
Setelah tertangguh agak lama dan atas permintaan ramai, hari ni aku akan buat tutorial photoshop yang pertama. Aku harap pembaca-pembaca blog ni dah tau tool-tool asas photoshop seperti brush, crop dan sebagainya sebab tutorial ni sesuai untuk intermediate dan ke atas. So hari ni aku nak ajar macam mana nak membetulkan gambar dimana subjeknya gelap manakala background atau latarbelakangnya terang. Gambar kat bawah menunjukkan gambar sebelum diedit dan selepas proses editing.

Biasanya untuk “mencerahkan” gambar, ramai yang pakai brightness. Tak salah, cuma bila pakai brightness, background akan jadi “overexpose”, so langit akan jadi putih, sangat tak lawa seperti gambar di bawah.

So cara paling sesuai ialah menggunakan tool masking. Konsep masking ni sama macam lasso tool, kita pilih kawasan yang nak di edit, cuma pakai masking ni lebih senang.

Klik pada masking (1) dan tool brush (2).

Right klik pada imej. Kat sini korang boleh ubah siza brush dan hardness. Ubah setting ikut kesesuaian.

Inilah rupa kalau dah abis masking

Kalau rajin tu, korang boleh touchup supaya lebih kemas, dai brush tool, korang klik eraser tool, padam yang comot-comot tu.

Klik sekali lagi pada masking untuk keluar dari masking mode. Bila dah keluar tu korang akan nampak garis putus-putus. Sekarang garis putus-putus tu berada di luar subjek, so untuk pilih subjek, tekan CTRL+SHIFT+I.

Sekarang ni garis putus-putus dah berada pada subjek.

Step seterusnya, kita nak bagi subjek nampak lebih cerah, pegi ke Adjustment–>Level atau CTRL+L

Perhatikan pada input level, kalau graf berat ke sebelah kiri, maksudnya imej tersebut underexposed atau kekurangan cahaya.

Seterusnya, klik & drag anak panah yang paling kanan ke sebelah kiri sehingga subjek nampak terang.
Dan hasilnya:-

Kalau korang rajin explore tool dalam photoshop, korang boleh cuba burn tool, saturation, curve dan sebagainya untuk hasilkan gambar macam yang kat atas ni. Photoshop ni kena rajin-rajin explore, baru boleh pandai. Korang boleh share tutorial ni kat facebook dan kat blog masing-masing. Kalau ada soalan, just post kat bahagian komen. InsyaAllah akan dijawab dalam masa 24 jam. Adios…
Tiada Entri Yang Berkaitan





12 Comments to “Tutorial Photoshop | Masking”