Selepas entri “Apa itu DSLT”, ramai yang tanya cara-cara nak semak shuttercount. Rata-rata risau nak snap dengan DSLR masing-masing bila saya katakan shuttercount mempunyai jangka hayat. Rasa lucu pun ada sebab rasanya tak perlu risau pun pasal shuttercount. Samalah macam kereta, makin dipandu, jangka hayat pun makin pendek. Laptop pun sama. Kalau nak rosak, akan rosak jugak, so teruskan snap, jangan risau pasal shuttercount 🙂
Cuma bilangan shutter count ni kita kena semak bila nak beli dslr second hand untuk memastikan duit yang kita bayar tu berbaloi dengan shutter count DSLR. Ada banyak perisian dan laman web yang korang boleh gunakan untuk menyemak shutter count, tapi tak semua akan berhasil sebab ada brand kamera/DSLR memang kita tak boleh nak semak. Antara sebabnya ialah kamera/DSLR tidak merekod bilangan shutter count di dalam EXIF.
Apa itu EXIF? Korang boleh rujuk entri “Rotate Gambar Secara Automatik”. Kat situ saya ada terangkan secara ringkas mengenai EXIF.
Ada beberapa perisian dan laman web yang korang boleh gunakan untuk menyemak shutter count:

Flickr.com
Selain digunakan perkongsian gambar, korang boleh gunakan Flickr untuk check shuttercount:
1. Upload gambar ke flickr.com
2. View gambar yang korang dah upload, pastu klik pada “Action” yang terletak di atas kiri gambar.
3. Klik pada “View Exif Info”
4. Scroll ke bawah sampai korang jumpa “Shutter Count”. Dalam kes ni, bilangan shutter count ialah 4228.
Myshuttercount.com
So far laman web yang paling mudah digunakan untuk menyemak shuttercount.
1. Pegi ke myshuttercount.com.
2. Upload gambar.
3. Dapat result.
Selain myshuttercount.com, korang boleh cuba camerashuttercount.com. Cara sama je macam kat atas.
Opanda IExif
Opanda merupakan perisian percuma yang korang kena download dan install kat komputer.
1. Download Opanda kat SINI dan install seperti biasa.
2. Buka perisian Opanda, klik pada Open dan pilih gambar.
3. Maklumat EXIF akan dipaparkan, untuk menyemak shuttercount, cari “Total Number of Shutter Releases for Camera”
*****
Perlu diingatkan, bila korang nak upload gambar, pastikan gambar tu belum diedit sedikit pun. Resize pun tak boleh. Kena pakai gambar yang fresh dari kamera.
Setakat ini, saya dah cuba model kamera seperti Canon 1000d, Canon 450d, Nikon D90, Sony a300 dan Sony A550. Cuma Nikon D90 yang saya berjaya semak shuttercount, yang lain setakat ni tak berjaya lagi.
Kalau korang ada senarai laman web atau perisian lain yang boleh digunakan untuk check shuttercount, harap boleh share kat bahagian komen, sertakan sekali model kamera yang korang test tu. Kalau dah banyak, nanti saya boleh buat list kat blog ni supaya senang orang lain nak check shuttercount nanti.
Salam tuan Tarmizi..sy berhajat nk beli D700.tp sc dh lbh 150k..hrga ditawarkan rm1750..pndpt tn?biase kos tkr sc utk model tu brpa..tq tn..
saya dah checked sc di flikr ikut panduan yg adik berikan diatas. akak guna D90. So, ini sc akak => Shutter Count – 49432. akak nak tanya, berapa bil maksimum sc utk D90. Bila dah maksimum, sc ni boleh diganti ker? kalau tak boleh….kena beli camera baru ya dik? almaklum…kamera akak ni mcm jadi hak milik sekolah. apa jua program di sekolah akak jadi juru kamera. akak beli tahun 2010.
salam..baru 49k shutter..D90 sy penah pakai sampai 90k SC..lepas tu tukar shutter blade baru..kos dlm rm400 lebih kurang..
saya guna D90 dan kamera saya ni mcm jadi hak sekolah. semua program sekolah saya jadi juru gambar. sekarang sc saya lepas checked guna flikr : Shutter Count – 49432. jadi berapa agaknya jangka hayat camera saya? bila dah maksimum…camera dah tak boleh pakai dan perlu beli camera baru. betul ker?
saya pengguna nikon d5100 & d90. mcm mana nak tau total sc camera saya?
Caranya seperti di atas, tak semua kamera boleh check sc
sy gune canon..sy xjmpe mner2 web tok check sc canon.. tp sy jmpe software eosmsg tok check sc canon..try la…
saya newbie dlm bidang ini. jadi saya mulakan dgn d3100. berapa shuttercount d3100? saya check 1337
100k lebih kurang
Assalamualaikum tuan,
boleh ke direset shutter count nie..
terima kasih.
tak boleh..
Subscribing your blog 🙂
Salam…aku dh try myshuttercount.com untuk nikon d5100 berjaya tgk data exif. TQ.
kalau shuttercount dah habis nak dy kena buat apa..
entry atas td ada ckp shutter patah perlu tukar..??? macam mana tu…??? agak2 mahal errkk..??
laaa… patutlah try semua tak berjaya. cuma yg berjaya… Nikon D90 je? aduss… nak guna app apa ye untuk Canon 1100D? ishhh…
salam had limit shuttercount bg d90 brp bro dan kalu dah abis apa yg perlu dibuat
dlm lingkungan 90k.. kalau dh sampai masa shutter tu akan patah dan perlu ditukar..
D90 kalau ganti SC dkt kedai berapa hengget ya?
bro , kalau SC below 8k okay tak ? tak sure laa nak check SC nie .
Kalau dah kira shutter tu lepas tu nak buat apa? I mean ada setengah orang kata kena servis
terima kasih untuk info yg amat berguna ni 😀
sama2 😉
hi…sy nk tnya…tempat tukar menu canon 450d sy tercabut(yg dkt on/off)..sy nk psang blik tpi x dpt..mcm mna 2?
Baru tau boleh check shuttercount melalui flickr.
saya pun baru tau bro..hehe..
Herm saya guna Eos 550D.
Semua software termasuk Flickr saya dah guna untuk view Shutter Count.
Tapi tak pernah jumpa.
Pergi dekat forum Eos 550D mmg tak leh check kecuali install firmware ape tah.Tak berani nak install
sama la dgn 1100D. still tak jumpa website yg boleh view Shutter Count.. ishhh
erm.. nampaknye shutter-count sony aku pon tak bleh nak trace. masalah gak la ni kalau nak terjun kapal. lalalala… nak jual kat orang, kene main agak-agak je kot.
ape pon… thanks for the info
a’ah, terpaksa main agak je, congak2 nombor siri gambar..hehe..
yang saya tahu la, sbb saya pengguna SONY DSLR, sony susah sikit nk trace shutter count…. tapi brand lain ok lagi…. sekarang pun pening…. just trace guna sequence… kalau tak reset sequence la…. BTW….. info yang berguna….
sony memang mustahil kot sebab dia tak rekod shutter count dalam Exif.. tak taula kalau hantar kedai diorang boleh check tak.. =(
TQ, soalan terjawab. Susah jugak ye. Ingat dia ada display kat LCD kamera. Senang cek.
yang display kat LCD tu tak berapa tepat. Melainkan kita tak pernah tukar memori kad dia atau reset kamera tu. lagi satu lepas 9999, dia akan reset balik ke 0 😉
kalo kamera yg ala-DSLR mcm nikon J1 atau panasonic lumix lx5 tuh mcm mana ea??? ade shutter count gak ke???
depend dgn kamera, kalau jenis mirrorless atau DSLT memang tak payah kira kot.. hehe..