Sedar tak sedar dah PMR rupanya. Macam manalah aku boleh tak perasan sedangkan adik sendiri tengah ambik PMR..hehe. Bila musim-musim peperiksaan macam ini, aku mesti teringat zaman-zaman sekolah. Rindunya aku saat-saat pakai uniform, buat kerja sekolah, kena rotan..hehe. Aku ingat lagi, masa sekolah dulu, punyalah tak sabar nak abis sekolah, nak kerja, nak ada hidup sendiri. Kalaulah aku ada kuasa untuk putarkan balik masa, semestinya akan aku putar balik masa tu ke zaman sekolah. Mesti cikgu korang pernah cakap yang masa sekolah adalah saat paling manis dalam hidup. Tapi masa tu aku tak setuju apa yang cikgu aku cakap, korang mesti macam tu jugak kan? Kalau boleh masa tu jugak nak berhenti sekolah.. kan, kan? ๐
Masa kat sekolah dulu, pencapaian akademik aku agak cemerlang. Biasanya tiap-tiap exam aku akan tergolong dalam Top 3. Sains, Kemahiran Hidup dan Geografi ialah subjek kegemaran aku dan matematik dan sejarah pulak subjek yang paling aku tak suka. Walaupun aku antara pelajar terbaik dalam kelas, tapi hakikatnya aku ni bukanlah jenis yang boleh mengadap buku sampai 4-5 jam. Maksimum pun sejam je, lepas tu dengar radio. Aku cuma tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Masa cikgu mengajar dalam kelas, aku amat pantang sekali bila kawan sebelah tanya soalan kat aku, rasa nak lempang masa tu jugak. Tapi masa tu aku ni baik, so aku layan jelah..wekk!
Masa nak percubaan PMR, aku cuma dapat 3A 5B. Punyalah kecewa dan frust masa tu, sebab kawan-kawan ramai yang dapat 4-5A. Lepas percubaan, barulah aku study dengan sistematik sikit. Akhirnya aku dapat keputusan yang agak cemerlang iaitu 6A 2B. Hari tu antara hari yang paling manis dalam hidup aku. Paling manis bila dapat lihat wajah gembira ibu dan ayah aku. Sejak dari tu aku jadi perhatian dan contoh kepada adik-adik dan kazen-mazen aku.
So kalau ada adik-adik yang nak ambik PMR tengah baca blog ni, ni abang nak kongsi tips masa jawab paper, kalau tips belajar rasanya tak guna dah kot..hehe.
- Sebelum tidur, check dulu apa yang patut nak bawak, jangan pagi-pagi baru nak kelam-kabut. Tidur awal dan jangan lupa set kan jam, nanti terlajak pulak.
- Jangan lupa sarapan, paling kurang pun minum air kosong. Elakkan minum susu, takut-takut nanti susu tu tak hadam sebab nerveous.
- Sebelum keluar rumah, salam dan cium mak ayah, mintak mereka doakan.
- Jangan baca nota masa nak tunggu masuk ke dewan peperiksaan, kalau setakat mind map takpe kot. Seeloknya baca doa atau baca Al-Quran, bagi hati tu terang. Jangan pulak mengumpat sebelum exam, ni biasa perempuan yang buat..hehe.
- Masuk awal ke dewan peperiksaan, so boleh duduk dan tenangkan fikiran.
- Kalau tak sempat isi maklumat peribadi, tinggalkan dulu, terus jawab soalan sebab pengawas akan bagi peluang untuk isi maklumat peribadi, tapi takkan bagi peluang isi jawapan kalau masa dah tamat.
- Untuk soalan objektif, pastikan jawapan seimbang. Maksudnya kalau soalan ada 40, dan pilihan jawapan ialah A sampai D, pastikan bilangan jawapan A, B, C dan D dalam lingkungan +-10. Kalau tak seimbang, maksudnya ada yang tak kena. Tips ni sangat berkesan, tak ramai yang tahu..hehe.
- Untuk soalan subjektif seperti matematik dan sejarah, takda tips sangat kot, isi je jawapan kalau tak tau, jangan biarkan kosong, walaupun sekadar tulis formula. Ada markah tu.
- Jangan sesekali keluar awal walaupun dah abis jawab. Tunggu je sampai habis masa, sambil-sambil tu semak jawapan, walaupun adik-adik akan rasa boring giler.
- Dah keluar dewan peperiksaan, jangan bincang pasal paper tadi, takut nanti adik-adik tau awal-awal banyak yang jawab salah, kan dah mengganggu mood untuk jawab paper yang selepas tu.
Rasanya tu je kot. Semua tips di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri masa ambik PMR. So kalau tak nak ikut semua, ikut part cara nak jawab soalan objektif tu, serius memang berkesan.
Itulah cerita serba sedikit masa nak ambik PMR. Sangat manis bila dikenang. Kepada adik-adik yang ambik PMR, semoga berjaya abang doakan. Jangan main-main tau masa jawab soalan tu, ingatlah ibu ayah yang susah payah selama ni hantar adik-adik ke sekolah.ย Semoga Berjaya!
p/s – Dalam beberapa jam lagi akan naik flight untuk menghadiri konvokesyen. Tak sabar rasanya nak pegang skroll ๐
all da best kpd adik2 yg ambik pmr..and congrate mizie 4 ur konvokesyen..kpd adik2,abg mizie nie mmg top 3 kat kls..so jdkan panduan tips2 di atas ๐
bodek ke ni..hehe
haha..dapat apa kalau bodek:P
dpt 10 sen kot.. haha..
hehe, me too.. :8
Aku tengah jaga budak2 aku PMR kat sekolah untuk paper English ni~
Hehehe~
๐
Dan selamat berkonvo buat kamu!
^.^
Sempat jugak ye mengomen.. Anyway thanks 4 da wish ๐