Ramai yang memilih kamera berdasarkan megapiksel (mp) padahal yang memberi kesan yang lebih besar pada kualiti gambar ialah lensa. Kalau tak percaya bandingkan gambar yang diambil dengan lensa 50mm dengan kitlens 18-55mm. Bukan sahaja bokeh yang lebih “sedap”, tapi dari segi ketajaman dan warna yang dihasikan juga berbeza.
Untuk entri kali ini saya akan spesifik kepada tips memilih lensa yang terbaik memandangkan ramai yang tanya soalan ini.
1. Suka ambik gambar apa?
Paling penting sebelum beli apa-apa lensa adalah kena tau apa yang korang suka shoot. Contohnya kalau minat landskap, beli lensa UWA (Ultra Wide Angle) 10-24mm. Untuk potret mungkin 85mm f1.8 dan kalau suka ambik gambar burung, 75-300mm adalah pilihan yang sesuai.
Lebih lanjut mengenai jenis lensa, boleh baca entri Jenis-Jenis Lensa.
2. Minimum Aperture
Pilih lensa yang mempunyai nilai aperture yang kecil sebab sangat berguna untuk keadaan yang kurang cahaya seperti prime lens 50mm f1.8.
Perlu diingatkan, semakin kecik nilai aperture, semakin mahal lensa tersebut. Sebab itu lensa 55-200mm f4.5-5.6 berharga RM500 manakala lensa dengan focal length yang sama tetapi dengan aperture f1.2 boleh mencecah harga puluhan ribu.
+ nombor di lensa bukan saja-saja diletakkan, ada maksudnya.
3. Pendek lebih baik dari panjang
Lensa yang mempunyai focal length (zoom) pendek akan menghasilkan kualiti imej (IQ) yang lebih baik. Contohnya kualiti imej 18-55mm lebih baik dari yang dihasilkan oleh 18-250mm.
Lebih baik beli 18-55mm dan 55-200mm dari beli 18-200mm.
4. Lensa “prime”
Kalau nak cari lens yang murah tapi IQ yang baik, sila beli prime lens. Prime lens yang popular seperti 50mm 1.8 memang wajib korang beli. Lensa jenis ini boleh menghasilkan foto dengan IQ yang tinggi, warna yang lebih menarik dan bokeh yang sedap.
5. Rating
Bagi saya apa-apa jenama pun tak kisah, tapi sebelum beli pastikan cari dulu ulasan berkenaan lensa tersebut. Biasanya saya akan rujuk di laman web seperti DxOMark. Kat sana korang boleh tengok ulasan yang sangat detail dan rating untuk lensa atau kamera.
+ pilih lensa yang mempunyai banyak bilah aperture untuk mendapatkan bokeh yang lebih cantik.
6. D, G, IS, VC, DT, AF-S DX … Neraka apakah ini?
Setiap lensa ada singkatan untuk menunjukkan fungsi atau jenis lensa tersebut. Contohnya IS dan VR untuk lensa yang ada stabilizer. D untuk lensa manual Nikon dengan aperture ring, tak boleh autofocus manakala G boleh autofocus. Ini secara ringkas sahaja, korang boleh Google untuk maklumat lanjut, jangan malas dik.
*****
Lensa yang terbaik tak semestinya mahal. Memilih lensa terbaik mengikut bajet adalah sangat penting untuk elak pembaziran memandangkan kebanyakan kita bukanlah golongan kelas atas. Lepas ni buat pelaburan untuk lensa dan bukannya body kamera semata-mata.
Ingat kualiti imej lebih dipengaruhi lensa dan bukannya megapiksel.
p/s – entri pertama ditaip di atas katil hospital sampai kena marah nurse :p
Kalau crop sensor dengan full frame bila pakai lens 17-55mm .. ada beza ke pada wide angle nya.. means fullframe lagi wide?
Lens utk full frame EF dan lens Apsc crop adalah efs..
Salam…bro sy bru ambk lens 50mm 1.8d pic yg sy ambk selalu x sharp n blur. Tgk kt view finder ok ble snap pic die x sama mcm mana yg sy tgk ape msalahnya n kekurangannya.. mtk tnjk ajar
Kalau lens 50mm second user dijual rm220, agak2 ok tak condition dia?
lens standard (18-55 mm) saya diserang fungus..nak hantar kedai macam mahal.rasa macam nak beli lens 50mm f1.8..mana yang berbaloi?
Lens 50mm ef 1.8 tiada stabilizer.. mmg murah dalam RM500 better beli 50mm 1.4 is usm..mahal skit tapi ada stabilizer.
Saya pakai canon 1100d….mana yang patut saya upgrade dulu..lens atau kamera..
maaflaa new user..angle pon xreti agak lagi..pastu klau shoot talent..ok x pkai kitlens..xmampu nk beli lens baru….
As salam, adakah lens tamron 16-300mm antara lens terbaik?
Tak..
Assalamulaikum bos bleh sy dptkn no fun awk
0138114160
kalau 70-300mm f4.5-5.6 yg berharga RM500 sperti yg cikgu cakap tu mcm mane kualiti gambarnye? okay x?
Dengan harga macam tu boleh kata ok jugaklah.
Semakin saya paham mengenai lensa ni… terima kasih untuk penjelasan di atas…
terimakasih brader atas perkongsian ini. saya pun mulanya beranggapan bahawa piksel saja yg perlu kita nak utamakan, rupa2nya lens pun sama penting.
Risau jugak diri ini, sorang jer ade DSLR… lama2 bosan … adui
Slps berberapa tahun. Masih lagi berangan2 nak dapatkan 70-200mm 2.8. Tak kisah lah Tamron ke Sigma ke atau brand camera. Berbelah bagi samada nak beli lens laju atau upgrade kamera. (upgrade kamera akhirnya dan beli lens murah)
Next entry maybe.
kamera murah + lens mahal vs kamera mahal + lens murah vs kamera sedang + kit lens.
(650D+50mm /1.2) vs (5DMiii+50mm /1.8) vs (7D+18-135 /3.5)
better upgrade lens dulu.
terima kasih dengan perkongsiannya. Kalau hp/smart phone mp yang tinggi selalu jadi faktor pilihan pengguna, sangat berbeza dengan DSLR.
betul sebab sensor smartphone kecik, mp kena ambik kira jgk.
salam. nak tannye.. sy pki sony dslt.mane nak cri kedai jual adapter lens canon ke sony ye? satu loyyat cari tak jumpe
biasanya ada kat ebay, lowyat mmg takda.
Salam bro, saya ada beli lens canon 50mm 1.8 .. Lens tu sesuai untuk wedding ke? And satu lagi lens ni sesuai ambik outdoor ke indoor? Mohon penjelasan. Terima kasih 🙂
50mm 1.8 boleh guna indoor outdoor & utk apa-apa event, semua bergantung dgn cara sendiri. Cuma untuk tempat yg sempit mungkin tak berapa sesuai, sy lebih prefer 35mm 1.8.
saya masa ni mengidamkan 17-55mm
gud luck..hehe
dlm wishlist skang ni cuma 24-70 f2.8,40mm dan juga 20mm sahaja..dapat tu dah syukur..85 mm f.14 dah ada…itu dah cukup lega..:P
fuh, banyak bajet tu.
50mm f1.8 dah ada. Skrg target samada 17-55 ataupun 24-70. Utk crop sensor rasanya 17-55 lebih sesuai. Ke camne cikgu?
ikut genre yang kita suka shoot, contohnya kalau landskap 17-55mm..
semakin faham dah dengan pemiliha lensa ni. semoga cepat sembuh en tarmizi
tq fadhil 🙂
Akhir entri mengenai pemilihan lensa sudah keluar. Kalau ada rezeki hendak cari 85mm F1.8
Kenapa berada di hospital?
Kena demam denggi, dah 5 hari terlantar.
asalamualikum . lens apa yg sesuai untuk ambil gambar bokeh ? kalau portrait lens 50mm 1.8f okay ke tak ?