Siapa tak kenal dengan Sir Jony Ive, seorang pereka produk disebalik jenama Apple. Sama ada anda pencinta atau pembenci barangan Apple pasti takkan nafikan hasil rekaan Jony yang menjadi trend-setter kepada rekaan produk teknologi sekarang.
Baru-baru ini Leica melancarkan model Leica M hasil kerjasama dengan Jony Ive. Leica M mempunyai rekabentuk yang lain dari produk Leica yang biasa. Rekaan Leica M lebih minimalis sama seperti produk Apple yang lain.
Setakat ini banyak blog yang mengkritik rekaan Leica M sebagai sangat hodoh, tak kurang juga yang memuji. Pendapat saya mengenai Leica M berbanding model Leica yang lain? Leica M ni macam pondan sikit, nampak terlalu kemas berbanding model Leica yang lain.
Leica M dipadankan dengan lensa 50mm f2.0 dan akan dilelong pada 23 Oktober untuk tujuan amal dan dijangka akan dilelong dalam harga serendah RM 1.5 juta.
Pada siapa-siapa yang tak pernah dengar atau tahu Leica ni brand apa, ia sejenis kamera tetapi harga seperti kereta. Tak silap Ustaz Azhar Idrus pakai Leica. 😀
Sumber foto: The Verge
Rekaan luar daripada kebiasaan.