Semalam aku ada bagitau kat fanpage yang aku akan update blog dalam “sedikit masa lagi”. Sekarang dah hampir 12 jam, entri baru nak publish.. Sori ya ๐
Ramai yang tanya bila nak buat entri pasal tips fotografi. Terus terang cakap, aku tak tau nak cerita apa dah. Kalau ada pun, mengambil masa jugak nak siap. Tapi masa aku sekarang agak terhad, tak macam sebelum ni.
Walaupun kelas master aku jumaat sabtu je, banyak masa dicuri sebab terpaksa ulang alik dari Tanjung Malim ke Melaka tiap minggu. TM ke KL 1 jam, KL ke Melaka pulak lebih kurang 2 jam. Seminggu kena habiskan masa 6 jam atas bas, sebulan? Kiralah sendiri..huhu.
Baiklah, secara ringkasnya, entri kali ni mengenai perkara-perkara yang aku belajar sejak hari pertama pegang DSLR. Semuanya datang dari pengalaman sendiri. Kalau korang cari kat internet, ramai fotografer luar negara buat entri macam ni, ada yang buat sampai 100. Aku larat buat 20 je, nanti minggu depan buat 2o lagi yeย ..hehe
******
1. kamera yang mahal tak menjanjikan gambar yang cantik.
2. bawa kamera ke mana-mana saja.
3. jangan sangkut kamera kat leher, lilitkan pada tangan.
4. pakai slingbag, kalau backpack susah nak buka beg, terutama bila tukar lens.
5. tiada apa yang istimewa pada gambar yang modelnya wanita cantik.
6. feveret lens = 50mm 1.8.
7. bila nak keluar shot landscape, bawak ย kitlens + tripod sahaja.
8. tak payah beli tripod berat-berat kalau selalu travel.
9. aksesori kedua yang perlu dibeli selepas kamera ialah drybox, bukan lens atau flash.
10. jangan guna UV filter kalau shot waktu malam.
11. labur duit untuk lens, bukan body.
12. mahal mana pun lens, tapi kalau filter cap ayam… fikir-fikirlah sendiri.
13. bila nak beli kamera, beli brand yang sama dengan kawan, senang nak belajar.
14. elakkan tukar lens di tempat yang berpasir dan berdebu.
15. sentiasa peka dengan keadaan sekitar.
16. gambar yang banyak noise lebih baik dari gambar yang blur.
17. servis kamera setiap kali lepas guna.
18. cipta gaya sendiri.
19. gambar posing sangat memboringkan.. candid lebih baik.
20. keep it simple.
bagus la perincian ni.. sy yg baru berjinak-jinak dlm bidang ni pun dpt pengetahuan baru
baru terbace blog ni thun ni(2014). bagus jgk, byk yg tk thu, then dh thu.
untuk memulakan kerja sebagai fotograferm, pertama kalinya pada majlis perkahwinan. apa perlu saya dibuat? mintak tolong beri pendapat
pertama kena ada pengalaman, kalau takda memang susah.
I’m using 50mm 1.8 , and I really love it very much!btw, you provided us with very good information about photography.keep posting ๐
salam. nak tanya kalau tngkap gambar mlm yg ade bnyak cahaya mcm dkt ICT shah alam tu guna teknik mcm mane eh?
kena pakai tripod & slowshutter
thanks bro, tips berdasarkan pengalaman memang mahal dan berbaloi
K.I.I.S~huhu..tq sifu…info yang best… ๐
Salam, terima kasih untuk tips mengenai fotografi ni.. baik sekali ๐
Uv filter x blh pakai waktu malam..?? hbis 2 na pakai filter apa? nak kna bli filter lain ke??
Cahaya lampu s’ll ganggu gambar ๐
Scott, I’ll have to agree with Aeiiegus.Eithdr the election of a Pope is political or it is lead by the Holy Spirit. While it is true that some countries will have a disadvantage on the political front (e.g. the US precisely because it is so influential now, Italy precisely because it was so influential in the past, the Global South precisely because it does not have a dominant representation in he college of cardinals, etc), if the current crop of cardinals are trying to follow God’s will rather than man’s, even these disadvantages can be overcome. In any case, such speculations are worth the sand they are written on since there are so many variables involved.
np kemera x jgn gantung pd leher. kn 2 lbh selamat.
klu pgg blh terlepas n jatuh.
sbb tu suruh lilit kat tangan..
erm saya pnya uv filter tak leh bukak..mcm mne nk buat?
assalam mizi..lama sy tk singgah:)..cari masa utk baca blog kamu kejap..kamera tk digalakkan sangkut dileher..tapi lilit dilengan..adakah ni faktor keselamatan atau bergantung keselesaan individu?boleh citer sikit..ramai jgk yg tertanya2 tu kot..:)
yup… aku pun nk tanya yg tu gak. respond pls.
satu sebabnya tak selesa sbb dslr kan berat.. satu lagi tali tu mengganggu terutama bila nak shot potrait.. kalau tak caya, cuba sangkut dslr kat leher.. & ambik gambar potrait ๐
sebab tu pro2 tak pakai tali tu, biasanya diorang bukak je, ganti dengan handgrip…
salam TS..
sis ada sedikit prob bila nak shoot gambar malam dan dalam masa yang sama ada moving subject..
contoh macam nk shoot dekat funfair..
hrp TS boleh bagi tips sikit ๐
terima kasih ๐
bagus2
thanks.. ๐
gambar posing adalah membosankan, candid lebih baik ~ aku setuju! bagus idea ni.
thanks..hehe ๐
thanx bro…saya selalu guna uv filter waktu malam huhu….lain kali tak wat lagi….
kalau pakai uv waktu malam,kadang2 nampak reflection, tapi kalau uv filter yang mahal rasanya takda masalah kot..
Tip yang boleh diamalkan untuk saya yang baru sahaja berjinak-jinak dengan kamera DSLR
selamat beramal..hehe..
bagus info ni pendek n padat
thanks ๐