Salam semua.
Atas permintaan, kali ni aku nak ulas secara ringkas beberapa perisian manipulasi imej atau dalam bahasa kampung aku “Image Editing Software”..hehe. Kat luar sana ada banyak jenis perisian untuk edit gambar. Kalau dilihat dari segi fungsi umum, semuanya sama je seperti level dan curve. Macam kereta jugak, mesti ada stering dan tayar. Yang membezakan cuma citarasa dan tahap kemahiran si penggunanya. So tanpa membuang masa, jom kita tengok jenis editing software yang ada;
Adobe Photoshop
Siapa tak kenal dengan Photoshop aku suggest korang terjun bangunan sekarang..hehe.. Tak dinafikan Photoshop merupakan editing software yang paling popular setakat ini. Kebanyakan artis grafik digital kat dunia ni menggunakan Photoshop sebagai perisian utama dalam karya mereka. Versi terkini Photoshop ialah CS5. Sesuai untuk beginner sehingga pro kerana Adobe Photoshop sangat mudah untuk dipelajari, bagi mereka yang rajin explore.
Adobe Photoshop Elements
Photoshop Elements bolehlah diumpamakan versi yang lebih mudah daripada Photoshop. Kalau Photoshop, fungsinya adalah pelbagai dari mengedit gambar, buat banner, lukisan digital dan lain-lain lagi. Photoshop Elements pula memang khusus untuk mengedit gambar. Aku dah lama tak pakai Elements, so tak tau sangat perkembangan Elements ni. Tapi dari pengalaman aku, Photoshop Elements memang sesuai untuk newbie user dan mereka yang baru berjinak dalam fotografi.
Adobe Photoshop Lightroom
Satu lagi editing software dari Adobe iaitu Photoshop Lightroom. Tak banyak yang aku nak cerita sebab lebih kurang sama dengan Photoshop cuma ditambah dengan fungsi mengurus gambar. Cuma Lightroom ni aku rasakan agak advance dari Photoshop sebab Lightroom memang khas untuk tujuan image editing. So bila pakai Lightroom korang akan nampak barmacam jenis graf dan detail mengenai gambar seperti shutter speed, aperture dan ISO.
The Gimp
Perisian sumber terbuka (open source) yang diberi nama The Gimp ni asalnya dibuat untuk Linux. Tapi sekarang versi Windows dan Mac pun ada. Kebanyakkan tool dalam Gimp boleh dijumpai pada Photoshop seperti levels, channels, dan curve. Filter pun lebih kurang sama je dengan Photoshop. Takda beza sangatlah dengan Photoshop pada pendapat aku, cuma navigation pada menu dan icon je lain sikit.
Photoscape
Walaupun simple, tapi Photoscape mempunyai fungsi yang tiada pada Adobe Photoshop dan software-software yang aku sebut kat atas tadi. Antaranya batch editing, dimana korang boleh edit banyak gambar secara serentak. Batch editing sangat berguna terutama bila korang nak letak watermark kat gambar. Kalau satu dua gambar, boleh lagi pakai Photoshop, tapi kalau dah 1oo gambar? Lagi satu yang best kat Photoscape ni ialah fungsi filter. Korang boleh ubah “mood” gambar dengan mengubah tone warna dengan fungsi filter seperti yang aku tunjuk kat entri “Repair Gambar Gelap”. Banyak lagi fungsi yang best, korang rajin-rajinlah explore sendiri.
Ulead Photoimpact
Sebelum aku pakai Photoshop, aku belajar edit gambar dengan software Photoimpact. Photoshop dan Photoimpact 90% sama dari segala aspek, cuma Photoimpact ni boleh dikatakan lebih mesra pengguna. Nak edit gambar pakai Photoimpact memang senang, sebab korang hanya perlu klik pada preset di sebelah kanan untuk mendapatkan efek yang dikendaki, tak seperti di Photoshop dimana korang perlu bermain dengan setting-setting yang kadang-kadang agak susah untuk dipelajari. Lagi satu, korang boleh save dan open file yang berformat .psd.
***
Selain dari software-software yang aku sebutkan di atas, ada banyak lagi software yang korang boleh cuba seperti Picasa dan Picnik. Kalau boleh jangan terlalu “setia” dengan Photoshop, cuba explore yang lain sebab setiap software ada kekuatan masing-masing. Mungkin lepas ni aku akan buat review yang lebih detail tentang software atau perisian yang aku dah sebutkan di atas.
assalam bro.. boley ajar cara guna photoshop?? ade fb x? sy nk follow ..trima kasih bro
sy nk cr software utk design dan edit ade x?blh cdangkan
Photoshop.
stakat nie photoshop the best la….hehehe
thanks for sharing…saya baru berlajar photoshop cs6 extended π
thanks for sharing…baru nk blaja2.. π
Best ar.mane nk dpt software adobe photoshop ni.maklumlah baru nk blajar2 ni.hehe
Info terbaik. Adobe Photoshop memang champion. Dah lama nak belajar guna software2 ni, tapi sampai sekarang tak pandai2 lagi.
terbaikkk!!!
sy ni baru nk berjinak-jinak dgn fotografi sbg hobby. nk tnya skit kepada sesiapa yg sudi membantu..
mcmane nk dpt software ni? brp harga die?
tq.
cuba try picasa. google je. free pulak tu.
http://imageshack.us/photo/my-images/85/dsc0272s.jpg/
ini gambar yg di edit guna picasa.
terima kasih atas info..semoga diberi keberkatan ke atas saudara..
uke mr tarmizi.. semua entri ko seriously terbaik!!
thanks dengan ilmu.. sbb ada benda ak ada semua kau ada,… so kepada yang suka bersnap2 2 untuk dijadikn hobby elok la tengok web nie..
Mr.23
TS…Sya baru lagi dlm bidang ni, ikut umur x sesuai rasanya nak joint,tpi minat dtg apbila anak2 mahukan kamera…tlong cdangkan jenis apa yg sesuai & klu ada kursus maklumkan dngan emailkan…tq
untuk beginner, ambik model2 macam Canon 1100d, Nikon d5100 atau Sony a500
sampaii laa ni aku xreti gne photoshop….. =( =( =( =(
ada tutorial kat blog ni, follow je π
thanks for sharing. selalu guna photoscape utk buat minor editing. nak guna photoshop tak reti sangat dengan fungsi2 yg ada hehe. apa kata buat tutorial utk edit gambar guna photoshop π
InsyaAllah lepas ni aku akan perbanyakkan tutorial photoshop.
lightroom memang best tp macam susah sikit, ko power ka lightroom nnti leh buat tutorial kt sini haha…
nak kata power taklah sangat, smpai sekarang masih terkapai2 nak guna lightroom ni.. nnti kalau dah terer aku buat tutorial π
Saya suka pakai GIMP dan Photoscape yang tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman photo editing
Yup, dua2 tu memang senang nak guna..
thankz for sharing….
memang nak tahu info ttg ni
thanks mie.. π