pesal tak bgtau? boleh jumpa..hehe..