
Salam semua.
Sejak kebelakangan ni, selalu sangat aku terlajak tidur disebabkan musim hujan kat Kuching ni. Kalau sebelum ni aku sempat borak dengan mak, ayah dan adik-adik sebelum mereka pegi kerja dan ke sekolah. Tapi sekarang, bangun tidur je semua orang takde. Maklumlah orang tak kerja macam aku ni, tak payah bangun terus pun takpe..hehe. Tapi aku duduk rumah bukan saja-saja ye. Sebab rumahku, ofisku juga. Sekarang ni aku partime web designer + photographer sementara menunggu intake master. So kerja aku ni tak memerlukan aku keluar rumah sangat. Itu sedikit sebanyak tentang hidup aku. Cuma hari ni aku bukan nak bercerita tentang hidup aku, tapi tentang isu yang aku baca kat KOSMO iaitu cadangan GMPP (Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma).
Pendidikan percuma bukanlah isu baru. Ada negara-negara seperti Scotland sudah lama mengamalkan konsep pendidikan percuma ni. Di Universiti Al-Azhar pula, mereka menggunakan duit wakaf untuk menampung kos pengajian pelajarnya.
Apa Kesan Jika Pendidikan Diberi Secara Percuma?
Straight to the point, bila barang percuma, biasanya kurang dihargai. Contohnya buku teks, ikut pengalaman aku semasa menjadi guru praktikal, student memang tak hargai langsung buku teks ni, tapi buku rujukan yang mereka beli sendiri dijaga dengan baik. Satu lagi contoh iaitu kursus. Kalau pelajar tu datang kursus/bengkel yang tak perlu bayaran, biasanya pelajar-pelajar ni akan duduk bersembang dan tak bagi perhatian. Cuba kursus tu dibayar, pastinya situasinya berbeza, sebab duit ni sesuatu yang dihargai. Apa-apa sahaja yang kita bayar, secara automatik akan dihargai.
Kebaikan Pendidikan Percuma?
Semestinya ada kebaikan jika pendidikan diberikan secara percuma. Tak perlulah aku sebut kot sebab semua orang tau. Lagipun pada zaman keagungan tamadun Islam, pendidikan memang diberikan percuma dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Tapi pada masa tu, masyarakat memang mengagungkan ilmu, tak seperti sekarang.
****
So apa pendapat korang mengenai isu ni?
p/s- respek kat sekolah cina, jarang timbul soal yuran tinggi sebab orang cina sanggup bagi berapa saja asalkan anak mereka ada pendidikan. Mereka boleh bina blok bangunan baru tanpa bantuan kerajaan.
Tiada Entri Yang Berkaitan


yang ni ke yang itu? haha



6 Comments to “Wajarkah Yuran Sekolah Dimansuhkan?”