Salam 1Dunia.
Wah, sungguh pantas masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku umumkan pemenang untuk bulan Mac. Kepada mereka yang menyertai Projek FotoChantek 2011 dari awal hingga sekarang, tahniah diucapkan.
Untuk tema bulan April iaitu “Kanak-Kanak Riang”, apa yang aku harapkan dari gambar-gambar yang korang hantar sebenarnya secara jelas ditunjukkan pada tema yang aku beri. Gambar kanak-kanak yang ada mood “riang”. Tak kisahlah kanak-kanak tu tengah buat apa, asalkan ada mood atau ekspresi keriangan.
Bulan ni aku takda banyak nak komen, cuma korang masih perlu baiki komposisi (composition). Kalau tak tau apa tu composition, korang boleh cuba cari kat blog/website fotografi. Dalam bulan ni jugak aku akan buat entri mengenai composition bersama entri yang dah tergangguh lama iaitu Asas Penggunaan Flash dan Raw editing. So korang tunggu je ๐
Baiklah, tanpa membuang masa, gambar yang menepati tema pada bulan ini ialah:
Tahniah kepadaย Nur’a Muhammad
Gambar dari Nur’a Muhammad sangat menepati tema pada bulan ini. Pihak juri tak perlu fikir panjang-panjang untuk pilih gambar ni sebagai pemenang dan aku sendiri pun tak ada apa-apa nak komen..hehe..
Nak komen jugak ke? Oklah aku komen sikit ๐
Pertama sekali, dari segi composition, gambar ni menggunakan “Rule of Third” dimana subjek diletakkan di sebelah kiri, bukan ditengah. Yang kedua, ada aksi “riang” – mengocak-ngocak air (betul ke ayat aku ni..hehe..). Ketiga, gambar sharp (bahagian muka) manakala tangan dan air sedikit “blur”, atau lebih tepat dipanggil “motion blur”. Selain itu, exposure, white balance semua ok pada pendapat aku sebagai fotografer yang tak pro ni.
Baiklah, kita terus ke tema untuk bulan Mei.
“Bunga”
Tema bulan ni boleh kata antara yang paling senang sekali, melainkan korang tinggal dalam air atau di tengah-tengah padang pasir dan di antartika..hehe.. So tangkaplah seberapa banyak gambar bunga pada bulan ni, pastu upload di fanpage TarmiziShukri’s Blog.
Untuk bulan dan seterusnya, format Projek FotoChantek akan diubah seperti berikut:
1. Setiap peserta dihadkan menghantar MAKSIMUM 2 gambar sahaja. Jika terlebih, 2 gambar pertama sahaja akan dinilai, selebihnya akan di buang oleh admin.
2. Gambar hendaklah dimuat naik di fanpage TarmiziShukri’s Blog pada 25 haribulan untuk bulan tersebut. Penyertaan yang lambat akan ditolak.
3. Pihak admin akan kumpul gambar yang korang upload ke dalam satu folder yang akan diberi nama “Projek FotoChantek 2011 (Bulan -Tema)”.
4. Setiap peserta dikehendaki “promote” gambar masing-masing dengan apa-apa cara selagi tidak menyalahi undang-undang kerajaan Malaysia. Kalau korang tak nak promote pun tak apa, tapi markah kuranglah sebab markah bergantung kepada bilangan like yang korang dapat.
5. Peserta yang memiliki blog digalakkan meletakkan banner “Projek FotoChantek 2011” di blog masing-masing. Kalau rajin, buatlah entri mengenai projek ini. Kalau ada buat entri tu, bagi link kepada pihak admin.
6. Peserta yang tiada blog hanya perlu share kewujudan fanpage TarmiziShukri’s Blog di akaun facebook masing-masing.
7. Pemenang pada setiap bulan akan dinilai berdasarkan penilaian juri (70%) dan bilangan like (20%). Tetapi jika gambar yang memiliki bilangan like tidak berjaya menambat hati juri, bilangan like akan diabaikan.
8. Itu je kot ๐
*****
Format akan diupdate dari semasa ke semasa, jadi pastikan korang alert ye.
p/s – Kepada peserta yang menang sebelum ni, boleh tak emailkan nombor telefon dan nombor akaun bank ke me<at>tarmizishukri.com. Fanpage ada masalah sikit buat masa ni.
nak joinnnn… hehehe.. tapi tak reti sangat amik pic yang best2.. huhuhu..
join je, sambil join projek ni, sambil kita belajar sama2..
susah la bro kalu upload 25hb…nnti mesti line lembab kat page bro..huhuhu
Bro kiranya sudah terlepas untuk gambar tema ‘kanak-kanak riang’?
ye, pemenang dah diumumkan, cuba lagi utk bulan ni ๐
nak cube cube lah ๐ ehe .
Cuba jangan tak cuba ๐
tahniah kepada pemenang ๐
tema bunga kali ni memang yg aku duk tunggu-tunggu selama ni. favourite ๐
yg upload 25hb tu..kalau katakan hari tu ada hal tak dapat online..camana ek?
hm, ye tak ye jgk.. nnti fikir balik..hehe..
owhh…mcmtu pulak..hehe..ok2 ๐
dah kelua tema baru….huhu…sifu…tarikh submit gamba tu 25 ke sblum 25 hrbulan?
kena submit pada 25hb je, tarikh lain tak boleh ๐