Sehingga sekarang ada banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan storan maya seperti Adrive, LiveDrive, Mediafire dan sebagainya. Personally aku dah banyak akaun tapi ada yang sekadar daftar sahaja. Tapi lepas aku kenal dengan Dropbox, terus jatuh hati. Antara sebabnya Dropbox sangat senang digunakan dan interface yang minimalist. Nak register pun cepat, tak perlu isi banyak maklumat.
Sebelum aku terangkan lebih lanjut pasal Dropbox, tengok dulu video pengenalan kepada Dropbox untuk bagi korang gambaran tentang Dropbox.
Dropbox sangat memudahkan terutama mereka yang ada lebih dari satu komputer. Kebiasaannya aku akan buat kerja di laptop, tapi kadang-kadang bila perlu keluar dari rumah, aku akan bawah netbook. Kat sinilah masalah biasa timbul bila fail yang aku perlukan tiada di dalam netbook.
Jadi macam mana nak dapatkan akaun Dropbox?
1. Pegi ke Dropbox.com dan buat akaun dropbox.
Klik pada link “Saya Nak Daftar Dropbox”. Korang akan dapat tambahan 250mb kalau daftar melalui link ini.
Proses pendaftaran Dropbox sangat mudah dan cepat, diorang tak mintak banyak maklumat, tak sampai seminit dah siap 🙂
2. Complete these quest.
Dah siap register tu, korang akan nampak Get Started. Selesaikan semua tugasan yang diberi & korang ada dapat 250mb secara percuma.
Itu je yang korang kena buat. Mudah kan?
Kelebihan dropbox:
1. Tak perlu pendrive.
Biasanya aku akan buat kerja di laptop, tapi kadang-kadang kalau perlu keluar dari rumah, aku akan bawak netbook sebab lebih ringan. Dengan dropbox, aku tak perlu pindah kerja dari laptop ke netbook dengan pendrive. Aku cuma perlu simpan dalam folder Dropbox, segala dokumen yang aku simpan dalam folder Dropbox di laptop secara automatik akan berada di folder Dropbox dalam netbook.
2. Perkongsian fail lebih senang.
Biasanya kalau buat assignment dalam kumpulan, salah satu masalah ialah bila nak kumpul assingment yang telah dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan. Dengan Dropbox, setiap ahli kumpulan hanya perlu memasukkan assignment tadi di dalam folder Dropbox pada komputer masing-masing. Tak perlu nak transfer dari pendrive dan risau dengan virus.
3. Dokumen lebih selamat.
Jika berlaku apa-apa pada komputer atau laptop, fail yang berada dalam folder Dropbox tak akan terjejas, korang masih boleh akses dari komputer lain dan pegi ke website Dropbox.
Folder Dropbox dalam PC
*****
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan Dropbox seperti boleh dijadikan server untuk download torrent, berkongsi file yang lebih besar dan sebagainya. Apa yang aku nak katakan Dropbox memang berbeza dari cloud storage yang lain. Cubalah kalau tak percaya 🙂
dapat lebih space dropbox. https://www.dropbox.com/free
thanks cikguyiee, info yang berguna 😉
hehe da lame gune tp skang dah xigt pasword ;D
so lama lah tu tak guna sbb tak ingat password.. 🙂
Saya guna Box.net beri storan 5Gb dan Sky Drive 25Gb.
pernah guna dua2.. tp tak tau knp boleh sangkut dgn dropbox..mungkin sebab lebih minimalist ..hehe..
Mudah, hebat dan selamat….dia punya pun aplikasi pun senang paham…
ya, tepat sekali.. 🙂
aku pakai dropbox ni.best gune die,senang je nk sync dengan semua device yg kite ade.
yup, sangat benar sekali.. 😉