Sedar tak sedar, dah ni merupakan entri ke-100 yang aku tulis. Seperti entri-entri sebelum ni, agak susah aku nak keluarkan idea untuk menulis. Biasanya kalau dah takda idea sangat tu, aku buat tutorial pasal fotografi, sebab kalau bercakap pasal itu, memang idea mencurah-curah. Lagi-lagi sekarang ni aku kat LCCT, hingar bingar dengan dialog dari pelbagai bangsa dan negara, bunyi kapal terbang mendarat dan tak kurang bunyi hon dari bas yang dipandu pemandu yang agak bengong (aku benci betul bila orang tekan hon tak tentu pasal).
Minggu lepas ada yang email dan tanya kenapa blog aku macam dah lari dari tema asal iaitu fotografi. Sebenarnya tak lari pun, lepas ni memang aku akan terus tulis artikel dan tutorial pasal fotografi. Cuma kadang-kadang mood tu menghalang. Lagipun sejak kebelakangan ni aku agak sibuk, tengah membangunkan website untuk sebuah syarikat dan beberapa projek lain. Mungkin lepas ni aku nak tukar sikit “menu” penulisan kepada konsep yang lebih “open” tapi fotografi masih sebagai menu utamanya, ok?
Kalau nak cerita pencapaian blog ni pun tak ada sangat nak diceritakan. Cuma pernah dapat tempat ke-7 pertandingan “Educational Blog” peringkat kebangsaan 2 bulan lepas. Masa tu memang tak sangka boleh menang sebab sekadar nak mencuba nasib. Atleast ada jugak hasil aku berblog, daripada mengadap facebook 24 jam yang takda faedahnya…hehe.
Bulan ni jugak aku telah selamat dikonvokan..hehe. Walaupun sah konvo setelah bercuti panjang, aku masih tak jelas lagi dengan masa depan aku. Sekarang ni dalam kepala aku cuma nak sambung master & kawin..hehe.. Nak kerja aku malas, aku lebih suka bisnes sendiri walaupun aku dari jurusan pendidikan dan nak dapat kerja tu agak senang berbanding jurusan lain.
InsyaAllah kalau perancangan aku menjadi, mungkin hujung tahun ni aku nak bukak cyber cafe siap dengan kelas untuk aku buat kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT dan juga “white room studio”. Nak harapkan kerja, sorylah, lagi-lagi bidang pendidikan yang sekarang ni tengah panas dengan isu yang ditimbulkan sendiri oleh KPM.
2011 yang akan datang ni mungkin tahun yang agak mencabar dan penuh dengan kejutan bagi aku dan kawan-kawan aku. Apakah kejutannya? Tungguuuu… 🙂
Oklah, aku nak check in dulu, tak pasal-pasal nanti terlepas flight.. Wsalam..
hehe, thanks, tapi bukan cc yg tempat budak2 buang masa, kalau boleh nak cc tu bermanfaat untuk budak-budak muda ni.
wahh. congrats bro. bukak cybercafe? best uh.. cormfirm laku.dak2 skang mmg 24/7 lepak cc. good luck bro 🙂 🙂
aku minat gak nak mendalami fotografi ni tapi belum kemampuan untuk angkat dslr.. insyaallah aku akan cuba selalu dtg sini utk belajar…
rasanya ni 1st time aku singgah sini. salam singgah
tak semestinya kena ada dslr, pkai compact pun boleh sementara nak tunggu beli dslr. Anyway, thanks sbb singgah 🙂