Pertama sekali, maaf banyak sebab lambat umum pemenang bulan ni. Bukan apa, kebetulan minggu ni ramai yang kahwin dan aku sendiri kena jadi OP untuk wedding kawan-kawan.
Sebelum itu, kepada mereka yang menang dari bulan Januari sehingga Mac, sila emailkan detail seperti nama, no hp dan no akaun bank di me<at>tarmizishukri.com. Setakat ni baru hanya Nur’a Muhammad (PhotoChantek April – Kanak Kanak Riang) yang dah email maklumat peribadi kat aku.
Baiklah, seperti yang dijangka, tema “bunga” mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Walaupun semua menepati tema, masih ada gambar yang “kureng” dari aspek teknikal. Nanti aku akan cuba komen pada setiap gambar.
Setelah dinilai oleh para juri. Ada dua gambar yang boleh dikatakan seri dari segi permarkahan. Jadi kami memutuskan untuk menggunakan bilangan like sebagai penentu pemenang untuk bulan ni
Dengan ini, gambar yang menang untuk bulan Mei jatuh kepada:
Tahniah kepada Siti Amyna Nor
Seriusly tak ada apa nak komen kat gambar ni, tak keterlaluan kalau aku cakap “perfect”. Composition cantik, sharp, white balance pun betul dan bokeh yang sedap mata memandang. Kalau dibandingkan dengan gambar-gambar yang lain, gambar ini ada hero yang kuat, iaitu bunga, latar yang tak serabut dan yang penting sekali simple. Ini merupakan contoh gambar yang baik.
Aku harapkan bulan ini korang submit hasil kerja yang berkualiti. Belajar dari kesilapan. Dari bulan Januari lagi aku dah banyak ulas apa yang kurang pada gambar. So take note dari situ.
Untuk bulan Jun, aku dah bagi hint kat fanpage beberapa hari lepas.
Hitam & Putih
Sedikit tips kat sini, tak semua gambar cantik dalam hitam putih. Subjek kena kontra dengan latar belakang, kalau ada unsur-unsur garisan lagi cantik. Gambar kena simple, kalau serabut subjek utama akan tenggelam kalau korang convert jadi hitam putih. Jadi pandai-pandailah korang fikir macam mana nak buat gambar hitam putih yang menarik 🙂
kali ni takde tarikh tetap kan? ke kena submit 25hb gak?
boleh submit antara 20-25 hb 😉
kalo gambar lalat tu lagi fokus, mesti lagi cantik….yg black n white tu cantik.
rasanya tu bukan lalat, tp lebah 🙂
Cantik gambar serangga hinggap pada bunga. Tidak semua orang boleh gambar close up terutama subjek yang bersaiz kecil
ya, kalau tangan yg jenis ketar2 jgn haraplah..hehe
congrates kepada pemenang. memang perfect hasilnya.
tak puas hati tak sempat nak submit gambar bulan lepas.
bulan ni..insyaAllah 🙂
tema bulan ni agak senang, boleh dikatakan tema bebas, cuma perlu convert ke hitam putih je 😉