+ gambar ihsan geekosystem
Salam 1Malaysia kepada pembaca setia TarmiziShukri’s Blog.. Chewah, dah macam Denaihati pulak.. 🙂
Baiklah, kali ni nak kongsi sikit pasal tips menggunakan Facebook secara selamat. Sebenarnya bukan tips pun, sekadar nak mengingatkan mereka yang lupa termasuk aku sendiri. Kalau ikut statistik, Malaysia merupakan antara negara yang ke-16 paling ramai menggunakan Facebook.
Bangga? Tunggu dulu, sebab kita juga antara yang terbangang kerana memiliki purata kawan yang ramai berbanding negara-negara lain sebab orang kita main “accept” je siapa yang “add”. Spam? tak payah cakaplah, orang kita memang “champion” bab-bab menyebar spam di Facebook. Atas kesedaran inilah aku kongsi panduan ni untuk peringatan kita semua agar keselamatan kita di alam Facebook terjamin.
1. Kata Laluan
Kalau boleh, gunakan kata laluan yang panjang dari gabungan huruf, nombor dan simbol. Jangan sesekali menggunakan kata laluan dari gabungan nama dan tarikh lahir contohnya “tarmizi86”.
Korang boleh pegi ke Microsoft Password Checker untuk menyemak kekuatan kata laluan facebook korang.
2. Friend Requests
Ni penyakit serius, pantang tengok orang “add”, terus nak “accept”. Sepatutnya yang kita tak kenal, “reject” terus. Manalah tau itu akaun palsu. Penjenayah pun dah ada akaun facebook sekarang, makin senang kerja diorang. Korang tayang-tayang body kat Facebook, akhirnya kena rogol sebab korang sendiri yang “accept” perogol tu. Kes ni pernah terjadi, bukan setakat rogol tapi dibunuh sekali.
3. Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi seperti alamat kediaman dan nombor telefon tak sepatutnya dikongsikan di alam maya. Kecuali kepada rakan-rakan terdekat sahaja. Em, dalam kes-kes tertentu, kawan rakan terdekat pun tak boleh dipercayai jugak..hehe.
Apa kata korang klik pada account>privacy setting>customize setting dan ubah tetapan yang ada supaya maklumat peribadi korang tak terlalu “public”.
4. Sembunyikan Alamat Email
Alamat email yang aku maksudkan kat sini ialah email yang korang gunakan untuk login kat facebook. Wajib bagi korang untuk setkan email tersebut supaya tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun. Kenapa? Kalau korang paparkan email untuk korang login Facebook, mereka yang berniat jahat cuma perlu teka kata laluan untuk hack akaun Facebook korang.
5. Spam
Ni satu lagi penyakit orang-orang kita, pantang tengok link, mesti nak klik, walaupun kita tak tau link tu datang dari mana. Pernah dulu aku tegur seorang sahabat yang suka klik-klik spam ni, boleh pulak dia cakap kat aku “ala, tak ada apa pun kalau klik, aku hanya menyampaikan, tak salah kan?” Kepala hotak dia tak salah. FYI, Spam ni boleh “tarik” maklumat peribadi kita seperti kata laluan, email dan sebagainya. Jadi harap lepas ni takda lagi yang suka klik-klik spam ni.
6. Https
Https merupakan satu protokol untuk menjamin keselamatan pengguna internet. Biasanya digunakan di laman web seperti bank dan laman web kerajaan. Di facebook korang boleh tukar protokol ni di Account>Account Setting>Account Security. Klik pada https. Nak tau lebih lanjut pasal Https, korang boleh rujuk kat sini.
7. Gambar Ghairah
+ gambar profil aku tiada unsur-unsur ghairah
Kepada gadis-gadis, janganlah upload gambar ghairah/seksi korang kat facebook. Sebab lelaki yang korang “tarik” dengan gambar tersebut bukannya berakhlak baik. Setan semuanya. Diorang cuma nak “rasa” korang je. Dah dapat “sedap”, korang akan ditinggalkan. Lepas tu buat laporan polis, kena rogol konon, padahal salah diri sendiri.
*****
Sebenarnya ada banyak lagi pantang larang bila menggunakan Facebook ni, tapi yang di atas antara yang utama. Kalau korang ada tips-tips lain, silalah berkongsi di ruangan komen. Sekian.
Ribuan terima kasih tuan perkongsian info yang sangat bermanfaat & isu ini memang harus diambil berat oleh mereka yang menggunakan facebook.
padan
muka gatal sgt…. =(
thanks…. walopown juling2 mate bace.. huhuhuhu….
info yang terbaik.. remark.. masok dalam notpad 😉
jgn juling2..hehe…
aku suka tips no. 8 tu. Terbaekk..!! lepas ni nak tukar setting.
TQ Bro..
sama2 😉
nice tips mizi.
perkara2 ni kena hebah2kan selalu.
tapi ada gak yg tak berapa ambik endah sgt pasal ni huhu
ya, ramai yg tak ambik endah, bila kena hack cakap hackers bodo, padahal sendiri yg cuai..
blogspot bro.
dah daftar dengan google webmaster tak?
Dh bro tp aku x tau nk buat ape lepas 2. maklum la belajo x tinggi…
Salam…bro aku ade masalah cikit.Aku baru nak bjinak² buat blog.Tp bila dh siap aku nk try search kat google or yaho tp dia x display blog aku…naper ekk..TOLONG!!!!!!!!
pakai blogspot atau wordpress self hosted?
amazing.. like !
makseh2 🙂