Ramai yang beranggapan semakin ramai “Friends” di Facebook atau “Follower” di Twitter, semakin berpengaruhlah mereka di laman sosial. Tak kurang yang merasakah diri mereka sangat hebat dan popular kerana mempunyai rakan yang ramai di laman-laman sosial. Even kawan aku sendiri pun pernah cakap, “aku lagi popular dari ko, setakat blog ko tu apelah sangat, friends aku kat facebook ni dah 2000, ko baru 400”. Tapi takpe, sebab kawan aku ni bingai dan buta IT, so aku tak ambik kisah sangat..hehe.
Jadi macam mana kita nak mengukur pengaruh atau dalam ayat perasan “populariti” kita di laman sosial? Salah satunya kita boleh menggunakan servis Klout.
Apa itu Klout?
Klout mengira pengaruh kita di laman sosial iaitu Facebook, Twitter dan LinkedIn. Markah antara 1-100 akan diberi dengan mengambil kira 3 aspek berikut:
1. True Reach
True Reach is the size of your engaged audience.
Faktor yang diambil kira: Followers, Mutual Follows, Friends, Total Retweets, Unique Commenters, Unique Likers, Follower/Follow Ratio, Followed Back %, @ Mention Count, List Count, List Followers Count.
2. Amplification Probability
Amplification Probability is the likelihood that your content will be acted upon.
Faktor yang diambil kira: Unique Retweeters, Unique Messages Retweeted, Likes Per Post, Comments Per Post Follower Retweet %, Unique @ Senders, Follower Mention %, Inbound Messages Per Outbound Message, Update Count.
3. Network Influence
Network Influence is the influence level of your engaged audience.
Faktor yang diambil kira: List inclusions, Follower/Follow Ratio, Followed Back %, Unique Senders, Unique Retweeters, Unique Commenters, Unique Likers, Influence of Followers, Influence of Retweeters and Mentioners, Influence of Friends, Influence of Likers and Commenters.
Jom Mendaftar Dengan Klout
Korang boleh mendaftar dengan menggunakan Facebook Connect atau Twitter. Senang je.
Pastu pegi ke edit profile dan connect akaun laman sosial korang. Buat masa ni Klout hanya Facebook, Twitter, LinkedIn dan Foursquare tak lama lagi. Aku harap Klout akan buka untuk Flickr memandangkan aku agak aktif di Flickr.
Lepas tu tunggu Klout Score korang dikira. Purata Klout Score blogger-blogger Malaysia ialah 40-80. Buat masa ni yang tertinggi aku tengok ialah bro Obefiend dengan Klout Score 77.
Mungkin ada yang tanya, apa yang penting sangat dengan klout ni? Bagi akulah dan mereka yang ada twitter, aku akan follow mereka yang ada klout yang tinggi, sebab klout yang tinggi menunjukkan mereka aktif dan ada interaksi dengan follower. Sebab ada yang ramai follower, tapi haram tak ada interaksi dengan follower. Baik kita tak payah follow orang macam tu kan?
aku 57 jew… hahah baru je buat nie..
lebih kurang je klout score kita..hehe
tinggi nye score dia… x berani nak check eh.. 😛
dah tgk score azah, lebih kurang je kita..hehe..
macam-macam sekarang ni erk. thanks coz share
sama2 😉
woo.. nak kena link ngan twitter yek.. twitter ni pun masih buah cmpedak diluar pagar! kena belaja slow2 ni. Tq bro atas info.
twitter ni lagi meriah berbanding facebook.. so tak rugi belajar.. 😉
uiseh.. ya duhal klout tek.. mok juak la try lkak towk.. huhu~
jgn tak try..hehe
kmk 47 jak kohhh!! haha
tinggi juak ya, ktk ada follow kmk di twitter x? hehe..
Terima kasih berkongsi maklumat ini.
ok, sama2 🙂
aku pernah cecah 65, pastu sekarang maintain 63 :aie:
boleh tahan gak Klout score tuan blog ni..!
63 tinggi tu.. Eh jap, tadi aku ada tweet, nak tolong pasal Triberr. Nak register tu kena melalui invitation ke?