Ada apa dalam beg saya? Rasanya tahun lepas ada sorang yang PM saya tanya soalan ni. Dan tahun ni bro Azman Ishak dah tag saya, nak tak nak kena buat jugaklah.
Siapa yang kenal dan pernah ikut bengkel asas fotografi mungkin tau kot beg yang saya biasa bawak. Kata? Winer? Lowepro? Semua salah 🙂
+ nampak je kecik, tapi boleh masuk banyak barang.
Beg yang saya biasa bawak adalah jenama Canio. Mungkin korang tak pernah dengan sebab ni brand dari China, saya beli online melalui Dealmates. Walaupun saya ada 3 beg kamera, saya lebih suka bawak beg yang biasa sebab lebih low profile dan tak menjadi sasaran utama peragut.
Baiklah, terus kepada topik utama, apa yang saya biasa bawa ketika jalan-jalan, ada apa dalam beg saya?
- Powerbank – nyawa ketika berada di luar rumah.
- Gatsby Urban Cologne – sebelum jumpa awek sembur dulu..haha.
- Tamron 17-50mm f2.8 – kalau tiba-tiba nak ambik landscape.
- Bonia Wallet – wallet yang hanya boleh simpan 3 kad termasuk IC dan 2 keping duit kertas.
- Sony a300 + 50mm f1.8 – pegi mana-mana akan sentiasa bawak.
- Earphone – kalau tak bawak rasa bodo je.
- Lenspen – untuk lap lens.
- Kabel iPhone yang hampir meninggal – walaupun dah nazak, tapi masih berfungsi.
- Kingston CF 16GB – sebagai backup.
- Kunci rumah & pemotong kuku – juga digunakan sebagai senjata.
- Pendrive 8GB – yang ni saya tak sure kenapa ada dalam beg.
Jadi inilah barang-barang yang sentiasa ada dalam beg saya ke mana pun saya pegi. Kecuali ada outing dan tugasan, baru saya pakai beg dengan full gear.
Jadi sekarang ni saya nak tag (kalau dah kena tag sila abaikan):
- Nizam – http://nizamkatosanart.blogspot.com/
- MK Kimi – http://mkhakimi.com/
- Akubiomed – http://akubiomed.com/
- Fadhil – http://doulnut.com/blog/
- Faizatul Iffah – http://riderx.blogspot.com/
dalam beg saya.. ada purse. ada handphone ada id card.. ada spec. beg make up. tisu. ada charger handphone. haahha barang wajib ada dlm beg..
laki ke perempuan ni? haha
untung kalau ada batang lemang tu..
bokeh pun lemak berkrim.
terkejut gak, aku ingatkan gambar yang 1st tu gambar yang dalam beg. perghhh kalau itu ar isinye… boleh bawak bekal pergi kebulan dah tu. hahahaha, mujur la gambar real nombor dua.
haha, gambar pertama tu tak payah lain, dapat yang kaler putih tu pun dah cukup.
thumbnail picture yg mengejutkan…haha!
saja kasi suspen..haha.
terkejut ingat gambar atas tu yang ada dalam beg..haha
satu hari nanti mungkin mcm tu kot.. 🙂