Tutorial | Cara Cuci Lensa

4907277627 624f9eaa8a Tutorial | Cara Cuci Lensa

Lens adalah komponen penting pada sesebuah kamera. Kualiti imej yang kita ambil menggunakan kamera boleh dikatakan banyak bergantung kepada lens yang digunakan. Walaupun korang ada kamera 100 megapixel sekalipun atau dslr yang berharga puluhan ribu, imej atau gambar yang terhasil masih bergantung kepada lens. Kalau sebelum ni aku ada bagi tips untuk penjagaaan kamera,  kali ni aku nak tekankan penjagaan lens.

Lens kena dijaga dan diservis secara kerap. Kalau boleh, setiap kali korang gunakan kamera, lens kena “diservis”. Untuk mencuci lens, perlu ada peralatan khas. Kalau ada habuk, tak boleh main tiup pakai mulut je. Kalau terkena jari, jangan lap pakai baju atau tudung awek korang..hehe.. Antara peralatan untuk mencuci lens ialah seperti blower, lenspen, cotton bud, dan liquid yang khas untuk lens. So aku akan tunjuk secara ringkas macam mana nak cuci lens dengan betul.

Step 1 – Tempat yang sesuai

4904863464 12f3a948ce Tutorial | Cara Cuci Lensa

Sediakan tempat yang sesuai. Kalau boleh buat atas meja yang tak semak seperti gambar kat atas..hehe. Cari tempat yang tertutup, tak terlalu berangin, tak terlalu lembab seperti bilik air dan tandas (ada ke yang nak cuci lens dalam tandas?). Kalau ada lampu meja lagi bagus, senang nak nampak habuk yang melekat pada lens. Paling penting, jangan ada cecair kat tempat nak cuci lens, air kopi ke, even air suam. Sebab takut-takut nanti kucing korang melompat atas meja dan air tertumpah pada lens. Menangis tak berair mata lah korang.

Step 2 -  Peralatan

4904270659 493fd3fa89 Tutorial | Cara Cuci Lensa

Peralatan yang aku guna untuk cuci lens ni ialah blower dan lenspen je. Kalau korang takda lenspen, boleh pakai kain yang biasa orang pakai untuk lap cermin mata. Tapi jangan pakai yang korang dah guna tu, pakai yang khas untuk lens je, takleh campur-campur. Tapi aku rekemen korang pakai lenspen, sebab lebih cepat dan bersih.

Step 3 -  Buang debu dan habuk dengan blower

4904271311 4473ba70a4 Tutorial | Cara Cuci Lensa

Pakai blower supaya lens bersih dari debu, habuk atau pasir. Korang tak boleh main lap terus sebab debu-debu kasar atau pasir boleh mencalarkan lens. Jangan sesekali tiup lens pakai mulut, nanti lens mudah dijangkiti fungus.

Step 4 -  Buang habuk yang masih melekat menggunakan berus

4904271979 8f27741f3f Tutorial | Cara Cuci Lensa

Gunakan berus yang ada pada lenspen untuk membuang habuk yang masih melekat. Buat gerakan membulat bermula dari tengah lens.

Step 5 -  Bersihkan lens

4904861796 bdf84e5ee0 Tutorial | Cara Cuci Lensa

Gunakan bahagian yang satu lagi untuk membersihkan lens dari kotoran seperti minyak, air dan cap jari. Pastikan tiada pasir dan habuk kasar kerana boleh mencalarkan lens semasa step ni. Buat pergerakan macam step 4, gerakan membulat bermula  dari tengah.

4904278397 159043c79c Tutorial | Cara Cuci Lensa

Jadi inilah hasilnya, senang je 20x20 big smile Tutorial | Cara Cuci Lensa

Bila dah siap bahagian depan, bersihkan bahagian belakang pulak dengan mengulang step yang sama. Kalau dah siap, tutup lens. Tapi sebelum tutup tu blow kan dulu penutup lens, supaya tak ada habuk yang tertinggal. Yang aling penting bila korang cuci lens ni ialah jangan rushing, dan buat dalam keadaan yang aman damai dan sentosa. Ok? Ada soalan? 20x20 big smile Tutorial | Cara Cuci Lensa

p/s- oh, terlupa pulak, basuh tangan dulu dan lap kering-kering sebelum nak bersihkan lens ye..

Kongsi Artikel Ini

Related posts:

  1. Lensa Kamera Termahal Di Dunia
  2. Jenis-Jenis Lensa
  3. 10 Tips Penjagaan Kamera
  4. Tips | Nak beli mana satu ni? Part 2
  5. Tips | Nak beli mana satu ni?? Part 1

16 Comments to “Tutorial | Cara Cuci Lensa”

#1 Posted by landax (19 August, 2010 at 4:43 pm )

Thankz Sifu!hehek~

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 20th, 2010:

Sama2, rasanya diri ni tak layak di panggil sifu… sekadar berkongsi :)

#2 Posted by Dbalkis (20 August, 2010 at 12:34 am )

bagus tips ni bagi orang yang baru blaja2 pasal dslr ni..

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 20th, 2010:

thanks Dbalkis, sudi2lah ye jenguk blog ni lagi :)

#3 Posted by diraja22 (20 August, 2010 at 3:29 pm )

cayalah.. ilmu2 ni..

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 20th, 2010:

ilmu dari Allah, kena sampaikan walaupun sedikit :)

#4 Posted by afifisa (20 August, 2010 at 6:42 pm )

nak tanya. ada kemungkinan x kita nyer lenspen tu utk kotor?
contohnya, kalau kita dah biasa lap2 kita nyer lens, adakah kemungkinan berus tu (terutamanya part yg bukan berus tu, yg side satu lagi tu, paham ke?), utk kotor dengan habuk2?

[Reply]

TarmiziShukri reply on August 20th, 2010:

Setiap kali nak guna lenspen tu, “twist” atau putarkan penutupnya dulu untuk membersihkan hujung lenspen. Dalam penutup tu macam ada span, so hujung lenspen tu akan bersih balik..

#5 Posted by Bila Sensor Diserang Dust & Fungus | TarmiziShukri's Blog (8 February, 2011 at 2:21 pm )

[...] sebaiknya langit yang biru, atau snap pada kertas putih. Kalau ada bintik-bintik hitam, cuba tukar lens. Jika masih ada lagi bintik hitam, maksudnya sensor dah kena debu, kalau lepas tukar lens takda [...]

#6 Posted by Ahmad Uzair (12 November, 2011 at 12:15 pm )

kan lenspen tu ada macam hitam2 tu.kena biarkan ja?
Entri Terkini Ahmad Uzair – Info : 10 Website Untuk Download FontMy Profile

[Reply]

TarmiziShukri reply on November 12th, 2011:

ada hitam2? takde pun.. clean & clear je kalau cuci lens pkai lenspen..

#7 Posted by Amirul (26 January, 2012 at 11:25 pm )

salam,lens pen tu jual asing or bole dapat benda ni semua dalam satu set..im newbie tq Mizi

[Reply]

TarmiziShukri reply on January 27th, 2012:

boleh beli dalam satu pakej atau asing2.. tapi aku rekemen beli asing2 sebab lagi murah ;)

#8 Posted by Aksesori DSLR (DSLR Combo) | TarmiziShukri's Blog (30 January, 2012 at 12:37 am )

[...] pengetahuan korang, kalau untuk servis lens yang kena fungus, cas lebih kurang Rm100 ke Rm150 untuk satu lens. Kalau 2-3 lens kena fungus? So [...]

#9 Posted by ewan (25 April, 2012 at 12:23 am )

tau tak cara cara bukak lens sony 16-105 hmm ada fungus laa rasa nak buat sendiri jerk

[Reply]

TarmiziShukri reply on April 26th, 2012:

ada banyak tutorial kat youtube, tapi saya tak rekemen bukak lens sendiri kalau takda pengalaman…








CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: