Metering dalam bahasa mudahnya adalah cara kamera menyukat/mengukur cahaya. Metering akan menentukan exposure, silap menggunakan metering bermakna exposure juga tak tepat dan gambar yang diambil sama ada overexposed atau underexposed.
Metering mode sangat berguna untuk mendapatkan nilai exposure yang tepat terutama dalam situasi kontrast / dynamic range yang tinggi.
+ metering mode Nikon (kiri) dan Canon (kanan)
Ada 4 jenis metering mode (sesetengah kamera ada 3) dan digunakan pada situasi yang berbeza. Nilai exposure akan ditentukan berdasarkan bacaan pada bahagian yang berwarna merah (rujuk gambar dibawah). Kalau korang perhatikan setiap metering mode mempunyai keluasan yang berbeza.
Evaluative / Multi-Segment / Matrix / 3D
Evaluative/Multi-Segment merupakan default setting kamera. Cahaya akan diukur secara sekata untuk menentukan nilai exposure. Mode ini biasanya sesuai untuk kebanyakkan situasi seperti landskap atau potrait. Kalau korang masih tak mahir lagi guna mode manual, saya sarankan gunakan evaluative/multi-segment.
Partial
Nilai exposure akan ditentukan disekitar kawasan tengah sahaja, mana-mana scene yang terletak di luar kawasan merah tidak akan dikira. Biasanya saya akan gunakan partial metering untuk ambik gambar subjek berlatar belakangkan backlight yang terang.
Center Weight
Center Weight lebih kurang macam Partial, tapi cahaya di sekitar juga akan diambil kira secara purata.
Spot
Spot metering akan fokus pada kawasan yang lebih kecil. Kawasan selain berwarna merah akan diabaikan. Spot metering sesuai digunakan untuk ambik gambar subjek yang kecil di tempat yang mempunyai kontrast/dynamic range yang tinggi. Contohnya bila nak ambik gambar bulan purnama.
Gambar berikut adalah contoh bagaimana metering mode mempengaruhi exposure.
+ perbezaan evaluative, center weighted & spot metering
Bila nak ambik gambar, mengimbangi exposure adalah perkara yang paling asas. Walaupun korang dah mahir mengawal exposure (aperture, shutter & ISO), tahu metering mode mana nak digunakan sangat-sangat penting, kalau tak sampai kiamatlah exposure takkan balance.
So kena ingat, first skali bila nak snap, kenal pasti subjek yang korang nak ambik dan pilih metering mode yang sesuai. Lepas tu baru tentukan aperture, shutter dan iso yang nak digunakan.
p/s – Kalau nak cepat mahir, saya sarankan join Bengkel Asas Fotografi. Bengkel terdekat akan diadakan di Melaka Ahad ni 28 April. 🙂
Klu guna hp..mcm ner pulak..adakah teknik yg sama seperti petikan diatas…?
bergantung pada jenis hp, sesetengah high end model ada setting metering.
Memang pening nak faham bg saya yg baru nk blajar basic
wah..baru saya faham ni bro…ilmu basic mcm ni yg saya suka 😀
oo baru paham sikit2, penting jugak, Selalunya hentam. asal jarum tunjuk kat 0 ingat ok aja. Patut la bila tengok kat pc ada yg cerah & gelap.
http://matdektko.blogspot.com/
BRO kalu aku nak snap gambo ramai org metering yg mn sesuai?
evaluative
terima kasih atas perkongsian tuan…baru jumpa maksud metering mode ni
sama-sama 🙂
ehmm…aku pun bru faham metering mode nie…terima kasih atas info yg membantu
sama-sama 🙂
Metering Mode ada ke untuk FujiFilm X-S1? Tak jumpa pun?
cuba check kat sebelah kiri kamera ada button AE..
Okay thanks. dah jumpa. owh AE tu Metering Mode.
Yess.. jelas penerangan tuan.. terima kasih.. blog pun makin cun.. lama x lepak sini.. bz. hee..
btw.. good entry bro!!
thanks bro 🙂
artikel yang ditunggu2 selama ni. penerangan yang baik dan mudah faham.
Masih lagi mengodek-godek metering mode ini.