Salah satu perkara yang membuat saya sangat tak berkenan dengan blog mesra mobile ialah template yang hodoh. Sebelum ni saya dah cuba bermacam-macam plugin tapi semuanya sama, tak menarik dan tak mesra pengguna sehinggalah saya terjumpa Bloapp.
Bloapp merupakan satu servis yang membolehkan korang buat aplikasi untuk blog atau website supaya blog korang lebih mudah dibaca pada peranti yang berskrin kecil seperti smartphone atau tablet.
Caranya sangat mudah, korang just perlu follow step-step berikut:
1. Daftar di http://www.bloapp.com/. Lepas tu login.
2. Pada home screen, klik pada “add blog”
3. Isi maklumat yang diminta.
4. Bila dah siap, page ni akan keluar. Kat sini korang boleh start design apps untuk blog dengan klik pada “customize”.
5. Ada 9 layout yang korang boleh pilih.
6. Pilih kaler tema, kalau ada logo atau header, boleh upload kat sini.
7. Tukar font ikut citarasa korang.
8. Dah siap design, korang kena copy widget ni kat blog supaya pembaca blog boleh guna apps yang korang dah buat. Tapi pastikan install dulu apps Bloapp kat smartphone masing-masing.
9. Inilah rupa apps Bloapp kalau install kat iOS device. Klik kat button tengah tu untuk scan QR Code.
10. Pastu scan QR Code. Tekan Add.
11. Dah berjaya add.
12. Tadaaaa.. Blog korang kini lebih kacak pada paparan mobile 🙂
*****
Cuma satu kekurangan Blogapp ialah pembaca tak boleh bagi komen kat blog. Dari apa yang saya baca tau, fungsi komen akan disertakan dalam masa terdekat.
Jadi sekarang korang kena download aplikasi Bloapp untuk iOS dan Android dan cuba scan QR code blog saya ni. Bagi feedback ye 🙂
kalau kt bb xleh ek nak guna app ni?tq
Memang menarik bro. Saya dah install dan scan kat iPhone saya. Tapi blog saya kenapa ya tak keluar gambar macam blog ni?
smart. ada paparan gambar dari entri. tapi kena install dulu app ni kat smartphone la ek baru boleh view versi mobile ni?
yup, kena download dulu. Kalau kita buat apps utk blog pun org kena download jgk.. cuma kat sini kita boleh manage blog yg kita follow dalam satu apps..
Smartphone? *looks at my Nokia X3*
dumbphone? hahaha.. 🙂