Dalam minggu ini Sony berkemungkinan besar akan melancarkan kamera full frame mirrorless terbaru mereka iaitu A7 dan A7r. A7 dikatakan bakal menggunakan sensor 24 megapiksel manakala 36 megapiksel pada model A7r.
Dari gambar yang tersebar di internet, ada yang mengatakan rekabentuk A7 lebih kurang seperti Olympus OMD, Minolta 9000 dan juga gabungan a900 + RX1.
Sony A7 dan A7r akan dilancarkan pada 16 Oktober disamping DSC-RX10. Harga adalah seperti berikut:
A7 (Body Only) : RM 5400 A7r (Body Only) : RM 7000 Kitlens 28-70mm : RM 6400 RX-10 : Rm 4200
+ Sony A7 yang dikatakan mirip Minolta 9000
Buat masa ini spesifikasi penuh masih tak diketahui. Sama-sama kita nantikan pada majlis pelancaran nanti.
p/s- tengah kumpul duit nak beli mirrorless, DSLR untuk job wedding je, tak larat nak bawak ke hulu ke hilir.
Sumber: Sony Alpha Rumors
Hari ni dah lancar..buat review sikit nt ya En.TS..
ok dah buat 🙂