Selepas Flickr, Facebook merupakan tempat feveret aku untuk upload gambar. Rasanya dah setengah tahun kot aku dah tak upload gambar kat Flickr. Antara sebabnya Flickr hanya akan memaparkan 200 gambar yang korang upload, walaupun korang dah upload 1000 gambar dalam Flickr. Tapi kalau dari segi kualiti gambar, Flickr memang jauh meninggalkan Facebook. Bila korang upload gambar ke Flickr, gambar korang takkan di compress sebanyak Facebook. Jadi kualiti gambar memang superb. Berbanding dengan bila upload di Facebook, gambar akan di resize kepada 720 pixel. Lawa mana pun gambar yang orang ambik, akan jadi buruk kalau dah compress sebanyak tu.
Tapi baru-baru ini, Facebook telah melancarkan kemudahan untuk pengguna mengupload dan memaparkan gambar dalam resolusi tinggi. Bagi aku, ini merupakan berita yang sangat baik, terutama para photographer dan designer. Kalau dulu gambar akan dicompress kepada 720 pixel, sekarang akan di resize kepada 2048 pixel, so korang boleh print gambar bersaiz 5×7 pada 300 DPI. Selain tu, korang boleh set sama ada korang nak membenarkan gambar tu boleh di download oleh rakan-rakan atau tidak.
Cuma akan ada beberapa kekurangan bila nak upload gambar beresolusi tinggi. Biasalah kan, makin tinggi resolusi, makin besarlah saiznya. Jadi masa nak upload pun makin lama. So kena sabar lebih sikit masa korang nak upload tu..hehe.
Selain itu, fungsi tag juga akan menjadi lebih mudah. Aku sendiri tak pasti macam mana sistem tag baru akan berfungsi. Mungkin facebook boleh buat macam picasa yang boleh buat autotagging. Maksudnya, sekali korang tag kawan korang, korang tak payah tag lagi kawan korang secara manual sebab picasa akan auto tag berdasarkan tag yang pertama. Lebih kurang macam face recognition, cuma face recognition menggunakan pendekatan yang lebih kompleks.
Pastinya ciri baru Facebook ni memberi ancaman kepada Flickr yang berada dalam ranking pertama dalam imej hosting. Kalau aku pun, rasanya pilih Facebook kot kalau nak upload gambar sebab boleh upload sebanyak mana yang kita nak dan rangkaian yang lebih besar. Cuma bila bab-bab komen ni, aku lebih percaya kat Flickr sebab yang komen kebanyakan mereka yang berpengalaman dalam fotografi.
So lepas ni rasanya korang prefer upload kat Facebook atau Flickr?
Sepatah Dua Kata Boleh?: