Update Pantas: Kisah Seminggu

DSC08283 Update Pantas: Kisah Seminggu

Bagi yang dah join fanpage blog ni, rasanya korang tau apa aktiviti aku dari awal bulan Jun sampai sekarang. Boleh dikatakan bulan ni bulan yang paling sibuk bagi aku. Untuk bulan Jun saja aku dapat 3 job wedding dan beberapa projek lain. Seriusly memang tak menang tangan, terutama untuk job wedding. Jadi aku aku buat keputusan untuk mempercepatkan penubuhan PixelPecah Crew, di bawah syarikat PixelPecah Studio. Buat masa ni aku tengah cuba menyiapkan website dan mengumpul portfolio sebelum buat official launch.

Untuk pengetahuan korang, PixelPecah Studio akan menumpukan kepada wedding photography sebagai servis utama disamping web design/developing dan graphic design. Buat masa ni, PixelPecah Studio beroperasi di  rumah aku sendiri, kalau dah besar nanti InsyaAllah aku akan bukak studio yang lebih besar. Doakan ye..hehe..

Dengan kesibukan yang melanda ni, blog aku ni agak terabailah jugak. Kalau korang tengok, entri terakhir ialah entri “Wordless Wednesday”. Maksudnya seminggu dah tak update. Mungkin aku akan beli tablet untuk memudahkan aku update blog. Sekarang ni aku cuma ada Dell Inspiron 6400 yang besar gedabak dan seberat sebiji bata…haha. Jadi faham-fahamlah kalau aku jarang nak update kalau “outstation” 20x20 big smile Update Pantas: Kisah Seminggu

Dalam masa terdekat jugak, aku akan ubah konsep TarmiziShukri’s Blog kepada konsep yang lebih terbuka dan tak menjurus sangat dalam bidang fotografi. Tapi jangan risau, entri-entri fotografi masih macam sebelum ni. Blog ni jugak akan berwajah baru, mungkin aku tak guna tema hitam hijau lagi. So tunggulah kemunculan TarmiziShukri’s Blog yang baru 20x20 feel good Update Pantas: Kisah Seminggu

p/s: Projek FotoChantek masih berjalan seperti biasa, korag boleh mula upload gambar di fanpage TarmiziShukri’s Blog

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Kisah Raya Aku
  2. Entri ke-100

8 Comments to “Update Pantas: Kisah Seminggu”

#1 Posted by akubiomed (22 June, 2011 at 2:33 pm )

Wah tanniah kepada bro kerana akan production house pada usia muda. Lepas ini lebih banyak life blog dari bro :-) Entri Terkini akubiomed – Wordless Wednesday – KL GangsterMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 22nd, 2011:

thanks bro, rasanya nak start balik live blog nnti.. hehe..

#2 Posted by Deewood (24 June, 2011 at 7:14 pm )

PixelPecah Crew..gempak!! prjek ape tu…? :-|

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 27th, 2011:

projek apa? akan d bgtau kemudian..hehe
Entri Terkini TarmiziShukri – Wordless Wednesday #5My Profile

#3 Posted by faras (25 June, 2011 at 3:10 pm )

wah… tahniah… n chaiyok2..!! :) Entri Terkini faras – MALAYSIA VS LUBNANMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 25th, 2011:

thanks faras :)

#4 Posted by Amirez (26 June, 2011 at 8:33 pm )

congrates bro. semoga sukses selalu ;) Entri Terkini Amirez – Menangi Hadiah iPad2 dengan Contest F&NMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on June 27th, 2011:

thanks bro :) Entri Terkini TarmiziShukri – Wordless Wednesday #5My Profile








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: