Salam semua… Lama tak jumpa..hehe.
Alhamdulillah Projek FotoChantek 2011 masih berjalan seperti biasa walaupun kebelakangan ni sibuk dengan tugasan menembak orang kawin, tapi tembak tak mati ye, tembak pakai dslr je..haha.
Untuk bulan Mac, tema agak senang iaitu Kucing. Rasanya ramai antara korang ada kucing di rumah, so takda masalah nak snap satu dua gambar. Kalau nak tau, kat rumah aku ni pun ada berbelas-belas ekor kucing, bukan kucing aku, tapi ayah aku. Sebenarnya aku tak suka kucing atau memelihara mana-mana haiwan. Bukan sebab benci, cuma tak nak rasa sedih bila haiwan yg aku pelihara tu mati. Walaupun lelaki, tapi aku memang sensitif bila tengok haiwan-haiwan yang comel ni matiΒ =( .
Jadi untuk bulan ni, rata-rata gambar yang di submit memang cantik-cantik belaka, ada nilai seni. Cuma ada beberapa perkara yang aku nak sentuh:
- fokus –Β masih ramai yang lemah part focusing, gambar masih blur. Kalau nak snap gambar kucing even potrait orang sekalipun, pastikan bahagian mata kena sharp. Ingat ye, mata, bukan hidung atau telinga..hehe.
- composition – ada gambar composition memang power, aku respek abis.Β Tapi masih ada yang lemah lagi, macam snap ala kadar. Cuba cari angel atau sudut yang lain daripada biasa k?
Rasanya tu je kot beberapa ramuan yang kurang.
Nak pilih gambar terbaik untuk bulan ni semakin sukar berbanding bulan lepas. Ada 3-4 gambar yang sama hebat, tapi cuma ada satu gambar yang akan jadi yang terbaik untuk bulan ni, iaitu:
Tahniah kepada Arif Fikri
Banyak-banyak gambar, gambar dari Arif Fikri berjaya memenangi hati para juri. Gambar-gambar yang lain semua sama hebat, sehinggakan para juri terpaksa ambik masa sehingga pagi ni untuk buat keputusan. Cuma kelebihan gambar ini adalah dari segi composition atau cara framing objek. Kalau dilihat dari gambar-gambar lain, composition lebih kurang sama, cuma gambar ni je yang unik dari aspek composition. So tahniah sekali lagi kepada Arif Fikri, dua kali dah menang kan? π
Kepada yang lain, usaha lagi ye, jangan kecewa. Masih banyak masa lagi. π
Baiklah, tema untuk bulan April pulak:
“Kanak-Kanak Riang”
Format Projek FotoChantek mungkin akan diubah dari masa ke semasa, so pastikan korang alert. Oh, sebelum terlupa, gambar-gambar Projek FotoChantek yang lain boleh dilihat di fanpage TarmiziShukri’s Blog.
Bagi yang ada blog jangan lupa promote projek ni di blog masing-masing ya. Kalau sambutan menggalakkan, senang aku dapatkan penaja untuk hadiah utama, lagi ramai yang join, lagi besarlah hadiahnya π
salam bro TarmiziShukri, sy nak bertanya, dulu ms mula2 brother guna sony a300 kan, so pandangan brother nikon 3100 ( entry level ) sesuai tak untuk pengguna baru dslr ??? mksd sy dari segi setting dan imej yang akan di hasilkan …
saya tak rekemen sangat nikon untuk beginner sebab tak user friendly. sony better. tapi kalau rajin belajar, mana-mana kamera pun takda masalah.
wow…cam best je…
nak join2…
sila2, ajak yg lain π
Tanniah kepada Arif kerana dua kali menang. Gambar kuching sangat natural
tahniah kepada arif. dua kali dah menang.
thanks juga bagi panduan, boleh improve untuk masa akan datang π
terima kasih br0! g0od luck untuk bulan april…. kids portraiture!
insyaAllah π
alhamdulillah menang! br0, nnti apa2 email kt ([email protected]) c0z yg bulan 1 punya t0p up p0wn x dpat lg… TQ! nnti saya ajak ramai lg j0in naa… Let’s w0rk on next m0nth punya tema!!
ok, dlm esok lusa aku mail, sekarang ni sibuk sikit. Apa-apa pun tahniah π