Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat announce pemenang untuk bulan ini. Seriusly gambar sunset/sunrise yang korang upload kebanyakkannya cantik-cantik belaka. Aku cadangkan korang print dan frame gambar-gambar yang korang upload tu dan gantung kat dinding. Seriusly korang akan lebih menghargai gambar yang tergantung di dinding berbanding yang di simpan dalam laptop.
Secara keseluruhannya, semua gambar yang aku dapat menepati tema cuma ada beberapa gambar yang masih lemah dalam beberapa aspek seperti, composition, exposure, sharpness dan lain-lain. Ada jugak gambar yang dah cantik, tapi “hero” (sunset/sunrise) tidak menonjol. So lepas ni kena ingatlah ya, dalam setiap gambar, hanya ada 1 hero, dan hero tu kena kuat/menonjol. Apa-apa pun, bulan ni memang agak meriah berbanding bulan lepas, kalau boleh korang ajaklah kawan-kawan yang lain untuk turut serta k?
Dengan ini, foto terchantek untuk bulan Februari ialah:
Tahniah kepada Faaz Azwan
Gambar dari Faaz Azwan memiliki ciri-ciri yang aku nak iaitu composition yang simple, hero yang kuat, exposure yang betul. Bagi yang belum menang lagi, janganlah merajuk ya, cuba lagi untuk bulan Mac dah seterusnya. Even korang tak menang pun, masih ada peluang lagi untuk memenangi hadiah utama iaitu kamera digital canon. Tak semestinya yang menang pada bulan tertentu akan dapat hadiah utama, sebab banyak kriteria lain yang akan dilihat.
Untuk bulan-bulan yang seterusnya, aku harapkan penyertaan lebih banyak dari korang semua. Terutamanya yang ada blog. Untuk bloggers, letak alamat blog kat gambar, so senang aku nak link nanti.
Jika penyertaan Projek FotoChantek 2011 ni sangat-sangat menggalakkan, aku akan cuba cari sponsor untuk upgrade hadiah utama dari kamera digital ke DSLR. Ini serius ok π
Setelah difikir2, tema untuk bulan Mac ialah:
Kucing, senang je..hehe
Bagi yang nak tengok gambar-gambar dari peserta lain, boleh jenguk-jenguk fanpaga TarmiziShukri’s Blog.
Jangan lupa, tolong-tolong promote projek ini kat blog masing-masing ya, kalau tak ada blog, kat facebook pun boleh. Lagi ramai lagi meriah π
Nice!!
Update me on latest comp aight.
Nak try submit…mane tau ada luck. who knows
http://www.facebook.com/maxafizz
Nice!!
Update me on latest comp aight.
Nak try submit…mane tau ada luck. who knows
http://www.flickr.com/photos/maxafizz
http://www.facebook.com/maxafizz
eh, kucing ke?
macam best je ni.
first time datang sini?
camne nak masuk, kena upload kat fanpage ye?
yup, upload kat fanpage..
tahniah kepada pemenang. cantik gambarnya.
sayang tak sempat join bulan lepas. kamera baru siap keluar wad.
esok nak p ambik. kena caj upah RM80 pula huhu.
tema bulan ni, kebetulan dah pernah ambik gambar kucing.
insyaAllah akan join. kalau lebih daripada 1 pun boleh kan hehe
Takpe bayar mahal, janji dah ok π
Cantik gambar kucing. Saya lebih suka gambar pose yang natural
betul tu, natural is better..
nk try masok la..:-P
takyah try2.. masuk jeβ¦ π
haha…baek sifuu π
terima kasih sebab pilih gambar ni..first time ni walaupun sekadar suka2 dgn harapan dapat belajar sesuatu yg baru.
sama2 kita belajar π
uih. baru tahu ade contest camni. kene masuk nih. nantikan.. hehe
sebar2kan kepada yang lain ya… π
sorry tak prasan ada gambar contest kat sidebar.. π
hehe, xpe π
wah..best ni bro.. tapi still meminjam kamera org..ada baca post tips beli kamera 2nd tu..ingat nak cari satu.. tengah survey2 kat ftz..ni syarat2 penyertaan nak refer kat ne?
takde syarat pun, submit je gambar ikut tema yang diberi setiap bulan π