Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?
1. Komposisi
Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.
Boleh baca lebih lanjut di entri Asas-Asas Komposisi.
2. Siapa Hero?
Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.
+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?
3. Hero Buat Apa?
Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.Β Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.
4. Mudah dan Minimalist
Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. Ada banyak lagi cara lain, yang tu kena pergi Bengkel Asas Fotografi lepas raya ni π
5. Pelbagai Sudut
Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),Β tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.Β Bereksperimenlah dan buat kelaian.
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan
6. Pencahayaan
Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang βflatβ adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.
7. Langgar Peraturan (Break the Rules)
Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
+Β cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto
8. Tapi yang paling penting…
Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,βsenggama semua peraturan (f**k all the rules)β adalah βmomentβ (Google Translate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
Saya percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam βmomentβ yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab βmomentβ yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
Β *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korekΒ dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada saya cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.
Oh ya, sebelum terlupa, atas kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Berpuasa Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ni yang masih setia ikut sejak dari entri pertama. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang update π
Sumber Gambar: loriloo.blogspot.com echwaluphotography.wordpress.com photo.tutsplus.com robcartwrightphotoblog.wordpress.com
NK COPY MAKLUMAT BOLEH???TERIMA KASIH BANG
MINTA TIRU MAKLUMAT BOLEH???NK PRESENT TENTANG PHOTOGRAPHER NIE
1.Nk tanya kt mane nk sambng belajar sebagai fotogragi
2.fotografi ni bidang ape fesyen ke???
bagus-bagus-bagus,,,,,
good idea….thanks brow>>>>>>
nice tips! thanyou, its very helpful
semua tips yang ada memanglah lengkap seperti biar orang kata kita meniarap di tengah tengah jalanb
trime kasih atas informasi..
amat berguna sekali…
terima kasih diatas info yang berguna
T#@NK$ d atas prkongsian yg dbri . . .
1 info yg sangat ringkas / padat dan SEMPOI….
terima kasih atas sharing tersebut
sama2 π
Salam. Saya beginner dan dapat job tunang.Nak tanya. Lens yang sesuai diguna pakai untuk tunang dan nikah, lens yang jenis macam mana eh? β‘
kitlens sudah memadai..
boleh bagi tak tips2 nak dapa kan gambar candid yg perfect..??
hello saya nak tanya kalu saya memang minat dengan dslr,, tapi saya beginner tapi saya dapat tawaran kerja di A”famosa dan dia mintak saya dapat kan gambar candid dan siap edit, mcm mana ehh?? sebab saya beginner so takut nak buat ,,,misal kata kalau saya dapat pun nnti saya nak bekerja buatnya gambar saya selalu tak cantik mcm mana? ada tak apa2 idea?
esok fer the 1st time dapat job untuk ambil gambar tunang. terus google dan jumpa page ni.
terima kasih! haha
Bagus info2 yg abg mizi bg tu. Sori la lately ni bz sgt ngn keje x sempat nk join outing yg korg buat in sha allah next time sy join.
ok, takde masalah π
Boleh dipraktikkan dalam kehidupan ni. Saya pakai kamera dalam henset je. Setting pun pakai yg default je. Xpandai nak godek2 huhu.
Best Idea, teruja. Baru 2 mlm lepast tengok NG 10 ten photos (2). Moment!
wow, info yang sangat baik! terima kasih bro.
buat la tips2 untuk speedlite pulakkk huhuhu
Yes, i like to “capture the moment” dan tak suka orang posing2. Kadang kalau nampak moment yang cantik, saya akan terus snap. Kadang bebudak ni (esp the girls lah) nampak je kamera besar terus nak posing, habih terus hilang itu “moment”.. ;-D
Tips yg ringkas tapi padat….terbaik
Tip ini akan dipahat didalam kepala. Terima kasih kongsi.
Tip ini akan dipahat didalam kepala. Terima kasih perkongsian ini.
Assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi tips ini. π Sangat bermanfaat utk saya yg masih lagi belajar dlm dunia fotografi nie. π
sama-sama, harap membantu π
terbaik perkongsian ni. terima kasih bro!
sama-sama π
semua tips yang baik dan sangat menarik buat aku yang newbie..hingusan hijau
Terima kasih di atas tip yg diberi..masih dalam proses belajar dan praktikan apa yg dipelajari π
good info!
komposisi, horizon, leading line, rule of third, gambar cukup sifat ke tak. pening2 kalau tak biasa praktis.