Rasanya ni pertama kali aku publish entri malam macam ni. Biasanya aku akan publish pada tengah malam atau awal pagi. Tapi takpe, aku malas dah nak terikat dengan “peraturan” blogging ni. Kalau ada idea, aku akan terus taip dan publish je..hehe.
Entri kali ni sesuai untuk gadis-gadis diluar sana yang ada teman lelaki “geek”. Bagi yang tak tau lagi apa itu geek, golongan ni lebih suka menghabiskan masa dengan benda, mesin, dan sebagainya berbanding dengan manusia. Contohnya ada geek komputer, geek kamera, geek math dan sebagainya.
Oleh sebab itu, citarasa mereka sedikit berlainan berbanding dengan mereka yang lebih sosial. Jadi bila nak bagi hadiah hari jadi pun, kena lain dari yang lain. Tak mainlah hadiah-hadiah kek, baju dan seumpama dengannya..hehe
Ini merupakan entri mengada-ngada dari aku, sebab 29 Jun ni genaplah 25 usia aku. Boleh dikatakan entri ni berkait rapat dengan diri aku sendiri sebagai seorang yang agak “geek” ๐
Rasa-rasanya, apalah hadiah yang diingini oleh seorang geek? Jom kita tengok.
Pendrive, Kad Memori & External Hardisk
Seorang geek akan sentiasa kehabisan ruang cakera keras dan mereka merupakan “lubuk” software-software dan movie-movie terbaru. Jadi dengan menghadiahkan hardisk atau pendrive, pasti akan membuatkan hari jadi si dia sangat bermakna. Kalau nak bagi external hardisk, beli yang ada port LAN, jadi hardisk tu boleh disambungkan ke modem wireless. Memang heaven.
LCD Monitor
Biasanya golongan geek ni takkan cukup dengan satu monitor, kalau boleh nak pasang 5 monitor sekali gus. Jadi tiap kali hari jadi diorang, bagi satu monitor, pastikan model yang sama setiap tahun ๐
Pemain MP3 tanpa wayar
Kalau dah nama geek, memang agak susah nak bercakap dengan orang. Jalan-jalan pun biasanya sorang-sorang. Jadi Mp3 memang sahabat baik seorang geek dan yang terbaik, semestinya pemain mp3 yang bebas wayar.
Lens Mug
Tiada hadiah yang lebih bermakna dari ini bagi seorang yang geek kamera. Melainkan korang anak tan sri atau datuk dan mampu beli lensa yang sebenar..hehe.
Baju wireless
Kalau nak beli baju, pastikan korang beli baju yang boleh menampakkan ke’geek’an seperti baju yang ada gambar komputer atau yang ada tulis “i am a geek”. Tapi baju yang boleh menyala di kawasan yang ada wifi? Sangat cool.
Mana nak beli ni ye? Ada siapa-siapa tau? hehe..
*****
Apa-apa pun hadiah yang kita dapat, terimalah dengan hati yang iklas, orang dah bagi kan, daripada tak bagi langsung, kan? ๐
Teerbaik ni.. best2..
mmg terbaik..hehe..
LCD tu best … LCD ! ingat nak tambah LCD 20′ pastu bukak laptop guna display LCD.. cool giler wt keje ngan blogging.. 8)
yup, satu monitor mana cukup..hehe..
Ada sesuatu untuk anda di blog sy.. jemput singgah!
Saya suka mag lensa. Ha..haa…
ya, mug tu memang terbaik.. ๐
wah…. selamat hari lahir bro!!.. beza besday kita cuma satu hari aje.. aku pun geek juga!!.. aku geek laptop. Hehehehe. ๐
selamat hari jadi jugak faizul.. hidup geek!! ..hehe..
hint : lens mug dengan mp3 wireless ya kmk ada.. wuuuuhuuuu~~ ahahahaa (saja nak molah ‘geek’ jeles)
selamat hari jadi kitak! dah berumur bila nak nikah? ngeeee… =D
hoho, jeles2.. bila nak nikah? ntahla, xda yg maok dgn kmk tok ๐
baju tu kat thinkgeek.com ada kot
minat sgt kat lens mug tu tapi harga pon boleh tahan ๐
ramai yg minat lens mug ni.. hehe..
wireless mp3! cool ๐
beli jum, ada kaler pink..hehe..
lens mug ngan baju tuh mcm best jek…huhuhuh… ๐
tp harga pun best jugak..hehe..