Semalam kawan-kawan aku dah mula dapat surat posting. Setakat ini ada 3 orang yang dapat posting ke Sarawak. Yang belum dapat surat posting rata-ratanya risau akan “dicampakkan” ke kepulauan Borneo ni. Aku tak pasti apalah yang dirisaukan sangat posting kat Borneo ni. Seolah-olah macam nak ke neraka, risau sampai tak boleh tidur..hehe. Ni aku nak pesan sikit, Sabah Sarawak ni taklah teruk sangat seperti yang korang bayangkan. Sarawak memang terkenal dengan buaya, tapi taklah semua sungainya ada buaya, orang-orangnya tak tinggal atas pokok & bercawat, orang-orang pedalamannya semua dah moden sekarang.
Itu cerita mereka, cerita aku pulak? Sekarang ni tengah peninglah jugak, sebab “kena buat jalan sendiri”. Nak bincang dengan parents, mereka bukanlah tinggi pendidikannya. Tanya kawan pulak, ada yang suruh kerja dulu, ada yang suruh study. Nasiblah ada beberapa pensyarah yang sedikit sebanyak menyuluh jalan supaya jalan yang aku pilih tu betul.
Bagi aku tak kisahlah posting atau sambung study, rezeki ada dimana-mana. Cuma kalau aku kerja, bolehlah sedikit sebanyak membantu keluarga. So far parents aku galakkan aku study lagi. Lagipun aku anak sulung, so kenalah tetapkan “benchmark” supaya adik-adik aku nanti boleh ikut jejak langkah aku, dan memang planning pun nak sambung study.
Sekarang ni intake untuk master dah tutup, tutup sebelum aku konvo. Masa aku nak apply hari tu dalam syarat kena lampirkan traksrip dan skrol, sebab tu aku tak boleh apply. So sekarang ni aku akan apply untuk jadi mana-mana tutor kat UPSI , UITM dan UNIMAS.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Kadang-kadang ada jugak rasa menyesal sebab tak isi borang posting hari tu, tapi nak buat macam mana. Buat apa aku nak kerja dalam bidang yang tak memberi kepuasan kepada aku. Tak puas sebab apa yang aku belajar selama 4 tahun aku tak boleh kongsi banyak ilmu yang aku ada pada student-student aku. Aku kena ajar apa itu mouse, keyboard, microsoft word dan semua benda-benda basic, padahal yang aku belajar di UPSI lebih dari tu.
So kepada yang akan berposting, selamat berposting, ikhlaslah dalam berposting. Ni tak posting lagi dah gundah gulana, risau tak bertempat..hehe.
*p/s – dah habis idea nak buat tutorial apa lepas ni, any idea?
ya, mungkin tak nampak lagi kot.. apa2pun, selamat berposting 🙂