Seorang graphic/web designer dan photographer memang tak dapat dipisahkan dari komputer. Mengadap komputer/laptop selama berbelas-belas jam memang dah menjadi rutin harian. Masa belajar kat U dulu, kalau tak pegi kelas, aku memang akan melekat depan laptop. Hidup ni rasa tak lengkap kalau tak mengadap laptop. Pernah masa aku sekolah dulu pc rosak seminggu, memang rasa nak gila. Sekarang ni pulak, kena ada kombinasi laptop + internet. Ada laptop saja pun tak guna, boleh pitam dibuatnya..hehe.
Dipendekkan cerita, bila dah mengadap laptop lama sangat, macam-macam penyakitlah yang datang. Pertama sekali kegemukan. Sejak dari azali lagi, berat aku masa kat sekolah tak pernah naik 53kg. Selepas aku beli laptop masa belajar di UPSI, berat aku naik 8kg dalam masa sebulan setengah. Sekarang berat aku 85kg, harap-harap tak naik lagi :oups:
+ postur badan yang betul
Penyakit kedua ialah RSI. Apa itu RSI?
RSI atau dengan nama lain “cumulative trauma disorder” atau “repetitive motion injury” adalah sejenis kecederaan yang berlaku kepada tisu lembut di dalam badan seperti tisu otot, saraf dan sendi menjadi sakit dan membengkak. RSI sering dilaporkan berlaku kepada mereka yang melakukan kerja yang sama berulang kali seperti di kilang pemasangan, bahagian penbungkusan, menjahit, bermain alatan muzik dan pekerja komputer. Banyak pekerjaan yang melibatkan tugas anggota badan melakukan kerja yang sama boleh pada jangka masa yang lama terdedah kepada masalah ini.
Sumber: http://www.mymasjid.net.my
Masa aku Tingakatan 6 dulu, adalah jugak belajar pasal RSI ni. Salah satu sebabnya ialah postur badan yang tak betul ketika menggunakan komputer, terutama cara memegang mouse. Sejak kebelakangan ni aku memang banyak menghabiskan masa di depan laptop. Seawal jam 9 dah depan laptop, pastu mandi jam 12, lepas mandi aku akan mengadap laptop sehingga petang, tak makan tengah hari satu perkara biasa. Dah berbulan-bulan macam ni, last-last aku sendiri kena RSI.
+ Posisi tangan yang tidak betul ketika menaip
Tangan kanan aku akan rasa sakit bila pegang barang. Even nak makan pun sakit dan sebagai seorang photographer dan web/graphic designer, RSI sangat-sangatlah mengganggu kerja aku. Bulan 6 ni pulak aku ada 2 job wedding, so doa-doakan tangan aku ni cepat sembuh ye.
Satu lagi, RSI ni lebih kurang sama macam seliuh, bezanya bila seliuh korang dah sembuh, sakit tu akan hilang terus. tapi RSI, sekali korang kena, kesakitannya akan berpanjangan. Mungkin akan sembuh sekejap, tapi kesakitannya akan datang balik jika korang terus mengamalkan postur badan yang salah.
+ Huhu ~ =(
Jadi itu saja bebelan dari aku. Bagi yang join Projek FotoChantek untuk bulan ni, keputusan akan diumumkan pada 1 Jun. Jangan lupa suruh rakan-rakan like gambar korang. Last but not least, tolong vote aku untuk kategori “Picture of The Year”.
p/s – nak taip entri ni pun rasa azab =(
nak tau ni… RSI dalam BI, klu BM kite panggil pe ye? “Kecederaan Berulang” ke? ade nama lain yang boleh difahami oleh mereka yang 1st time dgr nama penyakit ni x….
“Kecederaan sendi berulang” kalau tak silap 😉
🙂 berguna sangat!!
hehe 🙂
Nah ini ada entry yang boleh membantu En. Tarmizi
http://coklateyes.blogspot.com/2011/06/tips-untuk-anda-jadi-top-3-cara-mudah.html
tok kira masalah ergonomik menyebabkan ‘carpal tunnel syndrome’
apa? kapal singh? hehe…
oh. baru tahu pasal bende ni. Apepun syafakallah.
mudahan ktk cepat sembuh.. kmk pun ada juak kenak, tapi bhgn lain, sakit ada jak rasanya
thanks..moga ktk cepat sembuh juak..
aku pun pernah sakit kat pergelangan tangan dulu. dulu masa banyak dihabiskan depan laptop. baru tau rupanya sakit ni dinamakan RSI. sakit belakang pun sama gak rasanya kot…
RSI ni kalau serius wajib kena bedah.. try goggle gambar pembedahan, serius insaf terus..hehe
Masalah ini selalu melanda kerana ada masalah ergonomik. Dulu saya ada masalah kesakitan kerana terlalu mengunakan mouse untuk bermain gami di PC
Ya, lama sangat pegang mouse boleh jd puncanya..
alalalaaa…syannye dier… semoga cepat semboh ye encik miji… (“,)v
kesian je? ;p
penyakit yang selalu orang tak sedar ni.. semoga cepat smbuh..
alahai terlepas nak join.. -__-
takpe, join yang bulan depan 😉