Biasanya kalau spam email ni aku tak kan bukak sebab content confirm mengarut. So buat apa nak bukak, buang masa dan bandwith broadband je. Tapi tadi bila ternampak spam dihantar oleh pihak Maybank, aku jadi curious dan terus bukak.
Konon2nya maybank2u nak suruh aku update detail.
Bila aku mouseover kat link, nampak tak link sebenar akan terpapar kat bawah, bukan link Maybank2u. Apa akan jadi kalau aku klik?
Nasib baik dah kena banned.
Aku klik “ignore this warning”, klua page ni, rasanya Rusia kot.
Senang cerita, bank-bank kat dunia ni terutama di Malaysia takkan hantar apa-apa email pun kat korang. Kalau korang dapat email dari bank, delete je terus, jangan gatal-gatal nak klik. Lainlah korang ada latarbelakang IT dan tau apa yang korang buat. Nak selamat ditipu di internet, korang kena perlu ikut satu peraturan je.
“Jangan klik pada link yang korang tak tau dari mana sumbernya”
So diharap korang share-share benda ni sebab email “phishing” ni pun aku dapat bulan ni. Takut nanti ada yang terkono.
Dengar kata login page m2u dah ditukar ye? Nampak lebih profesional :8
Yup, lawalah ckit dari sebelum ni. Page login lama tu buruk, login page wordpress lagi lawa..hehe..
Betul3.. Nampak clean saja.
kenapa kes-kes penipuan macam ni selalunya menggunakan nama maybank2u?
mungkin sebab Maybank2u internet banking yang paling popular..
Ingatkan isu penipuan Maybank dah redah rupanya kembali 🙁
Rasanya akan semakin rancak selepas ni, sebab tu setiap pengguna internet kena ada pengetahuan dlm benda2 macam ni. Medium yang terbaik ialah melalui blog, so itu tugas kita 🙂
Bahaya nya..
dah la saya ni suka shopping on9.. :8
bahaya kalau tidak berhati2..