Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE

Kongsi:

Entri Tutorial Panorama Dengan Microsoft ICE telah dibuat oleh Iqbal Mustaffa. Ini merupakan kali pertama entri dari penulis jemputan dipublish di blog ni. Harap lepas ni makin ramai yang akan jadi penyumbang artikel di TarmiziShukri’s Blog. Siapa-siapa je boleh,  aku tak perlukan mereka yang pakar, sebab kat blog ni aku bukan nak mengajar, tapi nak kongsi pengalaman, dan pengalaman korang amat diperlukan untuk dikongsi dengan yang lain icon wink Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE

*****

Panorama?

Apa yang korang tahu pasal “Panorama Photography”. Kalau korang baca maksud panorama dalam wiki, panorama adalah 180 degree wide angle view melalui fotografi, lukisan dan macam2 lagi.

tip buat panorama Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE
+ panorama Empangan Sungai Baru

Macam mana aku dapat idea nak try panorama ni? Beberapa bulan lepas nikon ade kuar kn Nikon 1. So ade iklan gambar panorama pada nikon 1. Jadi aku nak try la panorama ni . Macam mana nak hasilkan wide angle view? Wide angle view boleh dihasilkan menggunakan wide angle lens atau pun kamera yang mempunyai mode panorama. Tapi DSLR aku takde mode panorama dan aku pulak takde wide angle lens yg betul-betul wide. So aku cuma harapkan kitlens 18-55mm, dan aku rasa lens ni dah cukup bagus.

Cari punya cari, godek punya godek, tanya kawan-kawan yang buat panorama. So macam-macam software yang aku cuba seperti Panoramic Photo Stitcher, Adobe Photoshop, ICE, dan macam-macam lagi. Semua aku try, dah tau mana susah mana senang. Ada juga yang aku jumpe gambar yang dihasilkan menggunakan stitch ni. Kalau ada yang meng’google’, pasti korang jumpa 2.3 gigapixel photo yang hasil daripada stitch yang menggunakan 381 images. Woww!!

So untuk amatur, aku recommend siapa-siapa nak buat stitch, pakai software Microsoft ICE. Sangat mudah guna software ni, snap gambar-gambar dengan setting yang sama supaya gambar yang terhasil sama dan tak berubah tone masa percantuman gambar-gambar tersebut.

Contoh gambar-gambar yang nak di cantum..

Capture Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE

Gambar-gambar kat atas ni, aku nak cantumkan sebab lens tak cukup wide nak masukkan semua pelangi. So bila dah cukup bahagian yang kita nak, just drag je gambar-gambar ni dalam Microsoft ICE. Software ni dah cukup bagus sebab semuanya automatik.

Kat bawah merupakan contoh gambar yang telah dicantumkan;

 

Capture1 Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE

Langkah seterusnya ialah korang kena crop gambar ni. Kalau nak mudah tekan automatic crop, kalau rajin, crop sendiri, mesti lagi lawa. lepas dah siap suma, korang edit la pakai Adobe Photoshop atau Photoscape.

Hasil akhir;

 

tip panorama Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE
Selamat Mencuba icon wink Tutorial Hasilkan Gambar Panorama Dengan Microsoft ICE

Ruang Sembang

  1. linda sazlin says

    nak buat panorama.. satu hal tak pernah nk mnjdi… amat susah er.. pernah buat skli hri tu untuk projek sem lps.. tpi lps ambik gmbr ape semua mmg.. hampeh..

  2. zahid says

    For Beginners, software yang sesuai apa? Kalau buleh yg free trial ka, free download. Nak belajar dulu.

    Yang Beli punya yang mana paling ramai guna dan senang guna kat malaysia ni. Ada member suggest & bagi link adobe lightroom.

  3. says

    waa….bagusnya….saya pun x pernah try Microsoft ICE…biasanya pkai adobe photoshop extended and import pkai adobe bridge…. ;)

Sepatah Dua Kata Boleh?:

CommentLuv badge