Nikon D610 merupakan pengganti D600 yang dilaporkan mempunyai masalah shutter berminyak. Dari segi spesifikasi, tak jauh beza dari D600.
Fungsi yang terbaru adalah burst mode 6 fps berbanding 5.5 fps (beza o.5 je ??) pada D600, dan “Quick Continuous Shutter Mode” atau dalam bahasa mudahnya mode senyap supaya bunyi shutter tak terlalu kuat.
Selain itu Nikon turut mengatakan mereka telah menambah baik fungsi white balance. Selain tu tiada apa yang berbeza dengan model sebelumnya.
Spesifikasi utama Nikon D610:
[list type=”check”]
- 24.3mp FX-Format CMOS Sensor
- Pemproses EXPEED 3
- Rakaman HD penuh 1080p pada 30fps
- Burst mode sehingga 6fps
- ISO sehingga 25600
- Menyokong adapter WU-1b (wireless)
[/list]
Nikon D610 akan dijual pada harga sekitar RM6400 (body only) dan dijangka akan mula dijual di Malaysia dalam bulan ini. Pendapat saya untuk DSLR full frame, RM6k agak murah jika dibandingkan dengan model-model full frame yang lain.
Maklumat lanjut mengenai D610 boleh didapati di laman web rasmi Nikon Malaysia
Sumber foto: Techhive
Salam..nk tanya..d610 ni compatible tak dgn lense Nikkor AF-S 24-120mm f/4G ED VR ..stau sy cmpatible dgn smua AF nikkor lenses..btol tak
masih lagi menaruh harapan pada D800/D3S…ohooo..bila dapat ni..:D
Saya pakai kamera henset je. Xmampu nak beli kamera macam ni huhu.
takpe, kamera henset pun boleh ambik gambar lawa kalau kena cara..
wah, kamera fx idaman kalbu
antara full frame yang termurah, tapi lens full frame masih sangat mahal 🙂