Flash, speedlite atau lampu denyar dalam Bahasa Melayu merupakan aksesori yang sangat penting dalam fotografi. Walaupun saya tak berapa gemar menggunakan flash, tapi ada beberapa ketika saya terpaksa guna sebab keadaan cahaya yang tak mengizinkan terutama bila ada ambil gambar perkahwinan.
Masa saya beli flash dahulu, agak sukar buat pilihan sebab ada beberapa perkara yang saya tak faham mengenai flash. Akhirnya saya beli flash yang terlalu advance untuk diri saya pada masa itu dan ada beberapa fungsi yang saya tak pernah guna sampai sekarang. Dah rugi banyak kat situ.
Tapi sebelum itu..
Sebelum beli flash, saya nasihatkan cuba mahirkan dahulu guna mode manual pada kamera. Bila ambik gambar tanpa flash, kita hanya perlu kawal satu jenis cahaya sahaja iaitu cahaya persekitaran (ambient light). Tetapi bila menggunakan flash, kita kena kawal satu lagi cahaya iaitu cahaya dari flash.
Kedua-dua jenis cahaya ini korang kena kawal supaya gambar yang korang ambik nanti tak cacat. Pernah ambik gambar dengan flash dan subjek nampak terang tetapi backgroud nampak gelap atau kulit nampak berminyak?
1. Bajet
Setiap flash datang dengan fungsi dan kelebihan masing-masing. Tak semestinya kena beli yang high end, kadang-kadang yang murah pun dah memadai. Bergantung pada korang, kalau jenis suka main creative lighting, beli yang ada fungsi Stroboscopic mode sebagai contoh.
Fungsi yang saya sangat rekemen bila nak pilih flash adalah High Speed Sync yang membolehkan korang guna shutter speed yang lebih tinggi dari sync speed. Saya akan terangkan lebih lanjut pada entri selanjutnya mengenai HSS.
2. Jenama
Ada banyak jenama yang korang boleh pilih. Sama ada nak beli ori atau 3rd party tu terpulang. Mana yang terbaik? Tak kisah pun sebenarnya, kadang-kadang yang 3rd party lebih berbaloi dibeli.
Setakat ini ramai pelajar saya menggunakan jenama Yongnuo sebab jauh lebih murah dari yang dikeluarkan oleh Canon atau Nikon.
Kalau ada bajet lebih, beli yang sama brand dengan kamera untuk dapat “keserasian” antara kamera dan flash.
3. Guide Number
Dalam bahasa mudah, guide number adalah berapa power flash tersebut. Lagi besar GN, lagi jauh flash boleh sampai. Flash yang ada GN tinggi lebih mahal. Jadi korang kena pilih GN yang sesuai, kalau beli yang GN tinggi tapi tak digunakan sebaiknya agak membazir kat situ.
4. Jenis Metering
Seperti kamera, flash pun ada sistem metering sendiri. Ada banyak jenis, TTL, ETTL, iTTL. Setiap jenis metering berfungsi dengan cara yang berbeza, dan sudah pasti hasil pun berbeza. Ada juga flash yang takda TTL. Maksudnya korang kena setkan secara manual.
Tetapi secara peribadi saya tak pentingkan sangat sistem metering, sebab bila gunakan flash, saya lebih suka guna manual.
5. Wireless
Kebanyakkan masa teknik off camera flash digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Flash yang ada fungsi wireless sangat membantu dalam situasi ini.
Lagi satu flash yang ada fungsi wireless juga boleh digunakan bersama kamera kompak atau smartphone yang ada flash.
6. Genre Fotografi
Apa subjek yang biasa korang shoot. Kalau suka landskap flash bukan satu keperluan. Tapi kalau selalu shoot potret atau ada rancangan nak jadi jurugambar perkahwinan, flash tu wajib ada.
Model Flash yang saya cadangkan:
*****
Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira bila nak beli flash. Tapi ini secara ringkas beberapa perkara yang saya rasa paling penting.
Saya cadangkan paling kurang flash yang korang nak beli kalau boleh ada fungsi HSS, wireless dan TTL, kalau ada bajetlah. Kalau tak beli dari senarai yang saya beri tadi.
Bagi yang pernah beli flash dan ada tips dan petua lain untuk dikongsi, bolehlah kongsi di ruangan komen 🙂
Good info !
nak tanya sikit….apa pungsi jjc flash diffuser… bila sesuai pakai… penting ke benda ni…
Salam Mizi,
Saya suka ambik gambar random. Saya guna Nikon D5200 dengan Lens Tamron 16-300mm.
Adakah saya perlu gunakan Flash Speedlite? Saya suka snap gambar ni saja je suka2.. tapi orang selalu tegur saya kenapa tak guna flash. tapi pic yg saya ambik ok je pun… hehehe…
adakah Speedlite ni penting and need to stick at my cam. all the times ???
Salam Mizi,
Saya suka ambik gambar random. Saya guna Nikon D5200 dengan Lens Tamron 16-300mm.
Adakah saya perlu gunakan Flash Speedlite? Saya suka snap gambar ni saja je suka2.. tapi orang selalu tegur saya kenapa tak guna flash. tapi pic yg saya ambik ok je pun… hehehe…
tapi saya cuma nak tahu adakah Speedlite ni penting and need to stick at my cam. all the times ???
Flash pertama saya pakai jenama Cybertik. Masa nak beli diffuser untuk flash tu kena gelak dengan tuan kedai. Huhu
Masih merangkak – rangkak mempelajari penggunaan flash ni. Sebab jarang guna flash. Tp bljr flash mmg bnyk gunanya
banyak nak kena belajar lagi ni, terima kasih maklumatnya ni…
Assalamualaikum bro,kalau guna flash mcm mn nk ambik gmbr potrait?jd ad byg kt blakang sbjek.lg 1,klu guna wireless kt manual mode,kne guna built in flash br funcion wireless
Susah saya nak terang kan sini sebab guna flash banyak benda kena faham. Yang penting tau nak balance exposure tanpa flash. Wireless kat manual mode biasanya kena guna build in flash kalau takda trigger.
As salam..sy menggunakan nikon d5100, masalah yg sy alami, built in flash x nak terbuka dlm keadaan automatik..sy cbe tekan button manual utk naik kn flash pn tidak berfungsi..harap saudara dapat membantu..
masih baru dan geram dengan apa jua subjek yang menarik…pasti nak snap!
Dulu saya pun macam tu jugak 🙂
From beginner : Serius susah nak main dengan flash. Memang kena pergi kelas juga nampaknya.
Kalau pegi kelas lagi cepat pandai dari membaca sahaja 🙂
tak berpeluang berjinak2 lagi dengan kamera … 😉
Salam Semua
Saya guna Sunblizt beli dgn harga 190, dekat sunway ginza.
Sy pun tak paham apa metering TTL, sync, yg sy tahu, bila dia fire gambar nampak sharp. Kalau nampak mcm sportlight kat dahi sy baunce kan atau guna difuser (x tau nak eja).
Bro tarmizi..msa sya guna flash dgn shutterspeed kamera yg tinggi, dahi subjek nampak lebih gelap daripda bhagian muka d bawah.seperti ada garis melintang d spnjg gmbar.
Flash tak support shutter speed tinggi, cuba tengok brp sync speed flash.
Masih belajar dan praktik kat rumah gunakan flash.
saya pakai YN560. sangat best. walaupon manual. tapi sayng, ianya tadak HSS. Namun saya jumpe tutorial dalam internet untuk bypass shutter limit 1/250.
Saya tidak pandai guna yang tidak ada TTL dan kemudian beli ada ETTL nampak spread cahaya lebih baik.