Salah satu subjek kegemaran saya dalam fotografi ialah kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak antara subjek yang agak sukar untuk dikawal. Atas sebab ini, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mendapat foto yang di inginkan.
1. Jangan posing
Selalu tak dengar para ibu terutamanya bila nak ambik gambar anak mereka mesti cakap macam ni “berdiri situ” atau “jangan gerak” ataupun “senyum nampak gigi”.
Ini adalah kesilapan besar bila nak ambik foto kanak-kanak. Biarkan mereka dalam keadaan semulajadi, berlari, meniarap, terbang what so ever.
Perlu diingat, mereka bukan model.
2. Sembunyi
Kalau boleh ambik gambar bila mereka tak sedar. Dengan cara ini gambar akan nampak lebih natural, hidup dan tak kaku. Gunakan lens zoom, berdiri jauh dari subjek dan snap.
Bagi yang guna DSLR, tanggalkan bateri grip, kanak-kanak biasanya takut dan cepat kekok dengan kamera besar.
+ tapi ada jugak jenis tak takut kamera besar macam si Dania ni.
3. Aras mata
Ambil foto ikut aras mata diorang, atas atau bawah sedikit takpa, bergantung pada komposisi. Untuk foto aksi, ikut kreativiti, tak semestinya aras mata.
4. Fill the frame
Takkan semua gambar nak ambik dari kepala ke kaki. Betul tak? Cuba close up pada elemen yang menonjol pada kanak-kanak tu.
Contohnya dalam gambar ini saya nak cuba highlightkan betapa serabutnya rambut Dania, yang memang sentiasa serabut.
5. Shutter speed
Cuba gunakan shutter speed yang tinggi bergantung pada pergerakan subjek. Contohnya jika subjek tengah berlari gunakan shutter speed yang tinggi untuk mengelakkan blur. Nak senang? Guna shutter priority mode.
Tapi kadang-kadang saya akan guna shutter yang perlahan sedikit untuk menunjukkan pergerakan.
6. Fokus
Setkan mod fokus kepada AF-C (Auto Focus Continues) atau AI Servo (Canon) jika subjek aktif atau jenis tak duduk diam untuk memastikan subjek sentiasa dalam fokus.
+ fokus pada mata
7. Continuous Shot / Burst Mode
Oleh sebab pergerakan kanak-kanak sukar dijangka, ada baiknya gunakan continuous shot untuk memastikan setiap moment dapat ditangkap oleh kamera.
8. Sabar Tahap Dewa
Yang terakhir dan paling penting, sabar..hehe. Tunggu moment dan snap!
*****
Bagi yang bergelar ibu dan bapa, fotografi adalah satu cara untuk anda menyimpan kenangan semasa anak-anak anda masih kecil, masih baru mengenali dunia.
Sayangnya kalau anda terlepas saat-saat itu. Lepas ni bolehlah cuba tips di atas dan mula memotret anak-anak anda. Lepas snap jangan lupa print dan buat album khas.
p/s – teringin pulak nak ada anak..eh
good tips ni.Ehehehe..terima kasih banyak,sy nak share lah..
tips yang berguna, artikelnya juga bagus :)) sukses selalu kak
SPESIFIKASI DAN HARGA LENSA CANON EF 40MM F/2.8 STM
tips yg sgt bagus. sy sorg pengusaha taska jd byk snap pic baby @ kanak2 waktu lawatan, sukaneka & konvo atau utk buat flyers/banner. blh ke di masa akn dtg adakan kursus khas utk snap pic kanak2 shj? mungkin blh buat di taska sy? trima ksh. โบ
Boleh2. Hubungi saya melalui email untuk perbincangan lanjut ๐
sory nk tanya..sony nex ape sesuai utk beginner?sbb xnk la membazir sgt for first camera..as ts said bole simpan duit beli lens or flash..and klau 2nd hand brape bole dpt?thanks ๐
Terimakasih atas informasinya mengenai cara mengambil gambar kanak-kanak semoga dapat bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat. Saya tunggu tips berikutnya. hehehe
Sama-sama ๐
memang seronok rakam gambar kanak-kanak ni…tips yang berguna, Insyaallah akan diamalkan. Terima kasih
teringin juga shoot kanak-kanak ni…mostly kt wedding depa ni selalu ada..:D
Salam.
Nak tanya sikit Bro. Sy nak beli 50mm 1.8D yg ada motor. Ternanpak pulak 17-50mm 2.8 VC tamron.
Ada pandangan?
Sorry bukan D tapi G. Nikkor 1.8G.
Amik gambar kanak2 mmg mencabar skit la bro… tp kalo bersabar dan tunggu moment yg sesuai mgkin boleh dpt gambar kanak2 yg bila ditengok penuh dgn emosi… betul x tuan tanah? hehe
amat berguna info tuan ini… terima kasih kerana berkongsi… ๐
yup, betul tu ๐
Blog ni adalah blog yg terawal yg sy gunakan sebagai rujukkan utk fotografi dan pembelian DSLR. Dah lebih dr 3 tahun. blog ini masih lagi menjadi antara yg utama rujukan kps sy. (yg lain2 tu aku refer kat yotube)
Teruskan kerja yg terbaik ini bro.
Ingat nak jadi photoblogger. Tapi bab tulis menulis ni hancurrrr. So jadi ambik gambar masuk flickr shj.
thanks atas sokongan!
terima kasih atas tips tu bro
sama2 bro ๐
tips yg menarik… aku cuba shoot anak saudara aku… memang susah sikit… tapi biarkan mereka dlam keadaan natural memang bagus. aku try, dan hasilnya memang memuaskan.. thanks for the tips bro
kena banyak bersabar..hehe
memang seronok ambil gambar candid gelagat anak-anak. macam-macam aksi diaorang.
terima kasih tip yang hebat ni bro.
sama2 ๐
Tidak dinafikan agak sukar merakam aksi anak kecil. Hasilnya memang selalu mengujakan kerana gaya selamber comel mereka. ๐
yup, dapat hasil yang dikehendaki memang puas selepas berpeluh2 kejar mereka ๐