*Sila baca sampai titik noktah yang terakhir.
Semakin menghampiri penghujung puasa, semakin panas pulak isu-isu yang berkaitan dengan Illuminati/Freemason. Rasanya bermula dari anugerah juara lagu dan baru-baru ni iklan raya tv3. Walaupun Tv3 dah tarik balik iklan tu dan membuat pemohonan maaf, masih ada pihak-pihak yang masih tak puas hati dan ada yang nak bos Tv3 iaitu Dato’ Farid Ridzuan meletak jawatan. Hm.. Rasanya tak payahlah sampai macam tu sekali, tak semua orang dalam Tv3 tu bersalah. Korang salahkan Art Director diorang dah cukup. Mungkin Dato’ Farid sendiri tak tau tentang iklan tu, takkan semua kena mintak kata putus CEO kot, pengsanlah Dato’ Farid kalau macam tu..hehe.
Berbalik pada tajuk entri, semalam sebelum tidur seperti biasa aku akan jalan-jalan dulu kat blog-blog dan terjumpa satu blog yang aku rasa agak keterlaluan dalam mengaitkan budaya Freemason/Illuminati dengan sambutan Aidilfitri. Habis semua benda nak dikaitkan dengan freemason termasuk seluar dalam?!
1. Unsur Freemason/Illuminati pada Ketupat

Sangat tak masuk akal bila ketupat dikatakan mempunyai unsur freemason/illuminate hanya disebabkan corak petak-petak pada ketupat. Kalau macam tu, adakah semua hasil anyaman termasuk tikar mengkuang termasuk dalam budaya freemason/illuminati?
Ketupat palas “didakwa” menyerupai bentuk piramid firaun hanya kerana berbentuk segitiga. Sesiapa yang makan dikatakan menyokong mengagungkan firaun.
2. Unsur Kristian pada Lemang

Lemang pun mengalami nasib yang sama dengan ketupat. Kedudukan ketika membakar lemang dipersoal kerana menyerupai piano yang ada di gereja.

Piano yang dimaksudkan. Soalan aku, ada ke kedudukan lain nak bakar lemang? Walaupun aku tak pernah bakar lemang, tapi aku pasti tu je kedudukan yang sesuai nak bakar lemang.

Lemang yang dah dipotong pun menjadi isu kerana bentuk dan susunan menyerupai bentuk kitab orang Yahudi.

Lepas ni skrol konvo kena lipatlah ye, tak boleh gulung-gulung. Pastu kain kat kedai kain tak bolehlah gulung jugak, pastu tak boleh letak menegak. Tak boleh aku bayangkan macam manalah keadaan kedai kain kat Malaysia kalau macam tu.
3. Gabungan Lemang & Ketupat

Ni aku petik dari blog tu:
Bulat merupakan simbol bagi mata pada logo ‘All Seing Eye’ manakala segitiga pula merupakan elemen geometri yang sering digunakan dalam upacara sihir dan magis. Manakala rendang pula mewakili kemenyan yang selalu digunakan semasa upacara khurafat, jika digabungkan maka muncullah simbol Illuminati, nampak kaitannya di sini?

Korang nampak ke apa kaitannya?
4. Unsur Syaitan pada Kad Hari Raya.

Kononya gambar bulan sabit merupakan simbol syaitan Baphomet berdasarkan gambar di bawah.

Bukankan anak bulan sinonim dengan bulan puasa dan hari raya, so tak salah nak guna imej anak bulan, lagipun fasa-fasa bulan tu kan kuasa Allah.
*****
Bukannya aku nak tunjuk pandai, tapi kat sini aku cuma nak tekankan, berfikir secara rasional sebelum membuat hukum terhadap sesuatu perkara. Manusia dikurniakan akal fikiran untuk membuat tafsiran terhadap sesuatu perkara, tapi biarlah tafsiran yang dibuat tidak keterlaluan seperti menghukum ketupat sebagai budaya freemason. Sehinggakan seluar dalam pun dikategorikan sebagai freemason hanya kerana berbentuk segitiga. Takkanlah semua objek yang berbentuk segitiga, segiempat dan bulat tu budaya freemason/illuminati. Semua tu bentuk asas, ilmu matematik yang kebanyakkannya hasil kebijaksanaan ilmuan-ilmuan Islam. Bagaimana dengan ilmu Trigonometri, adakah termasuk dalam freemason? So apa pendapat korang mengenai isu ni? Patutkah ketupat dan seluar dalam dikategorikan sebagai freemason? Hehe..
p/s- Sebenarnya penulis artikel tersebut hanyalah berniat untuk menyindir, artikel lawak untuk menyindir mereka yang terlalu mudah menilai sesuatu itu sebagai freemason/illuminati.
Related posts:







9 Comments to “Unsur Freemason Dalam Sambutan Aidilfitri”