Kamera retro sentiasa menjadi pilihan kerana memiliki aura klasik tersendiri. Baru-baru ini Olympus dan Sony masing-masing melancarkan kamera bercirikan retro iaitu OM-D E-M5 dan Sony A7.
Terbaru Nikon juga dikatakan bakal mengeluarkan kamera yang memiliki ciri retro. Kamera yang belum diberi nama “DF – Digital Fusion” menggunakan sensor full frame dan sistem auto fokus yang digunakan pada Nikon D610 (39 titik fokus).
+ Nikon DF dikatakan mempunyai rekaan seperti Nikon F3
Setakat ini tak banyak yang diketahui mengenai Nikon DF. Jika benar DF bermaksud Digital Fusion, berkemungkinan besar Nikon akan menggunakan viewfinder hybrid menggabungkan EVF (Electronic Viewfinder) dan OVF (Optical Viewfinder) yang mereka telah patenkan sebelum ini.
Saya akan cuba kemaskini dari semasa ke semasa. Apa yang ditunggu adalah jangkaan harga. Adakah sama dengan Sony A7? Sama-sama kita tunggu.
Sumber: Nikon Rumors
dah ada update review baru ke?
tak sempat buat review, tp ada byk dlm youtube 🙂
wah… nampak gaya nikon pun nak balik ke alam retro… rasanya lebih baik fokus pada profisional kamera.. macam susah ja nak lawan fuji dlm bab ni… :p