TarmiziShukri's Blog

  • Utama
  • Tips Fotografi
  • Bengkel
  • Arkib
You are here: Home / Tips & Tutorial / 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Oleh Tarmizi Shukri 19 Comments

Kongsi:
Facebook0
Twitter0
Pinterest0

Berapa ramai kat sini yang tau setiap fungsi pada kamera masing-masing? Saya yakin ramai yang tak tau 100% lagi. Termasuk saya sendiri masa mula-mula terlibat dalam fotografi.

Kita dah terbiasa untuk ambil perhatian pada fungsi yang senang sahaja. Macam beli TV, tak semua butang pada remote kita tau kan? Tapi setiap butang tu bukan saja-saja ada kat situ. Ada fungsinya.

Sama macam kamera, jurutera tak letak butang kat kamera suka-suka. Ada fungsinya, dan fungsi-fungsi ini secara tak sedar sangat memberi kesan pada hasil dan cara kita mengambil gambar.

Entri ini saya akan ulas secara ringkas beberapa fungsi yang mungkin selama ni kita terlepas pandang. Perlu diingatkan setiap kamera ada setting yang berlainan. Lepas baca entri ni cuba buka manual kamera untuk maklumat lanjut.

1. Back Button Focusing / AF-L / AF-On

back button focusing

Cara biasa untuk fokus adalah dengan menekan butang shutter (half-press). Tapi cara ini kadang-kadang kurang praktikal terutama bila nak shoot subjek yang statik berulang kali. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan back button focusing atau AF-L/AF-On.

Dengan cara ni korang boleh kunci fokus dan shoot dengan cepat tanpa perlu refocus banyak kali. Lagi satu kelebihan back button focusing adalah korang boleh menggunakan AF-S / One Shot dan AF-C /AI Servo serentak tanpa perlu tukar setting.

Untuk pengguna Nikon, korang kena masuk dalam setting untuk menghidupkan fungsi ni.

2. Exposure Compensation

exposure compensation

Dalam mod P, A dan S, kamera akan memastikan exposure sentiasa seimbang (0). Tapi ada beberapa situasi kita memerlukan gambar yang overexpose (terang) atau underexpose (gelap). Exposure compensation membenarkan pengguna mengubah nilai exposure. Tapi kena ingat, lepas tukar EC, pastikan setkan balik ke 0.

Fungsi ini sangat berguna bagi yang tak mahir dengan  manual mode.

Entri berkaitan: Apa itu Exposure?

3. AEL (Auto Exposure Lock)

expsosure lock

AEL membolehkan kita mengunci eksposure bila menggunakan mod P, A dan S. Kalau tak faham apa itu auto exposure, guna live view dan halakan kamera di kawasan terang, kemudian gelap. Secara automatik kamera akan mengubah nilai exposure supaya seimbang, tapi dengan AEL, korang  boleh kunci exposure.

AEL sangat berguna bila nak ambil gambar yang kita nak exposure sesuatu subjek itu seimbang. Contohnya kalau nak ambik gambar langit yang biru, halakan kamera pada langit, tekan butang AE-L, recompose dan shoot. Korang akan dapat langit yang biru berbanding langit putih.

Lagi satu untuk ambik panorama, sebab kita memerlukan setiap gambar mempunyai exposure yang sama.

4. DOF Preview

dof button

Button DOF membolehkan kita melihat kesan aperture terhadap depth of field melalui viewfinder. Biasanya, bukaan aperture pada lens adalah besar untuk membolehkan banyak cahaya masuk walaupun kita dah ubah nilai aperture.

Kenapa? Supaya kita boleh melihat melalui viewfinder. Kalau aperture berubah mengikut setting yang kita buat contohnya f22 (bukaan kecil), susah nak lihat melalui viewfinder sebab sikit cahaya yang masuk.

Masalah kat sini apa yang kita lihat pada viewfinder tak sama dengan hasil yang kita akan dapat. Jadi dengan DOF button, korang boleh lihat DOF dari viewfinder.

5. D-R / Active D-Lighting / Auto Light Optimizer

active d lighting

Setting D-R pula bertujuan untuk mengurangkan perbezaan cahaya yang tinggi (highlight & shadow). Susah pulak nak terangkan pakai ayat. Apa kata tengok je gambar kat bawah 🙂

d-lighting-combo-001

Gambar di sebelah kiri D-Lighting On dan yang kanan OFF. Perbezaan dua gambar boleh dilihat dengan jelas. Bila D-Lighting On, bayang-bayang pada gambar sebelah kiri tak ketara berbanding sebelah kanan. Tetapi akan menjejaskan sedikit kontrast dan warna gambar.

6. Diopter

diopter

Diopter terletak pada Optical View Finder (OVF). Digunakan untuk mengubah fokus OVF, masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang menggunakan cermin mata sebab jarak mata lebih jauh berbanding yg tak menggunakan cermin mata.

*****

Entri ini hanya ringkasan sahaja. Kalau di ikutkan, ada banyak lagi yang saya boleh huraikan. Tapi takpe, ada masa saya akan buat entri penuh mengenai beberapa setting di atas atau pun rujuk manual kamera masing-masing.

Ada apa yang korang tak faham. Boleh tanya di ruangan komen atau boleh follow saya di Twitter untuk respon segera dari saya 🙂

Related

Filed Under: Tips & Tutorial12/04/2014

About Tarmizi Shukri

Founder, jurugambar & pereka bentuk grafik separuh masa di bawah label PikselPecah Studio. Separuh masa lagi merupakan pelajar peringkat Sarjana ni UPSI. Sangat suka tempe & kari ayam. ---> Facebook Page | Twitter

Ruang Sembang

  1. syahmi says

    14/03/2017 at 4:57 PM

    Assalammualaikum,
    Nak tanya penting ke bulb mod tu kalau nak shot milky way ?
    Terima kasih.

    Reply
  2. balqis says

    25/09/2015 at 10:51 PM

    salam..sy pngguna nikonD3100..soalan saya.. Bila saya guna mode A tanpa flash.bila saya snap gambar kenapa dia snyap..then 3minit mcm tu baru ada bnyi… Kenape ye? Web manakah yg sesuai utk rujukan Nikon D3100?

    Reply
    • Sze says

      11/10/2016 at 4:47 PM

      shutterspeed rendah

      Reply
  3. Atikah says

    08/02/2015 at 9:39 AM

    Sy ada camera Nikon coolpix p100 bnyk bnde sy x fhm Dan camera sy?

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      10/02/2015 at 2:26 PM

      Ini soalan atau penyataan?

      Reply
  4. maz jamal says

    09/08/2014 at 2:21 AM

    huhuhu..dulu pernah belajar dengan camera husband..tu pun dah pening..

    Reply
  5. zahid says

    10/06/2014 at 1:45 PM

    Salam Bro, ada sikit kemusykilan,
    Saya bila shoot set kepada A, RAW format, WB Auto, ISO Auto Max 800 ISO. Dan terus shoot shj.
    Buat processing guna Picasa,(x mampu guna photoshop dan yg sewaktu dgnnya).
    Selalunya bila ambik gambar di luar rumah, bawah pokok, dlm khemah, atau tiada teduhan bila tengok kat Picasa ISO akan tunjuk 200-400. Bila dlm rumah guna flash ISO akan tunjuk dlm 650-800. Tapi sbb guna flash gambar masih lagi sharp & clean.
    Berberapa bulan yg lalu sy perasan, wlpn di luar rumah, tgh padang pun sy tengok ISO nya menunjukkan 800. Jika tempat yg gelap nampak grain yg sangat jelas. Didalam rumah bila guna flash ISO akan tunjuk 800, tapi gambar tak sharp & clean ada grain.
    Mcm Mana nat set balik. Saya pakai D7000.

    Thank You

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      10/06/2014 at 5:11 PM

      Jangan guna ISO Auto Max, setkan ISO secara manual.

      Reply
  6. hanif says

    30/05/2014 at 11:59 PM

    Assalamualaikum , mood apakah yang sesuai untuk shoot weeding dan outdoor ?? Vivid atau normal.. Gear d90

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      31/05/2014 at 5:54 PM

      Saya prefer normal, kalau nak edit warna buat masa post processing.

      Reply
  7. Azman Ismail says

    14/04/2014 at 11:07 PM

    Point no 5 – untuk canon ada 3 option , low, standard, strong, nanti bila2 nak cuba 3 setting ni. 🙂

    Reply
    • Muhamad Azman says

      20/08/2014 at 9:18 PM

      amboiii tu setting untuk kamera baru ke? hehehehe

      Reply
  8. akubiomed says

    12/04/2014 at 9:12 PM

    1. Saya nak tahu mengenai DOF pada Canon. Pernah suatu ketika tekan tetapi tidak nampak kesannya. Mungkin salah cara penggunaannya.

    2. Pernah AE-L ketika guna Speed light menjadikan cahaya kepada wajah subjek tidak terlalu cerah dan nampak toner wajah lebih natural.

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      13/04/2014 at 5:34 PM

      Kesan DOF preview akan nampak bila kita guna aperture tinggi contohnya F8.

      Reply
  9. nizam says

    12/04/2014 at 4:31 PM

    Terbaik cikgu entry yg sgt berguna.cuma.sy ad 2 soalan.

    1) dof preview tu utk entry level ad ke ??
    2) kat artikel d-lighting tu cikgu ad tersilap tulis ” kiri on dn kiri off ” 2 2 kiri …

    Terima kasih cikgu. 🙂 info berguna

    Reply
    • Tarmizi Shukri says

      12/04/2014 at 4:49 PM

      DOF tak semua kamera ada & thanks sbb perasan ada silap, dah diperbetulkan 🙂

      Reply
    • MK Kimi says

      12/04/2014 at 4:49 PM

      tlg jwbkan..

      entry-level nikon takdak button DOF

      Reply
      • nizam says

        12/04/2014 at 5:59 PM

        Ooooo terima kasih cikgu n kimi. Sbb dh agk xde. Tpyelah mn taw tersembunyi …. Tq3

        Reply
        • Mus says

          12/04/2014 at 9:42 PM

          kena upgrade.. hihihi

          Reply

Sepatah Dua Kata Boleh?: Cancel reply

tips fotografi terbaik

# Entri Popular Minggu Ini

Kategori

Media Sosial

4,442 Peminat Setia
4,220
0
222
0

Penulis

Untitled-1

Tukang tangkap gambar & penulis di blog ini. Lagi mengenai penulis.

Instagram

Twitter

Tweets by @tarmizishukri
© 2009 - 2014 · Hakcipta Terpelihara · TarmiziShukri's Blog ·
 

Loading Comments...